Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • Muhammad Adib barbeku sempena merdeka bersama keluarga sebelum hilang di laut

    Muhammad Adib Hafiy Kamal, 16, sempat barbeku dan makan malam sempena Hari Kebangsaan bersama keluarganya sebelum hilang dan dikhuatiri lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar pada Rabu,  lapor wartawan Sinar Harian, Taufik Salimin.

    Abang sulungnya, Muhammad Azril Haziq Kamal,23, berkata, adiknya yang lebih mesra dipanggil abang chik tidak menunjukkan sebarang tanda atau perubahan luar dari kebiasaan ketika meraikan hari kemerdekaan itu.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794689/berita/semasa/muhammad-adib-barbeku-sempena-merdeka-bersama-keluarga-sebelum-hilang-di-laut

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

     
    #SinarHarian #BeritaSemasa #keslemas #4remajalemasditanjunglompat

    3 min
  • Kontroversi babitkan TH tidak boleh diulang lagi - Pengerusi TH

    Pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Tabung Haji (TH) perlu dijadikan iktibar oleh semua pihak untuk memastikan kontroversi melibatkan institusi kewangan Islam itu tidak berulang.

    Pengerusi TH, Tan Sri Rashid Hussin berkata, kelompongan yang berlaku sebelum ini bukan sahaja mencalarkan imej institusi berkenaan tetapi boleh menghakis kepercayaan umat Islam.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794668/berita/nasional/kontroversi-babitkan-th-tidak-boleh-diulang-lagi---pengerusi-th

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

     
    #SinarHarian #BeritaSemasa #DialogUmmahTH #TH

    3 min
  • SAR tiga mangsa dikhuatiri lemas diperluas hingga dua batu nautika

    Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga remaja yang masih hilang dipercayai lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di Kota Tinggi, diperluaskan sehingga dua batu nautika pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

    Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, perluasan sektor pencarian dilakukan susulan penemuan seorang mangsa pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian pada Rabu.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794650/edisi/johor/sar-tiga-mangsa-dikhuatiri-lemas-diperluas-hingga-dua-batu-nautika

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

     
    #SinarHarian #BeritaSemasa #keslemas #SAR #pencarianmangsalemas #TanjungLompat #Maritim

    3 min
  • 'Ulamak Pas perlu kuasai media sosial, setiap negeri disaran ada podcast' - Ahmad

    Dewan Ulama Pas perlu menguasai media sosial dan tidak lagi bergantung kepada kaedah penyampaian ilmu secara konvensional dalam usaha mendekati generasi muda.

    Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ahmad Yahaya berkata, setiap negeri juga disaran mempunyai podcast yang dikendalikan sendiri oleh Dewan Ulama sebagai platform menyampaikan ilmu, membincangkan isu semasa serta memberi panduan kepada masyarakat.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794631/berita/politik/ulama-pas-perlu-kuasai-media-sosial-setiap-negeri-disaran-ada-podcast---ahmad

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

     
    #SinarHarian #BeritaSemasa #Pas #muktamarPas #DewanUlamaPas #podcast

    3 min
  • Rohingya terus 'panaskan' media sosial

    Isu etnik Rohingya terus 'memanaskan' media sosial apabila satu demi satu isu terus menjadi usikan warga maya.

    Sudah pasti isu pelarian ini mencetuskan bermacam polemik kepada warga tempatan kerana video tular yang menceritakan situasi itu.

    Audio dijana oleh AI

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794611/suara-sinar/pojok/rohingya-terus-panaskan-media-sosial

    #SinarHarian #SinarTerkini #Rohingya #PATI

    3 min
  • RCI TH: Bekas menteri antara 11 ditahan berkait isu pelaburan bermasalah - SPRM

    Seorang bekas menteri antara 11 individu ditahan melibatkan lapan kertas siasatan terbaharu yang dibuka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bermula 10 Ogos lalu susulan pendedahan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (LTH), lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof.

    Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, kebanyakannya siasatan melibatkan isu pelaburan yang bermasalah dan kini masih dalam siasatan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794525/berita/semasa/rci-th-bekas-menteri-antara-11-ditahan-berkait-isu-pelaburan-bermasalah---sprm

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #RCITH #TH #SPRM #isuperlaburanbermasalah

    4 min
  • RCI TH: Bekas menteri antara 10 ditahan berkait isu pelaburan bermasalah - SPRM

    Seorang bekas menteri antara 10 individu ditahan melibatkan lapan kertas siasatan terbaharu yang dibuka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bermula 10 Ogos lalu susulan pendedahan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (LTH), lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof.

    Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, kebanyakannya siasatan melibatkan isu pelaburan yang bermasalah dan kini masih dalam siasatan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794525/berita/semasa/rci-th-bekas-menteri-antara-11-ditahan-berkait-isu-pelaburan-bermasalah---sprm

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #RCITH #TH #SPRM #isuperlaburanbermasalah

    4 min
  • Kontroversi Madu atau Racun: Produksi, platform penstriman diarah beri penjelasan - Fahmi

    Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia (CMCF) bersama dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), akan mengadakan pertemuan dengan pihak produksi dan platform penstriman iQIYI pada Rabu bagi mendapatkan penjelasan menyeluruh berhubung kandungan drama "Madu atau Racun” yang mencetuskan keresahan serta kontroversi dalam kalangan masyarakat.

    Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), turut dijangka mengambil bahagian dalam pertemuan berkenaan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794552/berita/nasional/kontroversi-madu-atau-racun-produksi-platform-penstriman-diarah-beri-penjelasan---fahmi

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #CMCF #kontoversidrama #Jakim #Fahmifadzil

    3 min
  • Tiada siasatan dakwaan peruntukan RM180,000 kepada bekas 17 ADUN PH Negeri Sembilan - SPRM

    Tiada siasatan dijalankan berhubung dakwaan peruntukan RM180,000 yang diluluskan kepada 17 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) sehari sebelum pembubaran DUN Negeri Sembilan pada 5 Jun lalu.

    Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, tindakan boleh diambil sekiranya terdapat aduan atau bukti yang menunjukkan peruntukan itu disalahgunakan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794543/berita/semasa/tiada-siasatan-dakwaan-peruntukan-rm180000-kepada-bekas-17-adun-ph-negeri-sembilan---sprm

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #dakwaanperuntukan #SPRM  #ADUNPH

    3 min
  • Isu FELDA: Tangkapan individu secara berperingkat dijangka minggu depan - SPRM

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Maalysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan beberapa individu akan ditahan secara berperingkat bermula minggu depan berhubung dakwaan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah membabitkan anak syarikat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA),  lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof.

    Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, setakat ini seramai 12 individu telah dipanggil untuk membantu siasatan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794535/berita/semasa/isu-felda-tangkapan-individu-secara-berperingkat-dijangka-minggu-depan---sprm

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #isuFELDA #FELDA #SPRM

    4 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…