Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • 369 Jalur Gemilang semarakkan merdeka

    369 Jalur Gemilang semarakkan merdeka

    Seorang peneroka Felda di sini tidak pernah ketinggalan memasang Jalur Gemilang pada keretanya sejak 16 tahun lalu demi menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dengan cara tersendiri, lapor wartawan Sinar Harian, Taufik Salimin.

    Arbaain Mohamad, 62, berkata, minat itu bermula dengan Proton Gen2, diikuti Toyota Hilux sebelum kini menggunakan Proton Iswara Aeroback yang dibeli lebih 10 tahun lalu.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794201/edisi/johor/369-jalur-gemilang-semarakkan-merdeka

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Hobi #Kereta #JalurGemilang #Peneroka

    2 min
  • Salinan Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 khazanah berharga disimpan Cikgu Jamal

    Salinan Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 khazanah berharga disimpan Cikgu Jamal

    Lebih enam dekad selepas laungan keramat ‘Merdeka’ bergema pada 31 Ogos 1957, sejarah detik kelahiran negara masih tersimpan rapi di sebuah galeri kecil di Kampung Serkat, Pontian, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

    Di sebalik helaian dokumen yang semakin dimamah usia, surat khabar lama dan pelbagai cenderamata kemerdekaan, tersimpan kisah perjuangan serta semangat rakyat ketika menyambut pembebasan Tanah Melayu daripada penjajah.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793849/edisi/johor/salinan-pemasyhuran-kemerdekaan-1957-khazanah-berharga-disimpan-cikgu-jamal

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Cikgu #Sejarah #Merdeka

    4 min
  • Sejarah PH kalah dulu, menang besar kemudian - Adam Adli

    Sejarah PH kalah dulu, menang besar kemudian - Adam Adli

    Kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan tidak boleh dilihat sebagai pengakhiran perjuangan parti itu, kata Adam Adli Abdul Halim, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

    Sebaliknya, Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Melaka itu berkata, perkara tersebut adalah pembakar semangat untuk bangkit mencatat kemenangan lebih besar.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794149/berita/politik/sejarah-ph-kalah-dulu-menang-besar-kemudian---adam-adli

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #Melaka #Politik #PH #PRN #AdamAdli

    2 min
  • Malaysia #QuranHour wadah satukan rakyat melalui al-Quran

    Malaysia #QuranHour wadah satukan rakyat melalui al-Quran

    Malaysia #QuranHour menjadi wadah penting untuk menyatukan masyarakat melalui al-Quran, khususnya ketika negara bakal menyambut Hari Kebangsaan, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid.

    Qari terkenal, Ustaz Tirmizi Ali berkata, program yang memasuki tahun ke-12 itu bukan sekadar mengajak masyarakat membaca dan menghayati al-Quran, malah menjadi ruang untuk rakyat mengetepikan seketika perbezaan demi kepentingan negara.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794151/khas/quranhour/malaysia-quranhour-wadah-satukan-rakyat-melalui-al-quran

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian 

    Malaysia #QuranHour
    #BuatKeranaAllah
    #MindsetAlQuran
    #BacaFahamAmal
    #OperatingSystemAlQuran

    2 min
  • 'Harap Malaysia #QuranHour diadakan setiap bulan' - Kuasa Usaha Kedutaan Iraq

    'Harap Malaysia #QuranHour diadakan setiap bulan' - Kuasa Usaha Kedutaan Iraq

    Program Malaysia #QuranHour wajar diadakan setiap bulan dan tidak hanya dilaksanakan sekali setahun bagi memberi lebih banyak peluang kepada masyarakat Islam mendalami kandungan serta panduan al-Quran, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid.

    Kuasa Usaha Kedutaan Republik Iraq, Dr Hudayfa Zead Mahmoud Salih berkata, penganjuran program seumpama itu amat penting kerana al-Quran bukan sahaja menjadi panduan dalam aspek ibadah, malah merangkumi pelbagai bidang kehidupan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794133/khas/quranhour/harap-malaysia-quranhour-diadakan-setiap-bulan---kuasa-usaha-kedutaan-iraq

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian 

    Malaysia #QuranHour
    #BuatKeranaAllah
    #MindsetAlQuran
    #BacaFahamAmal
    #OperatingSystemAlQuran

    2 min
  • Akhbar 69 tahun catat sejarah kemerdekaan masih disimpan, pernah ditawar RM20,000

    Akhbar 69 tahun catat sejarah kemerdekaan masih disimpan, pernah ditawar RM20,000

    Naskhah akhbar lama berusia 69 tahun yang merekodkan detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957 masih disimpan rapi sebuah keluarga di Kampung Kekabu, Lemal, Pasir Mas meskipun pernah ditawar RM20,000 beberapa tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

    Naskhah The Sunday Times bertarikh 1 September 1957, iaitu sehari selepas pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu, kini berada dalam simpanan Noorulhuda Ibrahim, 44, selepas suaminya, Mohd Tarmizi Ismail meninggal dunia akibat sakit buah pinggang pada Ogos 2023.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794108/edisi/kelantan/akhbar-69-tahun-catat-sejarah-kemerdekaan-masih-disimpan-pernah-ditawar-rm20000

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Arkib #Akhbar #Sejarah

    4 min
  • Orang Asli, anak muda antara 1,000 peserta semarak Malaysia #QuranHour Kelantan

    Orang Asli, anak muda antara 1,000 peserta semarak Malaysia #QuranHour Kelantan

    Penyertaan lebih 1,000 peserta termasuk golongan muda dan pelajar pondok dalam kalangan Orang Asli menyemarakkan lagi Malaysia #QuranHour peringkat Kelantan yang berlangsung di Masjid Al-Munir, Mukim Badang, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

    Program berteraskan penghayatan al-Quran dan pemilihan dua surah iaitu Al-Muzzammil dan Al-Balad itu memberi peluang kepada semua golongan peringkat umur mengambil kesempatan cuti sekolah untuk mengikuti pengisian keagamaan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794135/khas/quranhour/orang-asli-anak-muda-antara-1000-peserta-semarak-malaysia-quranhour-kelantan

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #Kelantan

    Malaysia #QuranHour
    #BuatKeranaAllah
    #MindsetAlQuran
    #BacaFahamAmal
    #OperatingSystemAlQuran

    3 min
  • ‘Amma Merdeka sudah mari’ - Kembara dipandu warga emas penuh Jalur Gemilang curi tumpuan

    ‘Amma Merdeka sudah mari’ - Kembara dipandu warga emas penuh Jalur Gemilang curi tumpuan

    Hon berbunyi, tangan melambai dan dari jauh kelihatan sebuah Perodua Kembara sarat Jalur Gemilang menyusur masuk ke kawasan perumahan, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

    Itulah ‘kereta Merdeka’ milik G Rajiswari, 64, yang saban tahun menceriakan bandar raya Ipoh khususnya penduduk Buntong dengan semangat patriotik luar biasa.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794031/edisi/perak/amma-merdeka-sudah-mari---kembara-dipandu-warga-emas-penuh-jalur-gemilang-curi-tumpuan

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Merdeka #JalurGemilang #Kembara

    2 min
  • Banjir Nepal: Keluarga rakyat Malaysia hilang gesa saluran komunikasi khas

    Keluarga rakyat Malaysia yang masih hilang susulan tragedi banjir kilat di kawasan sempadan Nepal-Tibet merayu kerajaan  mewujudkan saluran komunikasi khas bagi memastikan perkembangan terkini disampaikan secara terus, konsisten dan telus, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.

    Wakil keluarga rakyat Malaysia yang hilang, Ts Dr Manivannan Rethinam berkata, lebih 72 jam selepas tragedi itu berlaku, keluarga yang menunggu berita mengenai insan tersayang masih berdepan ketidakpastian dan tekanan emosi.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794041/berita/semasa/banjir-nepal-keluarga-rakyat-malaysia-hilang-gesa-saluran-komunikasi-khas

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Banjirnepal #wargamalaysiahilangdinepal

    4 min
  • Malaysia #QuranHour Pulau Pinang tekan pemahaman kepada masyarakat

    Malaysia #QuranHour Pulau Pinang tekan pemahaman kepada masyarakat

    Penganjuran Malaysia #QuranHour 2026 peringkat Negeri Pulau Pinang tahun ini menekankan bahawa al-Quran bukan sekadar kitab yang perlu dibaca semata-mata, sebaliknya difahami dan dihayati sekali gus panduan hidup sepanjang hayat.

    Presiden Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia, Datuk Ahmad Darus berkata, insan yang menjadikan kitab suci itu sebagai panduan dan teman hidup diyakini akan dibuka jalan menuju kehidupan yang diredai ALLAH SWT.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794030/khas/quranhour/malaysia-quranhour-pulau-pinang-tekan-pemahaman-kepada-masyarakat

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa ##QuranHour

    2 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…