Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • 'Hayat UMNO bukan pada PH, PN, Pas apatah lagi DAP' - Tok Mat

    Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,  hayat UMNO tidak boleh disandarkan pada perhitungan atau kekuatan parti lain, bukan Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Pas apatah lagi DAP.

    Menurutnya, UMNO mesti berdikari dan membangunkan kekuatannya dengan cara serta strategi sendiri.

    Beliau berkata demikian ketika Ucapan Perasmian Serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 bertempat di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada Rabu.

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PAU2026 #UMNO #MohamadHasan

    2 min
  • Bapa mangsa Sungai Kim Kim bersyukur, namun terkilan

    Bapa kepada Irfan Wafiy Idham Wazir, 19, yang menjadi mangsa pencemaran Sungai Kim Kim, meluahkan syukur selepas penantian hampir tujuh tahun apabila mahkamah membuat keputusan terhadap insiden yang pernah menggemparkan negara pada 2019,  lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

    Idham Wazir A Wahab, 56, berkata, keputusan itu melegakan keluarganya, namun masih terkilan kerana pihak berkuasa tidak turut dipertanggungjawabkan dalam kes berkenaan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795539/berita/semasa/bapa-mangsa-sungai-kim-kim-bersyukur-namun-terkilan

     Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

     
    #SinarHarian #BeritaSemasa #SungaiKimKim #mahkamah #mangsamenangsaman

    2 min
  • 7 tahun menanti, 171 mangsa Sungai Kim Kim menang saman

    Penantian tujuh tahun 171 mangsa pencemaran Sungai Kim Kim berakhir apabila Mahkamah Tinggi Sivi Johor Bahru, pada Rabu memutuskan mereka menang dalam saman sivil terhadap sebuah kilang pemprosesan tayar terpakai, dua pengarah dan seorang pemandu lori, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

    Pesuruhjaya Kehakiman Manira Mohd Nor membuat keputusan mengarahkan P Tech Resources Sdn Bhd, dua pengarahnya, Wang Jing Chao, 41, dan Yap Yoke Liang, 43, serta pemandu lori, N Maridass, 42, membayar kos guaman RM100,000 kepada semua plaintif.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795535/berita/semasa/7-tahun-menanti-171-mangsa-sungai-kim-kim-menang-saman

     Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

     
    #SinarHarian #BeritaSemasa #SungaiKimKim #mahkamah #mangsamenangsaman

    2 min
  • Jerebu: Malaysia tunggu pengesahan Indonesia gerakkan aset bantuan - Fahmi

    Malaysia masih menunggu pengesahan daripada pihak Indonesia untuk mengerakkan aset-aset yang boleh digunakan bagi membantu menangani kebakaran hutan di negara itu, yang mengakibatkan jerebu rentas sempadan.

    Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata perkara itu dimaklumkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Luar (Wisma Putra) kepada Jemaah Menteri.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795540/berita/nasional/jerebu-malaysia-tunggu-pengesahan-indonesia-gerakkan-aset-bantuan---fahmi

     Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

     
    #SinarHarian #BeritaSemasa #jerebu #FahmiFadzil #tanganijerebu

    2 min
  • Zakat Selangor sasar kutipan zakat RM1 juta warga ATM menjelang 2028

    Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) menyasarkan kutipan zakat melalui potongan gaji warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Selangor mencecah RM1 juta menjelang 2028.

    Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Khaidzir Shahari berkata, sasaran itu disokong peningkatan 64.8 peratus jumlah pembayar zakat dalam kalangan warga ATM kepada 613 orang setakat Julai tahun ini, berbanding 372 orang pada tahun lalu.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795359/edisi/selangor-kl/zakat-selangor-sasar-kutipan-zakat-rm1-juta-warga-atm-menjelang-2028

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #ZakatSelangor #ATM #AndaHeroAsnafATM

    4 min
  • Nahas helikopter: Anwar kenang jasa Allahyarham Kapten Zainol Afiq

    Perdana Menteri menzahirkan rasa terkesan selepas mengetahui kapten yang menerbangkan helikopter doktor udara (FDS) yang terlibat nahas, Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham pernah memberi khidmat kepadanya sewaktu kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

    Menerusi hantaran di media sosial, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada bapa mangsa, Bee Sham Ahmad melalui panggilan telefon.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795534/berita/semasa/nahas-helikopter-anwar-kenang-jasa-allahyarham-kapten-zainol-afiq

    #SinarHarian #BeritaSemasa #NahasHelikopter #KaptenZainolAfiq

    3 min
  • Tiga amah tarik balik laporan kes didera dua pasangan suami isteri

    Kes dua pasangan suami isteri yang didakwa mencederakan tiga pembantu rumah, Disember lalu memasuki perkembangan baharu selepas pengadu menarik balik laporan polis terhadap tertuduh, pada Selasa,  lapor wartawan Sinar Harian, Taufik Salimin.

    Peguam yang mewakili keempat-empat tertuduh, Kamal Hisham Jaafar berkata, pengadu bertindak sedemikian selepas mencapai persepakatan untuk menyelesaikan kes itu diluar mahkamah.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795492/berita/semasa/tiga-amah-tarik-balik-laporan-kes-didera-dua-pasangan-suami-isteri

     Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

     
    #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesjenayah #3amahtarikbaliklaporan

    2 min
  • Pendakwaan mohon jaminan RM1 juta terhadap Abdul Azeez

    Pihak pendakwaan memohon Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu menetapkan jaminan RM1 juta terhadap bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

    Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib berkata, kes rasuah yang dihadapi ahli politik itu termasuk dalam kesalahan yang tidak boleh dijamin.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795485/berita/semasa/pendakwaan-mohon-jaminan-rm1-juta-terhadap-abdul-azeez

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

     
    #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #RCITH #AzeezRahim

    2 min
  • 11 lelaki nafi merusuh di hadapan sekolah

    11 lelaki mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan bersama merusuh di hadapan sebuah sekolah dalam kejadian pada Ogos lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohamad Rosli.

    Mohamad Nun Mohamad Jupri, 34, V Rathakisnan, 22, Soman Sri Mahen Deren, 19, Muhammad Haikal Mohammad Rafiq, 19, Chad Sebastian George Albert, 19, Elijah Yong, 19, Cheow Junnuo, 24, Tony Yen Chun Yun, 19, R Divagar, 20, Muhammad Amirul Hafiz Abdullah, 21 dan Ng Chern Yeow, 24 membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Noor Idayu Salim di Mahkamah Majistret 2 George Town pada Rabu.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795488/berita/semasa/11-lelaki-mengaku-tidak-bersalah-merusuh-depan-sekolah

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

     
    #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesrusuhan #11lelakinafirusuhdihadapansekolah

    2 min
  • Abdul Azeez kecewa didakwa rasuah, tekad bersihkan nama - Peguam

    Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim kecewa dengan pertuduhan rasuah yang dihadapinya dan bertekad untuk membersihkan nama melalui proses perundangan.

    Peguamnya, Datuk Amer Hamzah Arshad berkata, keadaan Abdul Azeez ketika ini adalah baik dan beliau kekal tenang dalam menghadapi proses undang-undang yang sedang berlangsung.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795478/berita/semasa/abdul-azeez-kecewa-didakwa-rasuah-tekad-bersihkan-nama---peguam

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #AbdulAzeezRahim

    3 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…