
Sign up to save your podcasts
Or


Bercakap pasal cinta, ia selalunya datang tanpa dipaksa dan kadang-kadang menerpa pada waktu yang langsung tidak kita duga.
Namun, apabila seorang wanita muda memilih lelaki yang jauh lebih berusia sebagai pelindung dan teman berteduh, cerita indah itu selalunya sukar diterimanya secara 'kosong' oleh masyarakat sekeliling.
Audio dijana oleh AI
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795607/suara-sinar/analisis-sinar/kahwini-lelaki-tua-kejar-bahagia-atau-poket-tebal
#SinarHarian #SinarTerkini #AudioSiar #Perkahwinan #Cinta
Kerajaan didesak supaya mengembalikan segera Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana sistem percukaian itu jelas lebih telus dan cekap berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, fakta ketika ini jelas menunjukkan kutipan dibuat melalui sistem percukaian yang dimansuhkan tersebut jauh lebih baik.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795691/berita/politik/kembalikan-gst-letaklah-anwar-tax-madani-tax-sekalipun---akmal-saleh
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Tindakan Pakatan Harapan (PH) yang terlalu banyak menguji dalam perkara berkaitan prinsip, maruah dan sensitiviti Melayu serta Islam menjadi antara penyebab UMNO memilih untuk bekerjasama dengan Pas.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, tidak dinafikan ada pihak yang mempersoalkan keputusan berkenaan, namun keputusan mengubah jalur politik itu dibuat dengan pertimbangan sewajarnya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795677/berita/politik/umno-pilih-pas-kerana-banyak-diuji-ph---dr-akmal
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Tukang kebun baru dua bulan bekerja jumpa gelang emas RM15,000
Kejujuran seorang tukang kebun di Muzium Samudera, Banda Hilir di Melaka tidak rambang mata apabila memulangkan seutas gelang emas yang dianggarkan bernilai RM15,000, Ahad lalu wajar dipuji, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Tengku Anddy Asmawi Tengku Ahamad, 28, yang baru dua bulan bekerja di muzium berkenaan tidak berfikir panjang dan terus menyerahkan gelang seberat 25 gram itu kepada kakitangan muzium.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795651/edisi/melaka-ns/baru-dua-bulan-bekerja-tukang-kebun-pulangkan-gelang-emas-rm15000
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #jumpagelangemas #nilaimurni #inspirasi
Pemandu lori nafi lakukan amang seksual terhadap anak tiri
Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Bandar Baharu Kulim atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tiri, tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Tertuduh berusia 33 tahun didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum bawah akta yang sama.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795657/berita/semasa/pemandu-lori-didakwa-amang-seksual-anak-tiri-lelaki
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesjenayah
UMNO tidak boleh dilihat sebagai penumpang dalam kerajaan, sebaliknya perlu terus mempertahankan suara dan kepentingan parti dalam setiap keputusan yang menyentuh kehidupan rakyat.
Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, kerjasama dalam kerajaan demi kestabilan negara tidak bermakna parti itu perlu kehilangan suara.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795645/berita/politik/quotboleh-duduk-semeja-tapi-jangan-sampai-suara-kita-semakin-kecil---noraini
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Tiga lelaki dan seorang wanita warga China dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Balik Pulau atas pertuduhan menculik seorang lelaki warga Singapura bagi mendapatkan wang tebusan sebanyak SGD1 juta (RM3.1 juta) pada Julai lalu.
Liu Ting Jun, 46, Guan Siqi, 24, Huang Jian, 39 dan Wang Hao Yu, 32 didakwa melakukan kesalahan itu bersama dua individu yang masih bebas dan dua lagi yang telah meninggal dunia.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795643/berita/semasa/empat-warga-china-tidak-mengaku-culik-lelaki-singapura
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Merak Jalanan bukanlah orang yang paling menepati masa. Jauh sekali mahu mengaku diri ini sentiasa cepat menyiapkan sesuatu.
Tetapi diri ini tertanya-tanya juga, sejak bila perkataan ‘nanti’ menjadi jawapan paling mudah untuk hampir semua perkara?
Audio: Dijana oleh AI
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795606/suara-sinar/pojok/nanti-nanti-sampai-bila
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #BeritaTerkini #nanti #MerakJalanan
“Saya datang cuma mahu cari wang. Saya tidak tahu apa yang saya lakukan ini satu kesalahan.”
Demikian alasan diberikan seorang wanita warga Indonesia yang ditahan kerana disyaki menggunakan salinan kad pengenalan milik individu lain dalam Ops Layar di sebuah kilang percetakan di Bandar Sultan Suleiman, di Pelabuhan Klang pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795588/berita/semasa/bayar-rm200-rm250-untuk-salinan-mykad-palsu-demi-cari-kerja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, hentikan segala tomahan dan tuduhan terhadap UMNO kerana parti itu tidak mengkhianati mana-mana pihak.
Beliau berkata demikian ketika Ucapan Perasmian Serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 bertempat di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada Rabu.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PAU2026 #UMNO #MohamadHasan
From the publisher's feed