Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • UMNO-Pas kembali bersama? Ini jawapan pimpinan UMNO

    UMNO-Pas kembali bersama? Ini jawapan pimpinan UMNO

    UMNO memberi bayangan jelas mengenai hala tuju kerjasama politiknya apabila menyatakan tiada jalan berpatah balik kepada Pakatan Harapan (PH), sebaliknya persefahaman dengan Pas dilihat semakin mendapat perhatian.

    Konsep tafaahum siyasi atau persefahaman politik ditekankan sebagai asas kerjasama tanpa menghapuskan identiti setiap parti.

    Menjelang pilihan raya akan datang, formula kerjasama mungkin berbeza mengikut negeri. Namun, kehadiran pimpinan Pas dalam program UMNO serta penglibatan kedua-dua parti dalam beberapa platform dilihat sebagai perkembangan positif yang berpotensi membawa kepada kerjasama lebih erat.

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PAU2026 #PAU #politik #UMNO #halatujukerjasama

    3 min
  • PRN Melaka: 'Insya-ALLAH tak lama lagi - Ab Rauf

    PRN Melaka: 'Insya-ALLAH tak lama lagi - Ab Rauf

    Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka akan dibubarkan dalam masa terdekat bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri (PRN), lapor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.

    Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, persiapan menghadapi pilihan raya ke-16 itu sudah dilakukan dan kini hanya menunggu masa sesuai untuk proses pembubaran dilaksanakan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795903/berita/politik/prn-melaka-insya-allah-tak-lama-lagi---ab-rauf

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #AbRaufYusoh #KetuaMenteriMelaka

    2 min
  • Tambang ECRL biarlah ikut kemampuan rakyat

    Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bakal membuka lembaran baharu dalam sistem pengangkutan awam negara. 

    Dengan perjalanan Kota Bharu ke Gombak dijangka hanya mengambil masa sekitar empat jam, projek ini bukan sekadar menawarkan kemudahan rel moden, malah berpotensi mengubah cara rakyat Pantai Timur bergerak, bekerja dan belajar. 

    Audio: Dijana oleh AI 

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795793/suara-sinar/lidah-pengarang/tambang-ecrl-biarlah-ikut-kemampuan-rakyat 

    Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. 

    #SinarHarian #BeritaTerkini #ECRL #pengangkutanawam #LidahPengarang

    3 min
  • KJ anggap ucapan Ahmad Zahid ibarat amanat 'prime minister in waiting'

    KJ anggap ucapan Ahmad Zahid ibarat amanat 'prime minister in waiting'

    Ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 boleh diibaratkan sebagai amanat daripada ‘prime minister in waiting’.

    Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau KJ berpandangan, ucapan Ahmad Zahid memberi gambaran dan hala tuju yang jelas buat UMNO serta Barisan Nasional (BN) dalam mendepani pilihan raya.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795890/berita/politik/kj-anggap-ucapan-ahmad-zahid-ibarat-amanat-prime-minister-in-waiting

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PAU2026 #KJ #ZahidHamidi

    1 min
  • 'Saya dimalukan, tunggu saman fitnah isu sebar video lucah' - Farid Abu Auliya

    Seorang bekas penceramah bebas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didakwa menabur fitnah mengenai dirinya berkaitan siasatan kes sebaran video lucah, tahun lalu.

    Faridul Firdaus Zaulkapli, 40, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Farid Abu Auliya berkata, tahun lalu dia direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan (perbuatan mengaibkan kehormatan seseorang).

    Bagaimanapun katanya, pertuduhan pada Jumaat langsung tidak menyentuh perkataan menyebarkan dan memalukan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795872/berita/semasa/saya-dimalukan-tunggu-saman-fitnah-isu-sebar-video-lucah---farid-abu-auliya

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #UstazFaridAbuAuliya

    4 min
  • Farid Abu Auliya didakwa miliki gambar bogel, video lucah

    Farid Abu Auliya didakwa miliki gambar bogel, video lucah

    Seorang bekas penceramah bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam  pada Jumaat, atas dua pertuduhan memiliki gambar bogel dan video lucah dalam dua telefon bimbitnya, tahun lalu.

    Faridul Firdaus Zaulkapli, 40, yang lebih dikenali sebagai Ustaz Farid Abu Auliya membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Cynthia Noor Haizean Sulaiman.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795854/berita/semasa/farid-abu-auliya-didakwa-miliki-gambar-bogel-video-lucah

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #UstazFaridAbuAuliya

    2 min
  • TikToker cederakan lelaki didenda RM1,800

    TikToker cederakan lelaki didenda RM1,800

    Seorang ibu tunggal yang mempunyai hampir 100,000 pengikut di TikTok didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret Melaka pada Jumaat selepas mengaku bersalah mencederakan seorang lelaki, Julai lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

    Tertuduh, Nurul Amalina Mohamad Kamal, 32, didakwa dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795855/berita/semasa/tiktoker-cederakan-lelaki-didenda-rm1800

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kescederakanorang #tiktokerdidenda

    2 min
  • Bekas guru peribadi mengaku tidak bersalah aniaya budak perempuan 4 tahun

    Bekas guru peribadi mengaku tidak bersalah aniaya budak perempuan 4 tahun

    Seorang bekas guru peribadi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh Melaka pada Jumaat atas pertuduhan mendedahkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun kepada kecederaan fizikal pada Disember tahun lalu.

    Tertuduh, Nur Dalila Salleh, 25, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795840/berita/semasa/bekas-guru-peribadi-mengaku-tidak-bersalah-aniaya-budak-perempuan-4-tahun

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Aniayabudak

    2 min
  • Perlembagaan dipinda untuk tambah kerusi Parlimen Sabah, Sarawak - Anwar

    Perlembagaan dipinda untuk tambah kerusi Parlimen Sabah, Sarawak - Anwar

    Perlembagaan Persekutuan akan dipinda bagi membolehkan penambahan kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penambahan itu perlu memastikan nisbah perwakilan Sabah dan Sarawak menjadi lebih tinggi berbanding ketika ini.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795833/berita/nasional/perlembagaan-dipinda-untuk-tambah-kerusi-parlimen-sabah-sarawak---anwar

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PMX #MA63 #tambahkerusiParlimen

    3 min
  • Hajiji mahu tuntutan 40 peratus disegerakan

    Kerajaan Sabah mahu penyelesaian berhubung tuntutan 40 peratus hasil bersih negeri itu disegerakan selepas perkara berkenaan turut dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Tahun 2026.

    Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri berharap tuntutan berkenaan mendapat pertimbangan sewajarnya daripada kerajaan Persekutuan bagi membolehkan penyelesaiannya dipercepatkan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795836/berita/nasional/hajiji-mahu-tuntutan-40-peratus-disegerakan

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #MA63 #tuntutan40peratus

    2 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…