
Sign up to save your podcasts
Or


Malaysia bakal memainkan peranan penting dalam usaha memudahkan akses kepada peranti perubatan berkualiti di rantau ini menerusi pelaksanaan Model Penyerahan Tunggal bagi kelulusan pra-pasaran peranti perubatan ASEAN.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, negara anggota ASEAN bersetuju secara prinsip menyokong pelaksanaan model berkenaan secara berfasa dengan Malaysia bertindak sebagai pusat penyelarasan bagi penyerahan dokumen teknikal.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795905/berita/nasional/malaysia-terajui-penyelarasan-peranti-perubatan-asean
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ASEAN #ModelPenyerahanTunggal #DrDzulkeflyAhmad #perantiperubatanASEAN
Lebih 70 kerusi diperlukan wakili 1/3 Dewan Rakyat - Bekas MP Sabah
Lebih 70 kerusi Parlimen diperlukan untuk mewakili satu pertiga daripada keseluruhan 222 kerusi Dewan Rakyat sekiranya berdasarkan komposisi sedia ada ketika ini, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Bekas Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Azizah Mohd Dun berpandangan, jumlah itu bagaimanapun masih perlu diperincikan terutama mengambil kira cadangan penambahan kerusi Parlimen yang turut melibatkan Semenanjung.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796123/berita/politik/lebih-70-kerusi-diperlukan-wakili-13-dewan-rakyat---bekas-mp-sabah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Sabah #Politik #DewanRakyat
UMNO akan terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan sehingga penghujung penggal pentadbiran selaras dengan resolusi yang telah diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO.
Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendirian parti itu kekal jelas dan tidak bercanggah dengan mana-mana pihak, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796079/berita/politik/umno-kekal-bersama-kerajaan-perpaduan-hingga-akhir-penggal---ahmad-zahid
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PAU #KerajaanPerpaduan
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyindir pihak yang tetap mengikuti perkembangan parti itu walaupun mempunyai kebencian terhadap UMNO.
Beliau malah mendakwa, pihak yang berada di India juga mengambil tahu perkembangan PAU sehingga menyifatkan UMNO perlu belajar daripada guru.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PAU
UMNO mencadangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu dijadikan medan menguji keikhlasan rakan politik, khususnya dalam gabungan SG4 bagi untuk membuktikan sejauh mana komitmen terhadap kerjasama dan penyatuan ummah Melayu.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pilihan raya di salah satu negeri SG4 itu penting bagi melihat sama ada kerjasama yang dijalin benar-benar berasaskan persefahaman bersama atau sekadar memberi keuntungan kepada satu pihak.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796066/berita/politik/pau-2026-terakhir-sebelum-pru16---ahmad-zahid
#SinarHarian #BeritaSemasa #PAU
UMNO mencabar Kerajaan Perpaduan supaya mengeluarkan Barisan Nasional (BN) secara rasmi daripada kerajaan jika benar parti itu tidak lagi diperlukan dalam pentadbiran negara.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan tersebut perlu dibuat secara terbuka dan mengikut proses demokrasi, termasuk mengadakan undi tidak percaya di Dewan Rakyat sekiranya kerajaan benar-benar berani mengambil langkah berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796063/berita/politik/umno-cabar-kerajaan-keluarkan-bn-secara-rasmi-buat-undi-tidak-percaya
#SinarHarian #BeritaSemasa #PAU
Kerajaan sedang mengadakan perbincangan dengan semua kumpulan berkepentingan bagi memastikan tiada pihak tertinggal dalam usaha mewujudkan akta baharu yang komprehensif bagi menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 (Akta 30).
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, beberapa siri pertemuan telah diadakan bersama pelbagai pihak termasuk golongan akademik, pentadbir dan kumpulan lain bagi mendapatkan pandangan serta cadangan berkaitan akta baharu berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796037/berita/nasional/auku-semua-pihak-termasuk-pelajar-terlibat-dalam-perbincangan---zambry
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AUKU
UMNO mahu pentadbiran negara kekal dirujuk sebagai Kerajaan Perpaduan Malaysia, selaras dengan perjanjian asal pembentukan kerajaan yang dipersetujui dalam Perkara 18.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, penggunaan gagasan Malaysia Madani sebagai wawasan atau 'war cry' tidak menjadi persoalan, namun penonjolan istilah 'Kerajaan Madani’ berbanding Kerajaan Perpaduan dilihat tidak selari dengan kesepakatan awal.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796013/berita/politik/umno-mahu-kerajaan-perpaduan-bukan-kerajaan-madani---asyraf-wajdi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRU16 #KerajaanMadani #BN
UMNO memberi indikasi lebih cenderung mengadakan rundingan secara terus dengan Pas berbanding Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kecenderungan itu antara perkara yang dapat dilihat menerusi perbahasan dan pandangan perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796007/berita/politik/pru16-umno-cenderung-runding-dengan-pas-bukan-pn---asyraf-wajdi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRU16 #PAU
Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Zawawi Othman secara terbuka memohon maaf kepada Pas kerana pernah menggelarkan pimpinan tertentu dalam parti itu sebagai ‘tiga jahanam’.
Permohonan itu dibuat beliau yang juga jurucakap Kelantan ketika membahaskan ucapan dasar presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Sabtu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796023/berita/politik/pau-2026-umno-kelantan-mohon-maaf-pernah-gelar-pemimpin-pas-tiga-jahanam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PAU2026 #UMNOKelantan #Pas #MohonMaaf
From the publisher's feed