
Sign up to save your podcasts
Or


Jangan biar politik identiti hancurkan cita-cita Malaysia - Amirudin
Politik identiti dan prasangka semakin menebal hanya akan menghancurkan usaha membina Malaysia yang bersatu.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perbezaan identiti yang wujud dalam masyarakat termasuk agama, kumpulan dan generasi tidak seharusnya diperbesar sehingga mencetuskan kecurigaan serta menjejaskan perpaduan rakyat.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #politikidentiti #AmirudinShari
Selepas melalui perbicaraan kes Program Jana Wibawa, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilepas dan dibebaskan (DNA) oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada Selasa daripada satu pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan RM200 juta, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Hakim, Noor Ruwena Md Nurdin memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan membuat keputusan untuk tidak meneruskan empat daripada tujuh pertuduhan berkaitan Bukhary Equity Sdn Bhd.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796422/berita/semasa/muhyiddin-lepas-bebas-1-kes-rasuah-3-amla-babit-jana-wibawa-rm200-juta
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #DNAA #MuhyiddinYassin #kesAMLA
“Dua hari lalu dia minta kasut bola sepak. Katanya nak guna untuk latihan dan bermain bola sepak.”
Itu luahan dan antara kenangan terakhir yang bermain di fikiran Mohd Ashrofudin Ramdzon, 41, sebelum anaknya, Muhammad Arif Naufan, 8, pergi buat selama-lamanya dalam tragedi empat kanak-kanak lemas di Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan di Kulim pada Isnin, lapor wartwan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Lebih menyayat hati, tragedi itu turut meragut seorang lagi anak tirinya, Muhamad Aeril Aziz Muhamad Zafis, 12, menyebabkan Mohd Ashrofudin kehilangan dua anak serentak dalam kejadian berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796397/berita/semasa/4-budak-maut-tak-sempat-beli-kasut-bola-sepak-bapa-hilang-dua-anak-serentak
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keslemas #4budaklemas #SungaiKarangan#KesihatanDanKeselamatan #SumberManusia #HRMalaysia #KotaDamansara
Merak Jalanan naik darah melihat rakaman tular seorang lelaki menyepak kanak-kanak perempuan yang dipercayai anaknya di sebuah kedai makan di Telipot, Kota Bharu.
Perbuatan itu berlaku di hadapan orang ramai, seolah- olah tubuh kecil berkenaan tidak mempunyai maruah dan perasaan.
Audio: Dijana oleh AI
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796350/suara-sinar/pojok/sepak-anak-di-tempat-awam-bukan-urusan-keluarga-lagi
#SinarHarian #BeritaTerkini #sepak #tempatawam #urusankeluarga #MerakJalanan
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh pada Selasa atas dua pertuduhan mencabul dan mengaibkan kehormatan seorang pekerja perempuan sebuah kedai serbaneka, bulan lalu.
Tertuduh, Muhammad Haziq Danial Zulkifli, 23 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S Punitha.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796410/berita/semasa/bapa-anak-satu-mengaku-tidak-bersalah-cabul-aib-kehormatan-pekerja-kedai-serbaneka
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah
Dua bekas banduan yang dibebaskan tiga tahun lalu, kembali aktif melakukan jenayah sebelum ditahan dalam Op Pintu Durai di Iskandar Puteri, pada 5 September lalu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintenden Saifullah Jaya @ Yahaya berkata, kedua-dua suspek lelaki lelaki itu terlibat dalam 11 kes pecah rumah, samun stor peralatan kabel di sebuah pusat data dan mencuri bungkusan sejak April lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796389/berita/semasa/dua-bekas-banduan-tidak-serik-ditahan-semula-curi-parcel-kabel
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #bekasbanduan #curi
Laluan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di Kilometer (KM) 263.6 arah selatan berhampiran Terowong Menora disahkan selamat digunakan selepas insiden gelongsoran tanah pada Jumaat lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, hasil pemantauan menyeluruh oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan PLUS Malaysia Berhad mendapati struktur cerun di lokasi berkenaan kekal stabil.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796282/berita/semasa/cerun-runtuh-laluan-di-km263-6-plus-disahkan-selamat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PLUS #cerunruntuh #NizarJamaluddin
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin, atas tiga pertuduhan menyebabkan Lembaga Tabung Haji (TH) melupuskan harta miliknya mencecah RM860,308,770.51 atau SAR766,062,237 (riyal Saudi), antara 2015 hingga 2017, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail dan Noor Azlida Alimin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796249/berita/semasa/jamil-khir-didakwa-sebabkan-th-lupus-harta-rm860-3-juta
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JamilKhir #RCITH #mahkamah
Bapa kepada Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham tidak dapat menyembunyikan perasaan terharu melihat kehadiran ramai yang mengiringi perjalanan terakhir anaknya itu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Bagi Bee Sham Ahmad, 59, kehadiran begitu ramai individu yang datang ke pengebumian Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Senawang, Seremban menjadi bukti anak keempat daripada 12 beradik itu disayangi ramai.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796201/berita/semasa/kapten-zainol-afiq-disayangi-ramai-termasuk-di-pedalaman-sarawak
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ZainolAfiq #NahasHelikopter #KKM #Sarawak
Jenazah pegawai perubatan, Allahyarham Dr Ainul Baraah Kamarudin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sri Kedeper, Pengkalan Chepa jam 2.20 petang pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Allahyarham Dr Ainul Baraah, 33, dikebumikan selepas selesai disolatkan di Masjid Al Karomah Mukim Baung Besar, Pengkalan Chepa.
Turut mengiringi jenazah di tanah perkuburan ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796156/berita/semasa/jenazah-dr-ainul-baraah-selamat-dikebumikan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #DrAinul #NahasHelikopter #KKM #Sarawak
From the publisher's feed