Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • Beruntungnya Najib Tun Razak

    Pengampunan yang diperoleh oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pelbagai reaksi daripada rakyat. 

    Namun permohonan yang dibuat oleh beliau selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, malah sudah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. 

    Audio: Dijana oleh AI 

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796933/suara-sinar/komentar-editor/beruntungnya-najib-tun-razak 

    Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. 

    #SinarHarian #BeritaTerkini #AudioSiar #NajibRazak #PengampunanNajib

    3 min
  • Keputusan Lembaga Pengampunan: Ahmad Zahid harap beri nilai tambah kepada PRN Melaka

    Keputusan Lembaga Pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah diharap memberi nilai tambah kepada landskap politik negara khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

    “Saya harap begitu menjadi faktor kepada geopolitik landskap politik di negara kita insya-Allah,” kata Presiden UMNO,  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang akhbar selepas Sidang Kemuncak Halal 20 (H20) Ke-5 di Jakarta pada Jumaat

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796852/berita/nasional/keputusan-lembaga-pengampunan-ahmad-zahid-harap-beri-nilai-tambah-kepada-prn-melaka

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka

    2 min
  • 'Daulat Tuanku, tangkap penderhaka'

    Laungan ‘Daulat Tuanku, tangkap penderhaka’ bergema di Masjid Diraja Tuanku Munawir, Kuala Pilah sebaik keberangkatan pulang Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir selepas selesai menunaikan solat Jumaat.

    Tuanku Muhriz sebelum itu berkenan menerima memorandum taat setia yang diserahkan oleh Ketua Sekretariat Taat Setia dan Sokong Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11, Profesor Dr Mohd Aluwi Sari.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796861/edisi/melaka-ns/daulat-tuanku-tangkap-penderhaka

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #KrisisNegeriSembilan #Proklamasi

    2 min
  • Penyokong tidak sabar sambut kepulangan Najib

    Penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak sabar menantikan kepulangan beliau yang menerima pengampunan bersyarat dengan baki hukuman penjara dijalani secara tahanan di rumah.

    Antara yang hadir, penyokong tegar beliau, Raidah Rashid, 65, atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Roy, yang tidak mahu melepaskan peluang untuk menyambut kepulangan bekas Perdana Menteri itu.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796851/berita/politik/penyokong-tidak-sabar-sambut-kepulangan-najib

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #pengampunanNajib #NajibRazak

    2 min
  • Pencarian pemancing hilang masuk hari kelima melibatkan 105 batu nautika persegi

    Pencarian pemancing hilang masuk hari kelima melibatkan 105 batu nautika persegi

    Operasi mencari seorang lagi pemancing yang masih hilang di perairan One Fathom Bank berhampiran Pulau Ketam memasuki hari kelima pada Jumaat, dengan kawasan pencarian meliputi 105 batu nautika persegi, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.

    Pegawai Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor, Leftenan Nur Affiq Nor Hisham berkata, pencarian pada Jumaat tertumpu di kawasan sempadan perairan Selangor-Perak, khususnya sekitar Hutan Melintang, Perak, susulan penemuan dua mangsa di kawasan berkenaan sebelum ini.

    Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #MaritimMalaysia #Pemancing #Hilang

    1 min
  • Nahas empat sekeluarga maut: Penuntut universiti mengaku tidak bersalah pandu melulu

    Seorang penuntut universiti di Singapura mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kluang pada Jumaat atas pertuduhan memandu secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya, pada Jun lalu.

    Tertuduh, Goh Yin Zun, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norasidah A Rahman.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796827/berita/semasa/nahas-empat-sekeluarga-maut-penuntut-universiti-mengaku-tidak-bersalah-pandu-melulu

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #Pandumelulu #nahassimpangrenggam

    2 min
  • Keputusan Lembaga Pengampunan: Ahli UMNO diminta jaga adab - Ahmad Zahid

    Ahli UMNO diminta untuk menjaga adab dalam setiap ungkapan dan menghormati proses atau keputusan pengampunan bersyarat kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028.

    Perkara tersebut dimaklumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada satu sidang akhbar pada Jumaat.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796830/berita/nasional/h-keputusan-lembaga-pengampunan-ahli-umno-diminta-jaga-adab---ahmad-zahid

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PengampunanNajib #UMNO

    3 min
  • Siapa nak buat aduan kalau identiti didedahkan?

    Siapa nak buat aduan kalau identiti didedahkan?

    Merak Jalanan sebenarnya tengah marah, bukan kerana seorang rakyat membuat aduan kepada pihak berkuasa tetapi kerana selepas membuat aduan, orang yang diadu pula tahu siapa pengadunya.

    Kisah ini Merak Jalanan lihat menerusi satu rakaman video dikongsi seorang lelaki di media sosial. Dia mendakwa membuat aduan kepada sebuah pihak berkuasa tempatan di Selangor.

    Audio: Dijana oleh AI 

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796779/suara-sinar/pojok/siapa-nak-buat-aduan-kalau-identiti-didedahkan

    #SinarHarian #AudioSiar #Aduan #Rakyat #PBT #MaklumatPengadu

    2 min
  • Penganggur tidak mengaku khianat dengan api, rosakkan BMW

    Seorang lelaki dihadapkan ke mahkamah di atas pertuduhan melakukan khianat dengan api di Air Itam di George Town pada Ogos lalu.

    Tertuduh, Ho Kun Quan, 22 bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Irwan Suainbon di Mahkamah Sesyen 2 George Town pada Jumaat.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796798/berita/semasa/penganggur-tidak-mengaku-khianat-dengan-api-rosakkan-bmw

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #khianat

    2 min
  • Polis tumpaskan Geng Mat Tok, selesai sembilan kes pecah rumah, curi kenderaan

    Polis menumpaskan kumpulan penjenayah dikenali ‘Geng Mat Tok’ dengan penahanan empat suspek dipercayai aktif dalam kegiatan pecah rumah dan curi kenderaan di sekitar Sungai Petani sejak April lalu.

    Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, tangkapan empat suspek pada 9 September lalu berjaya menyelesaikan sembilan kes khususnya di sekitar Taman Delima dan Arked di Sungai Petani.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796714/berita/semasa/polis-tumpaskan-geng-mat-tok-selesai-sembilan-kes-pecah-rumah-curi-kenderaan

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #GengMatTok

    2 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…