Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • Suri rumah maut: Arwah sedang kopek ikan bilis sebelum ditusuk pisau

    Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) yang maut akibat tikaman dipercayai sedang mengopek ikan bilis di rumahnya sebelum tidak sedarkan diri.

    Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Cheh Hilir, Nur Halim Abdul Hamid berkata, suami mangsa yang berada di dapur ketika kejadian mendakwa terdengar isterinya menyebut kakinya dicucuk sebelum menemui wanita itu dalam keadaan berlumuran darah.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797675/berita/semasa/suri-rumah-maut-arwah-sedang-kopek-ikan-bilis-sebelum-ditusuk-pisau

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #jenayah

    2 min
  • ‘Kami tidak pilih atau turunkan Yang di-Pertuan Besar’ - MB Negeri Sembilan

    Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim menegaskan bahawa beliau dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) tidak membuat keputusan untuk menurunkan atau melantik Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

    Sebaliknya, beliau berkata, mereka membuat keputusan berhubung pendirian pentadbiran negeri terhadap proklamasi yang dikemukakan sebagai keputusan Undang Yang Empat.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797685/edisi/melaka-ns/kami-tidak-pilih-atau-turunkan-yang-di-pertuan-besar---mb-negeri-sembilan

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #KrisisNegeriSembilan #MBNegeriSembilan #IsmailLasim

    2 min
  • Exco Negeri Sembilan 'dilarang' masuk pejabat di Wisma Negeri

    Kesemua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) tidak dibenarkan memasuki pejabat masing-masing di Wisma Negeri, Seremban sejak Rabu termasuk menjalankan tugas mereka, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

    Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berkata, arahan tersebut dimaklumkan oleh pihak berkuasa secara verbal dan tiada arahan bertulis dikeluarkan.

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #KrisisNegeriSembilan #MBNegeriSembilan #IsmailLasim

    4 min
  • 'Live' jadi medan perang buka aib, caci maki

    LIVE streaming kini bukan lagi sekadar ruang untuk berkongsi rutin harian, berniaga atau berinteraksi dengan pengikut, sebaliknya menjadi medan perang untuk memaki hamun, membuka aib dan menjadikan konflik peribadi sebagai tontonan umum.

    Merak Jalanan lihat sesi ‘live’ dengan kandungan yang merapu dan tiada faedah kini kian menjadi-jadi.

    Audio dijana oleh AI

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797618/suara-sinar/pojok/live-jadi-medan-perang-buka-aib-caci-maki

    #SinarHarian #SinarTerkini #AudioSiar #LIVEStreaming #MedanPerang 

    2 min
  • Bekas tukang cat mengaku salah miliki dadah, racun

    Seorang bekas tukang cat mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada Rabu atas lima pertuduhan memiliki pelbagai jenis dadah berbahaya dan kafein lima tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

    Tertuduh , Tan Heng Lee, 55, didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797577/berita/semasa/bekas-tukang-cat-mengaku-salah-miliki-dadah-racun

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #milikibaranglarangan

    2 min
  • 'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'

    Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.

    TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian  #BeritaSemasa  #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil

    3 min
  • Perjumpaan MB, Exco Negeri Sembilan dengan Tunku Nadzaruddin dibatalkan

    Majlis pertemuan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bersama Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar di Galeri Diraja Tuanku Ja'afar di Seremban pada Rabu, terpaksa dibatalkan.

    Menurut sumber, pembatalan majlis berkenaan adalah atas arahan pihak berkuasa atas faktor keselamatan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797512/edisi/melaka-ns/perjumpaan-mb-exco-dengan-tunku-nadzaruddin-dibatalkan-atas-faktor-keselamatan

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #KrisisNegeriSembilan

    2 min
  • Baru lampu hijau dua saat, hon macam dunia nak kiamat

    Baru dua saat lampu isyarat bertukar hijau, belum sempat kaki beralih daripada brek ke pedal minyak, sudah kedengaran bunyi hon dari belakang.

    Bukan sekali. Kadang-kadang siap dua tiga kali ditekan, seolah-olah pemandu di hadapan sengaja berhenti di situ untuk menikmati pemandangan.

    Audio dijana oleh AI

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797492/suara-sinar/pojok/baru-lampu-hijau-dua-saat-hon-macam-dunia-nak-kiamat

    #SinarHarian #SinarTerkini #AudioSiar #LampuIsyarat #LaluLintas

    2 min
  • DUN Melaka bubar berkuat kuasa esok

    Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan berkuat kuasa esok, bagi memberi laluan kepada proses Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.

    Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan perkara itu pada sidang media di Seri Negeri, Melaka hari ini.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797415/edisi/melaka-ns/dun-melaka-bubar-berkuat-kuasa-esok

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #BubarDun #Melaka

    2 min
  • Denda seorang, bayar ramai-ramai

    Kita melihat satu lagi keajaiban politik Malaysia. Lapan tahun lalu, ketika Datuk Seri Najib Tun Razak mula berdepan pertuduhan berkaitan SRC International, para penyokongnya sudah menunjukkan kesetiaan luar biasa. 

    Maka wujudlah Tabung Solidariti Datuk Seri Najib. Dalam beberapa hari, RM489,166 berjaya dikumpulkan. 

     
    Audio: Dijana oleh AI 

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797342/suara-sinar/komentar-editor/denda-seorang-bayar-ramai-ramai 

    Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. 

    #SinarHarian #BeritaTerkini #AudioSiar #NajibRazak #PengampunanNajib #denda

    5 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…