
Sign up to save your podcasts
Or


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menyifatkan Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali sebagai sebagai seorang yang tenang dan merendah diri.
Menurut Hannah, beliau sedih di atas pemergian tokoh perubatan dan kesihatan yang telah banyak menabur bakti kepada rakyat serta negara sepanjang hayatnya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/798201/berita/nasional/tun-dr-hasmah-seorang-yang-merendah-diri-pentingkan-pendidikan---hannah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TunDrHasmah
Seorang penganggur dikenakan penjara tujuh tahun dengan tiga sebatan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan cubaan rompakan dengan menggunakan kapak di sebuah kedai jam, di George Town pada minggu lalu.
Ng Peng Kim, 43 membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Irwan Suainbon di Mahkamah Sesyen 2 selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/798151/berita/semasa/penganggur-dipenjara-tujuh-tahun-cuba-rompak-kedai-jam
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #rompak #mahkamah
Harapan ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin untuk dibebaskan tidak kesampaian apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Isnin mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun terhadapnya kerana mengabaikan kanak-kanak autisme itu, tiga tahun lalu.
Hakim, Noor Hisham Ismail memutuskan demikian selepas menolak rayuan Ismanira Abdul Manaf, 31, selaku perayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara yang diputuskan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya tahun lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/798148/berita/semasa/ismanira-kekal-bersalah-abai-zayn-rayyan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ZaynRayyan #Ismanira
Bergaya dengan kenderaan mewah bernilai ratusan ribu malah mencecah jutaan ringgit namun 3,790 pemilik daripada golongan T20 termasuk pempengaruh dan usahawan kosmetik dikesan tidak memperbaharui cukai jalan serta insurans kenderaan mereka.
Antaranya, sebuah Jeep Wrangler bernilai hampir RM500,000 milik seorang usahawan wanita popular dari Kelantan yang disita di Jalan Taman Tengku Anis pada Khamis lalu kerana didapati lesen kenderaan bermotor (LKM) atau cukai jalannya tamat tempoh.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/798039/berita/semasa/pandu-kereta-mewah-bukan-tiket-kebal-undang-undang---jpj
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #keretamewah
Seorang remaja lelaki warga Indonesia didakwa di Mahkamah Majistret Kluang pada Jumaat atas dua pertuduhan mengedar dadah disyaki heroin dan methamphetamine dengan berat keseluruhan lebih 25 kilogram (kg), pada minggu lalu.
Tertuduh, Nanda Afrizal, 19, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norasidah A Rahman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797795/berita/semasa/remaja-indonesia-didakwa-edar-lebih-25kg-dadah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #dadah
[DIKEMAS KINI] Dua pelajar lelaki dari sebuah maahad tahfiz dihadapkan ke Mahkamah Majistret Parit pada Jumaat atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seorang pelajar menggunakan seterika, minggu lalu.
Tertuduh masing-masing berusia 13 dan 14 tahun membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izalina Rajaai dalam prosiding yang dijalankan secara tertutup.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797788/berita/semasa/dua-pelajar-tahfiz-didakwa-cederakan-rakan-guna-seterika
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #pelajarTahfiz #cederarakan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mempunyai kemampuan untuk membayar denda RM50 juta yang dikenakan sebagai syarat pengampunan bersyarat, kata peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Beliau berkata demikian ketika mengulas khabar angin yang mendakwa bekas Ahli Parlimen Pekan berusia 73 tahun itu akan melunaskan bayaran berkenaan selepas solat Jumaat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797794/berita/semasa/najib-tak-ada-duit-tidak-bayar-rm50-juta-hari-ini---peguam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #NajibRazak #PengampunanNajib
Bekas Senator Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh Melaka pada Jumaat atas pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948.
Beliau berusia 84 tahun memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797779/berita/semasa/rais-mengaku-tidak-bersalah-atas-pertuduhan-hasutan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #RaisYatim #Mahkamah #AktaHasutan
Politik Malaysia memang unik. Baru sahaja satu keputusan dibuat atas landasan Perlembagaan, sudah ada yang sibuk mengira berapa kerusi boleh dituai daripadanya.
Pengampunan bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak yang membolehkan baki hukuman kes SRC International dijalani secara tahanan di rumah sehingga Ogos 2028 sememangnya bukan sekadar isu undang-undang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797752/suara-sinar/lidah-pengarang/pengampunan-najib-senjata-sulit-pecahkan-gelombang-biru
#SinarHarian #BeritaTerkini #AudioSiar #PengampunanNajib #gelombangbiru
Tiada siapa menyangka keterujaan menyambut ahli keluarga baharu teruji apabila bayi disahkan menghidap penyakit jantung berlubang dan saluran injap sempit selepas tiga hari dilahirkan.
Selepas hampir dua tahun berulang-alik dari Hospital Segamat ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru menjalani rawatan susulan, Muhammad Adam Naufal Mohd Azman, 2, akhirnya menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) selepas dana diperlukan berjaya dikumpulkan.
Muzik: Other Chance dari www.bensound.com
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797755/berita/nasional/sinar-baharu-buat-si-kecil-adam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinardiHati #IJN
From the publisher's feed