Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • Siapa musuh bos AKPS?

    Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain bukan calang- calang orang dalam agensi keselamatan negara dan pernah berkhidmat selama 26 tahun dengan Polis Diraja Malaysia. 

    Pada usia 53 tahun beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), sebuah agensi baharu yang ditugaskan jaga pintu masuk negara. 

     
    Audio: Dijana oleh AI 

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/798802/suara-sinar/komentar-editor/siapa-musuh-bos-akps 

    Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. 

    #SinarHarian #BeritaTerkini #AudioSiar #AKPS #MohdShuhailyMohdZain

    4 min
  • Tiga jam cemas dalam kapal, lelaki buat kacau jerit free Israel terpaksa diikat

    Perjalanan dari London ke Istanbul bertukar mencemaskan buat tiga pegawai media apabila seorang lelaki membuat kacau dalam penerbangan AJet sebelum ditahan polis sebaik pesawat mendarat pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Azlim Zainury.

    Pengarah Bahagian Media Sosial dan Media Baharu, Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Taufik Abdul Jalil berkata, kejadian berlaku kira-kira sejam selepas penerbangan VF1990 berlepas dari London Stansted pada jam 4 petang.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/798597/berita/semasa/tiga-jam-cemas-dalam-kapal-lelaki-buat-kacau-jerit-free-israel-terpaksa-diikat

     Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #videotular #keskacauganggu #kacauganggudalampesawat

    2 min
  • Apa jua keputusan kerajaan, saya terima - Mohd Shuhaily

    Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menyatakan kesediaan menerima apa sahaja keputusan atau tindakan kerajaan susulan insiden video tular di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/798587/berita/semasa/insiden-video-tular-ketua-pengarah-akps-tahan-ulat-warga-asing-depan-mata

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #AKPS #MohdShuhailyMohdZain #isuvideotular

    4 min
  • Isu video tular di KLIA: Mohd Shuhaily sedia bertanggungjawab

    Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menyatakan kesediaan menerima apa sahaja keputusan atau tindakan kerajaan susulan insiden video tular di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.

    Mohd Shuhaily berkata, dirinya bersedia bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku dan menyerahkan sepenuhnya siasatan lanjut kepada pihak berkuasa bagi memastikan perkara itu dapat diselesaikan secara adil.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/798582/berita/semasa/isu-video-tular-di-klia-mohd-shuhaily-sedia-bertanggungjawab-terima-apa-sahaja-tindakan

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #menyamarpenjawatawam #PLKS

    2 min
  • Suri rumah menyamar pengarah kanan imigresen, ditahan ketika urus PLKS

    Kegiatan seorang suri rumah yang menyamar sebagai Pengarah Kanan Jabatan Imigresen Malaysia sejak lebih setahun lalu terbongkar selepas wanita itu ditahan ketika menjalankan kegiatan berkenaan di sebuah kafe di Taman Malim Jaya, Melaka opada petang Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

    Wanita berusia lingkungan 50-an itu dipercayai sedang menguruskan permohonan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) untuk seorang warga China yang telah membayar RM6,000 bagi mendapatkan perkhidmatan tersebut.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/798512/berita/semasa/suri-rumah-menyamar-pengarah-kanan-imigresen-ditahan-ketika-urus-plks

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #menyamarpenjawatawam #PLKS

    3 min
  • 'Tun Dr Hasmah seperti ibu' - Chong Wei

    “Beliau macam ibu kita.”

    Demikian luahan jaguh badminton negara, Datuk Seri Lee Chong Wei ketika mengenang Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali yang disifatkannya sebagai insan yang sentiasa mengambil berat dan memberi sokongan kepada atlet negara tanpa mengira menang atau kalah,  lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.

    Chong Wei berkata, isteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu tidak pernah melupakan atlet termasuk dirinya, malah sentiasa berhubung dan mengirim ucapan pada setiap sambutan Tahun Baharu Cina.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/798575/berita/semasa/tun-dr-hasmah-seperti-ibu---chong-wei

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #TunDrHasmah #LeeChongWei #ziarahpusara

    2 min
  • Ambil iktibar kisah mangsa banjir menang saman

    Media melaporkan seramai 50 penduduk Taman Sri Muda, Shah Alam yang menjadi mangsa banjir besar pada Disember 2021 akhirnya menang saman terhadap Kerajaan Persekutuan dan beberapa pihak berkuasa lain.

    Keputusan pada Selasa itu mendapati semua defendan bertanggungjawab sepenuhnya atas kecuaian dan kegagalan yang menyumbang kepada kerugian dialami penduduk.

    Audio dijana oleh AI

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/798520/suara-sinar/pojok/ambil-iktibar-kisah-mangsa-banjir-menang-saman

    #SinarHarian #SinarTerkini #AudioSiar #MangsaBanjir #Saman 

    2 min
  • Malaysia mula hantar pelarian Myanmar hari ini

    Malaysia dipercayai mula menghantar kira-kira 1,500 pelarian Myanmar pada Selasa menerusi fasa pertama program penghantaran pulang yang mencetuskan kebimbangan kumpulan hak asasi manusia.

    Memetik koresponden media antarabangsa AFP, mereka adalah kumpulan pertama dari 5,000 warga Myanmar yang menurut kerajaan Malaysia bersetuju untuk dihantar pulang secara 'sukarela' daripada pusat tahanan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/798287/berita/nasional/malaysia-mula-hantar-pelarian-myanmar-hari-ini

    #SinarHarian #BeritaSemasa #pelarianMyanmar

    2 min
  • Dira kongsi sisi ‘keibuan’ Tun Dr Hasmah

    ADUN Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkongsi kenangan indah berpeluang mengenali Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali sewaktu berkawan dengan salah seorang anak Allahyarhamah.

    Bekas pelakon itu berkata, perkenalan itu berlangsung semasa menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM), ketika itu berkawan baik dengan anak Allahyarham, Maizura Mahathir dan beberapa kali pergi ke kediamannya di Seri Perdana Putrajaya. 

    Khaidhirah, atau mesra dengan panggilan YB Dira,  menyifatkan Tun Dr Hasmah sebagai seorang yang penuh sifat keibuan, lemah lembut, penyayang serta cintakan ilmu.

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #TunDrHasmah

    4 min
  • Peruntukan tambahan RM5 juta selenggara kuarters, bangunan PDRM

    Peruntukan bagi kerja penyelenggaraan kuarters dan balai Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara ditambah RM5 juta, menjadikan keseluruhan peruntukan meningkat kepada RM127 juta.

    Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, tambahan RM5 juta diluluskan Kementerian Ekonomi melalui Notice of Change (NOC), menjadikan keseluruhan peruntukan meningkat daripada RM122 juta kepada RM127 juta, setakat ini.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/798167/edisi/johor/peruntukan-tambahan-rm5-juta-selenggara-kuarters-bangunan-pdrm

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #selenggarakuarters

    1 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…