Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • PRN Melaka: Tiga minggu tempoh munasabah, jangan prasangka SPR - Ab Rauf

    Penetapan tarikh penamaan calon dan hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dianggap munasabah bagi memberi ruang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat persiapan termasuk aspek logistik.

    Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, tempoh berkenaan tidak terlalu panjang seperti yang didakwa sesetengah pihak, sebaliknya wajar bagi memastikan urusan pilihan raya dapat dilaksanakan dengan lancar.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799387/berita/politik/prn-melaka-tiga-minggu-tempoh-munasabah-jangan-prasangka-spr---ab-rauf

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #SinarTerkini #BeritaSemasa #PRNMelaka #AbRauf

    2 min
  • Pengarah syarikat, pekerja kilang didakwa curi 'lori hijau', halang tugas polis

    Seorang pekerja kilang plastik dan pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa, atas pertuduhan mencuri 'lori hijau' dalam kejadian di Plentong, hujung bulan lalu.

    Tertuduh, Low Boon Lai, 39 tahun, dan Chai Min Quan, 37 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Majistret A Shaarmini.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799234/berita/semasa/pengarah-syarikat-pekerja-kilang-didakwa-curi-lori-hijau-halang-tugas-polis

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #viral #lorihijau

    2 min
  • Tiket dan makan mahal, tengok F1 depan TV sajalah

    Kalau sudah tahu tiket Formula 1 (F1) Grand Prix Bahrain di Sepang mahal, makanan pula dikatakan mencecah RM150 untuk makan tengah hari, cuaca panas terik dan hujan pula tidak kenal masa, persoalannya mudah sahaja, kenapa masih pergi ke litar?

    Bukankah perlumbaan F1 boleh ditonton di televisyen? Tak perlu bersesak-sesak. Tak perlu cari tempat letak kereta. Tak perlu beratur panjang. Tak perlu berpanas. Kalau hujan, tidak perlu pun buka payung.

    Audio dijana oleh AI

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799154/suara-sinar/pojok/tiket-dan-makan-mahal-tengok-f1-depan-tv-sajalah

    #SinarHarian #SinarTerkini #Formula1 #GrandPrixBahrain 

    2 min
  • Macam mana video CCTV dalaman boleh dibocorkan keluar? - Afnan Hamimi

    Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden mengajukan soalan tambahan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkenaan isu kebocoran rakaman CCTV berkaitan kejadian melibatkan Ketua Pengarah AKPS. 

    Sementara itu, Saifuddin berkata kebocoran rakaman CCTV dalaman KLIA yang tersebar itu turut menjadi antara aspek yang diberi perhatian dalam siasatan polis.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799204/berita/semasa/akps-akan-diberi-akses-bilik-kawalan-mahb-tingkat-keselamatan-klia---saifuddin-nasution

    #SinarHarian #BeritaSemasa #DewanRakyat #AKPS

    3 min
  • AKPS akan diberi akses bilik kawalan MAHB - Saifuddin Nasution

    Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) akan diberi autoriti untuk mengakses bilik kawalan kamera litar tertutup (CCTV) Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi mempertingkatkan kawalan keselamatan di pintu masuk negara.

    Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perkara itu telah dibincangkan dengan MAHB dan persetujuan terhadap mekanisme berkenaan telah dicapai, namun pelaksanaannya kini masih pada peringkat pentadbiran.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799204/berita/semasa/akps-akan-diberi-akses-bilik-kawalan-mahb-tingkat-keselamatan-klia---saifuddin-nasution

    #SinarHarian #BeritaSemasa #DewanRakyat #AKPS #MAHB

    3 min
  • Kes Irene Sofiya: Johor sedia bantu tambah baik keselamatan sekolah

    Aspek keselamatan murid di sekolah perlu diberi perhatian dan tindakan sewajarnya bagi memastikan insiden kematian pelajar Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal tidak berulang.

    Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerajaan negeri bersedia membantu bagi memastikan keselamatan anak-anak di sekolah terus diberi keutamaan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799114/edisi/johor/kes-irene-sofiya-johor-sedia-bantu-tambah-baik-keselamatan-sekolah

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #IreneSofiya

    2 min
  • 'Yang tak bayar syarikat, yang diminta letak jawatan menteri'

    “Yang tak bayar syarikat, yang diminta diambil tindakan ialah menteri. Apa punya logik ini?”

    Demikian tegas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke ketika mengulas kritikan di media sosial yang mendesaknya meletakkan jawatan susulan keputusan kerajaan menggantung perkhidmatan pembayaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) oleh pemungut hasil, MyEG Sdn Bhd dan Zetrix AI Bhd, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799036/berita/nasional/penggantungan-myeg-yang-tak-bayar-syarikat-yang-diminta-letak-jawatan-menteri---anthony-loke

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #sidangmedia #AnthonyLoke #MyEG

    2 min
  • 'Jika mereka datang dengan niat baik, kami terima' - Keluarga Irene Sofiya

    Keluarga Allahyarham Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal yang dipercayai dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, bersedia menerima kunjungan keluarga suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kematian pelajar Tingkatan Empat itu.

    Ibu saudara mangsa, Siti Nur Faeza Khyar, 45, berkata, mereka tidak menutup pintu kepada mana-mana pihak yang mahu hadir dengan niat baik, termasuk keluarga suspek.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799086/berita/semasa/jika-mereka-datang-dengan-niat-baik-kami-terima---keluarga-irene-sofiya

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #IreneSofiya

    2 min
  • 'Macam mana nak tanam musim depan?' - Pesawah terduduk padi musnah

    Pesawah di jelapang padi Paya Sepayang, Rompin kini dalam dilema untuk meneruskan penanaman padi musim akan dating, lapor wartawan Sinar Harian, Nik Amirulmu'min Nik Min.

    Rata-rata mereka mengaku habis modal selepas menanggung kerugian besar apabila padi diusahakan musim ini rosak akibat 'serangan' keladi agas dan paku rawan yang tumbuh tidak terkawal di hampir keseluruhan petak sawah.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799009/edisi/pahang/macam-mana-nak-tanam-musim-depan---pesawah-terduduk-padi-musnah

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #edisi #pesawah #isupadimusnah #suararakyat

    5 min
  • 'Saya tak mahu anak rasa apa saya rasa'

    Kehilangan ibu tercinta akibat kanser darah ketika baru berusia lapan bulan meninggalkan kesan mendalam buat seorang pejuang kanser payudara sehingga sanggup merahsiakan penyakitnya daripada tiga anak selama hampir tujuh bulan.

    Nur Zalfarini Mohd Izab, 43, berkata, perkara pertama yang terlintas di fikirannya selepas disahkan menghidap kanser payudara tahap tiga pada 2021 adalah nasib tiga anaknya yang ketika itu masih kecil.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799053/edisi/melaka-ns/saya-tak-mahu-anak-rasa-apa-saya-rasa

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PejuangKanser

    4 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…