
Sign up to save your podcasts
Or


Permintaan untuk dibelikan baju berwarna putih yang tidak pernah dibuat sebelum ini terus terngiang-ngiang dalam ingatan seorang ibu selepas anak bongsunya, Siti Nur Batrisya Mohd Halid, 22, maut dalam kemalangan jalan raya pada Jumaat.
Lebih menyayat hati, kemalangan sama turut meragut nyawa cucu saudaranya, Siti Nur Maisarah Abd Jalil, 22, yang mempunyai hubungan rapat dengan Batrisya sejak kecil.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799921/edisi/johor/batrisya-bersungguh-sungguh-mahu-baju-putih-ndash-ibu-mangsa-kemalangan
Muzik: Dissolved in Loneliness-Veance D dari bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kemalangan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui peruntukan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menerusi Belanjawan 2027 mencatatkan peningkatan kecil.
Bagaimanapun, beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri menghargai peruntukan berkenaan dan memahami kedudukan kewangan negara ketika ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799788/khas/belanjawan/belanjawan-2027-walaupun-kenaikan-kecil-kkdw-akan-terus-perkukuh-pembangunan-desa---ahmad-zahid
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #SinarHarian #Belanjawan2027 #SuaraRakyat
Kerajaan bersetuju menaikkan jumlah kelayakan cuti bersalin bagi penjawat awam sepanjang tempoh perkhidmatan daripada 360 hari kepada 490 hari, dengan maksimum 98 hari setiap kelahiran
#SinarHarian #BeritaSemasa #Belanjawan2027 #SuaraRakyat #Bajet2027 #AnwarIbrahim #EkonomiMADANI #MalaysiaMADANI
Anak muda yang menyertai aktiviti kesukarelawanan bakal menerima insentif e-dompet sebanyak RM100 menerusi program Budi Belia yang diperkenalkan kerajaan dalam Belanjawan 2027.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, insentif itu diberikan kepada mereka yang berjaya melengkapkan jumlah jam aktiviti kesukarelawanan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terpilih.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799735/khas/belanjawan/belanjawan-2027-belia-buat-kerja-sukarela-dapat-rm100-e-dompet
#SinarHarian #BeritaSemasa #Belanjawan2027 #SuaraRakyat #Bajet2027 #AnwarIbrahim #EkonomiMADANI #MalaysiaMADANI
Bantuan tiket penerbangan FLYSiswa MADANI 2027 dinaikkan daripada RM400 kepada RM500, memanfaatkan lebih 60,000 penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
#SinarHarian
Kerajaan akan meminda Akta Pengangkutan Jalan bagi mewajibkan pemandu mabuk atau di bawah pengaruh dadah membayar pampasan kepada mangsa nahas, selain mewajibkan pemasangan sistem telematik pada kenderaan perdagangan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dua langkah lebih tegas itu akan dilaksanakan susulan kes nahas maut yang masih membimbangkan walaupun penguatkuasaan peraturan jalan raya telah diperketat.
#SinarHarian
Kerajaan bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik kepada peminjam yang berpendapatan sehingga RM2,500 sebulan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bayaran balik minimum dikenakan hanya RM50 ke atas peminjam berpendapatan antara RM2,500 hingga RM3,000 sebulan.
#SinarHarian
Bantuan awal persekolahan akan ditingkatkan daripada RM150 ke RM200 setiap murid bagi persiapan bagi sesi persekolahan 2027.
Seramai 5.3 juta murid layak menerima Bantuan Awal dengan peruntukan 1 bilion ringgit.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Belanjawan2027 #SuaraRakyat
Kira-kira 600,000 pemandu e-hailing dan penghantar p-hailing bakal menikmati peningkatan pendapatan bersih serta perlindungan kebajikan menerusi pakej bernilai RM160 juta yang akan dilaksanakan mulai 2027.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pakej yang dibiayai bersama oleh kerajaan dan Grab itu merangkumi peningkatan kadar pendapatan minimum, bantuan kos penyelenggaraan kenderaan, insurans serta caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
#SinarHarian
Kerajaan bersetuju meningkatkan kadar gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan dalam pembentangan Belanjawan 2027.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah berkenaan bakal memberi manfaat secara langsung kepada lebih empat juta pekerja di seluruh negara.
#SinarHarian
From the publisher's feed