
Sign up to save your podcasts
Or


“ITULAH orang kita. Bila pencen, terus nak berkebun dan berehat di rumah. Tak betul begitu."
Kata-kata Allahyarhamah Tun Dr Hasmah Mohd Ali itu masih segar dalam ingatan saya walaupun ia dilontarkan hampir dua dekad lalu.
Audio dijana oleh AI
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800197/suara-sinar/komentar-editor/dr-hasmah-yang-saya-kenali
Seorang ibu tunggal warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka pada Isnin atas dua pertuduhan, iaitu melacurkan diri dan berkurung dengan seorang lelaki bukan mahram di sebuah rumah tumpangan di Melaka, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Tertuduh, Ika Sitepu, 38, didakwa mengikut Seksyen 75 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800151/berita/semasa/wanita-warga-indonesia-mengaku-bersalah-tawar-khidmat-seks-di-rumah-tumpangan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #kesjenayah
Kerajaan diingatkan supaya tidak membebankan 'angsa emas' negara seperti Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dengan keputusan politik.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, institusi strategik itu perlu diberi ruang menjalankan peranan masing-masing tanpa dipaksa menanggung kos atau melaksanakan keputusan kerajaan yang boleh menjejaskan kedudukan kewangan mereka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800129/berita/nasional/jangan-sembelih-angsa-emas-demi-hasil-segera-ndash-hamzah
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #GLC #GLIC
Kerajaan tidak sepatutnya terus berdolak-dalik mengenai hala tuju sistem percukaian negara kerana ketidakpastian itu menyukarkan banyak pihak termasuk sektor perniagaan untuk merancang harga, kos pengeluaran, pelaburan dan rantaian bekalan.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kerajaan dilihat semakin menuju ke arah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) menerusi beberapa langkah percukaian yang diperkenalkan, namun belum menyatakan secara jelas untuk mengembalikannya dalam dasar negara.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800123/berita/nasional/jangan-malu-kembalikan-gst---hamzah
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #GST
Peningkatan peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam Belanjawan 2027 memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) mungkin diadakan tahun depan.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata belanjawan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sarat dengan pengumuman berbentuk ‘gula-gula’ susulan peningkatan perbelanjaan mengurus sebanyak 11.41 peratus kepada RM376.8 bilion.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800118/berita/nasional/banyak-manis-manis-mungkin-pilihan-raya-tahun-depan---hamzah
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen
Hanya 34.1 peratus kes kecemasan yang mengancam nyawa menerima respons dalam tempoh kurang 15 minit, berbanding sasaran 50 peratus yang ditetapkan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata pihaknya mengakui peratusan itu masih belum memenuhi sasaran ditetapkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800098/berita/nasional/hanya-341-peratus-kes-kritikal-capai-kpi-respons-ambulans---dr-dzulkefly
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangdewanrakyat #Menterikesihatan #keskecemasankritikal
Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan pada Isnin atas pertuduhan membunuh seorang pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) di sebuah rumah di Jalan Air Putih 2, Kuantan pada 6 Oktober lalu.
Tertuduh, F Alan Stevekumar,19, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan, namun tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800092/berita/semasa/lelaki-19-tahun-didakwa-bunuh-pelajar-polisas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah
Merak Jalanan faham kemarahan orang ramai bila dengar Irene Sofiya, 16, ditemukan meninggal dunia dipercayai dibunuh di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, Batu Pahat.
Lebih menyedihkan apabila mengenangkan nasib arwah yang kehilangan ibu dan menjadi harapan bapanya. Sukar membayangkan perasaan seorang bapa yang kehilangan anak dalam keadaan begitu tragis.
Audio dijana oleh AI
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800072/suara-sinar/pojok/boleh-marah-tapi-jangan-dedah-muka-suspek-kes-irene-sofiya
#SinarHarian #SinarTerkini #AudioSiar #IreneSofiya
Pemergian 'orang kuat' di sebalik gerakan #QuranHour, Marhaini Yusoff ke negeri abadi disifatkan sebagai kehilangan yang amat besar terhadap perjuangan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) mengQurankan bangsa dan mengIkhlaskan ummah.
Pengasas WUIF, Datuk Hussamuddin Yaacub menyifatkan arwah sebagai susuk tubuh yang gigih, rajin dan kaya dengan idea untuk membawa gerakan siri kempen #QuranHour serta RumahNgaji dikenali di seluruh negara.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800029/berita/semasa/pemergian-orang-kuat-wuif-amat-dirasai
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaTerkini #MarhainiYusoff #WUIF #MeninggalDunia
Tempoh operasi lampu jalan di kawasan terjejas jerebu perlu dilanjutkan sehingga jam 9 pagi, berbanding jam 7 pagi ketika ini bagi membantu meningkatkan jarak penglihatan dan mengurangkan risiko kemalangan.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, langkah itu boleh dilaksanakan segera terutama di kawasan yang menggunakan sistem pemasa automatik.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799919/edisi/johor/lanjut-operasi-lampu-jalan-hingga-9-pagi-ketika-jerebu---kkr
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Jerebu #Lampujalan
From the publisher's feed