Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • Jadilah kura-kura, bukan keldai

    Satu hari itu, sekitar pertengahan tahun 1990-an, ketika saya berjalan di Central Market, tiba-tiba ada seorang pemuda menegur saya dari belakang. Pelik juga, bagaimana ada orang boleh mengenal saya di tengah Kuala Lumpur. Bila saya berpaling, rupanya dia teman sekampung saya. 

     
    "Pinjam aku duit sikit," katanya. Masa itu saya masih lagi pelajar universiti, yang hidup tentulah pokai juga. "Tak dapat banyak, RM10 pun okeylah," katanya lagi. 

    Audio: Dijana oleh AI 

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801119/berita/cetusan/jadilah-kura-kura-bukan-keldai 

    #SinarHarian #BeritaTerkini #AudioSiar #kurakura #keldai

    5 min
  • Krisis geopolitik Asia Barat punca utama lonjakan bil elektrik - PETRA

    Faktor utama kenaikan surcaj Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) sehingga berlaku peningkatan ketara bil elektrik adalah disebabkan krisis geopolitik di Asia Barat yang bermula pada hujung Februari lalu.

    Timbalan Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, krisis berkenaan mendorong kenaikan harga bahan api seperti gas asli dan arang batu di peringkat global.

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangdewanrakyat #lonjakanbilelektrik

    3 min
  • Kehadiran gajah rosakkan tanaman, pekebun bimbang

    Pekebun di Rancangan Pertanian Berkelompok Ulu Chemor, Bukit Bangkong di Ipoh meluahkan kebimbangan selepas tanaman dan peralatan kebun mereka mengalami kerosakan akibat gangguan gajah liar sejak akhir September lalu.

    Kejadian yang berlaku sebanyak tiga kali itu bukan sahaja memusnahkan tanaman buah-buahan malah merosakkan tangki air, kolam dan sistem paip yang digunakan untuk mengusahakan kebun berkenaan.

    Artiekl: https://www.sinarharian.com.my/article/800695/berita/semasa/kehadiran-gajah-rosakkan-tanaman-pekebun-bimbang

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.


    #SinarHarian #BeritaSemasa #tanamanrosak #serangangajah

    3 min
  • 'Semasa jadi pembangkang dahulu, kita 'terpaling' suruh kerajaan jadi adil'

    Seorang ahli Parlimen kerajaan menggesa agar peruntukan sama rata diberikan kepada semua ahli Parlimen tanpa mengira parti.

    Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis berkata, perkara itu perlu ditunaikan selari dengan prinsip yang dipegang ketika menjadi pembangkang sebelum ini.

    Artike: https://www.sinarharian.com.my/article/800452/berita/nasional/kita-perlu-berhenti-jadi-kerajaan-yang-matikan-peruntukan-kepada-pembangkang

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen

    2 min
  • Tuan Ibrahim gesa batal syarat simpanan RM15,000 untuk haji

    Kerajaan diminta membatalkan syarat simpanan minimum RM15,000 kepada jemaah haji sebelum dibenarkan menunaikan ibadah itu, kerana ia membebankan golongan berpendapatan rendah.

    Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata syarat berkenaan perlu diteliti semula bagi memastikan TH terus berperanan memudahkan umat Islam menunaikan haji, bukannya menambah beban kewangan mereka.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #TabungHaji

    4 min
  • Bantuan 'one-off' RM1,000: Apa reaksi pemandu teksi?

    Pemandu teksi antara yang bakal menerima bantuan kewangan secara 'one-off' sebanyak RM1,000 bermula Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Dzulkarnain Mohd Amin.

    Inisiatif ini bakal memanfaatkan kira-kira 38,000 pemandu teksi. 

    Pembayaran dapat dibuat lebih awal sebelum Belanjawan 2027 diluluskan kerana sumber kewangannya merupakan hasil daripada jualan nombor pendaftaran kenderaan khas siri 'H' yang menjana RM91 juta. 

    Jom dengar apa reaksi pemandu teksi?

    Muzik: Midnight Thoughts- Nikita Kondrashev oleh Bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #reaksipemanduteksi #bantuanpneoffrm1000

    4 min
  • Takiyuddin, Ram Karpal antara dilantik anggotai Majlis Perkhidmatan Parlimen

    Dewan Rakyat pada Rabu bersetuju melantik empat ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang menganggotai Majlis Perkhidmatan Parlimen di bawah Akta Perkhidmatan Parlimen 2025.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan pelantikan itu dipersetujui Jawatankuasa Pemilih pada 13 Oktober lalu.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800408/berita/nasional/takiyuddin-ram-karpal-antara-dilantik-anggotai-majlis-perkhidmatan-parlimen

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangdewanrakyat #PM #pelantikananggotaperkhidmatanParlimen

    2 min
  • Paksa makan najis, dera kanak-kanak sampai mati: Bekas pemandu e-hailing dipenjara 8 tahun 6 bulan

    Seorang bekas pemandu e-hailing dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun enam bulan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada Rabu, selepas mengaku bersalah mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun hingga menyebabkan kematiannya termasuk memaksa mangsa memakan najis, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

    Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Abdul Fareed Abdul Gafoor memerintahkan hukuman ke atas Chan Wen Jin, 32, berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap pada 3 Oktober 2022.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800415/berita/semasa/paksa-makan-najis-dera-kanak-kanak-sampai-mati-bekas-pemandu-e-hailing-dipenjara-8-tahun-6-bulan

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesjenayahpenderaan #JohorBahru

    3 min
  • Jerebu menyeksa jiran, kenyataan pula undang kemarahan

    Sudah berpuluh tahun isu jerebu rentas sempadan menghantui rantau ini tetapi kita masih terpaksa bercakap tentang perkara yang sama. Tiada apa yang berubah. Pembakaran hutan bagi tujuan pertanian masih berlaku di Indonesia saban tahun.

    Malaysia pernah berdepan episod jerebu teruk pada 1997, 2015, 2019 dan kini 2026. Malah, keadaan di Bahagian Serian, Sarawak pernah mencapai tahap serius sehingga darurat bencana jerebu diisytiharkan pada 4 September lalu, susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 500.

    Audio dijana oleh AI

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800348/suara-sinar/pojok/jerebu-menyeksa-jiran-kenyataan-pula-undang-kemarahan 

    #SinarHarian #SinarTerkini #AudioSiar #Jerebu 

    3 min
  • Kontroversi isu New Age Movement: 'Tidak adil hukum saya hanya berdasarkan cerita sebelah pihak' - Marhamah

    Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli menyelar pihak yang berterusan membuat tuduhan tidak berasas mengenai beliau berhubung isu penyebaran unsur New Age Movement (NAM).

    Menurut beliau, sebarang perkara berbangkit atau tuduhan perlu disemak untuk mengetahui kebenaran bagi memberi keadilan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800395/berita/nasional/kontroversi-isu-new-age-movementnbsptidak-adil-hukum-saya-hanya-berdasarkan-cerita-sebelah-pihak---marhamah

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #NewAgeMovement

    2 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…