Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • Anwar jawab 'teguran' hadiri konsert Siti Nurhaliza

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kehadirannya pada Konsert Tradisional Gema Bumantara di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu bukan sekadar untuk menyaksikan persembahan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin tetapi turut menghargai usaha mengangkat seni dan budaya Melayu.

    Beliau berkata, konsert berkenaan menampilkan pelbagai persembahan warisan tempatan termasuk wayang kulit, tarian tradisional serta kebudayaan Sabah dan Sarawak yang membanggakan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801221/berita/nasional/anwar-jawab-teguran-hadiri-konsert-siti-nurhaliza

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PMX #KonsertSitiNurhaliza

    2 min
  • Pertikaian syarikat Lee Zii Jia, keluarga selesai secara baik

    Pertikaian berkaitan pengurusan kewangan syarikat antara pemain badminton negara, Lee Zii Jia dengan bapa, kakak dan adik lelakinya selesai secara baik apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur merekodkan penghakiman persetujuan pada Selasa.

    Hakim, Leong Wai Hong merekodkan perkara itu selepas semua pihak mencapai persetujuan berhubung kes saman pemula yang difailkan Zii Jia, 28, selaku pemohon terhadap keluarganya pada 2 Julai lalu.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801172/berita/semasa/pertikaian-syarikat-lee-zii-jia-keluarga-selesai-secara-baik

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #LeeZiiJia #mahkamah

    2 min
  • Lapan lelaki didenda RM5,000 mengaku menipu atas talian

    Lapan lelaki didenda RM5,000 mengaku menipu atas talian

    Lapan lelaki tempatan diperintahkan oleh Mahkamah Majistret Kulim membayar denda RM5,000 selepas mengaku salah melakukan penipuan atas talian, baru-baru ini.

    Majistret Nur Hamizah Mat Shah memerintahkan hukuman berkenaan ke atas kesemua lelaki terbabit setelah pengakuan bersalah direkodkan sebaik pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801196/berita/semasa/lapan-lelaki-didenda-rm5000-mengaku-menipu-atas-talian

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #tipuonline

    2 min
  • Gudang pakaian terpakai diserbu, simpan minyak masak bersubsidi

    Kegiatan penyelewengan minyak masak peket bersubsidi berjaya dibongkar dalam serbuan di sebuah gudang pakaian terpakai di kawasan perindustrian ringan, di Sungai Petani pada Isnin.

    Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, kegiatan itu dipercayai berselindung di sebalik urus niaga membabitkan pakaian terbabit.

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801138/edisi/utara/gudang-pakaian-terpakai-diserbu-simpan-minyak-masak-bersubsidi

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Seludup #Minyakmasaksubsidi

    2 min
  • PN akan cabar keputusan RoS di mahkamah - Takiyuddin

    Perikatan Nasional (PN) akan mencabar kesahihan perintah pembatalan gabungan parti itu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) di mahkamah.

    Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya juga akan memohon supaya pelaksanaan dan segala kesannya ditangguhkan sementara menunggu penentuan mahkamah.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801182/berita/politik/pn-akan-cabar-keputusan-ros-di-mahkamah---takiyuddin

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PN #RoS #PNdiharamkan

    2 min
  • Tiga banduan didakwa bunuh, cedera rakan di Penjara Marang

    Seorang banduan dihadapkan di Mahkamah Majistret Marang pada Selasa atas dakwaan membunuh seorang banduan lain dalam kejadian di Penjara Marang pada Ogos lalu.

    ​Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Che Mohd Nazzaruddin Che Ros, 35, selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Athirah Hashim.

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801156/berita/semasa/tiga-banduan-didakwa-bunuh-cedera-rakan-di-penjara-marang

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Banduan

    2 min
  • Palsukan cuti sakit: Dua wanita didenda RM3,000, penjara lima hari

    Dua wanita masing-masing didenda RM3,000 dan penjara lima hari di Mahkamah Majistret Kota Tinggi, pada Selasa atas kesalahan memalsukan satu dokumen iaitu sijil cuti sakit (MC) pada awal bulan ini.

    Hukuman ke atas Alia Mysarah Hairol, 23, dan Nurin Atiqah Kamalrudin, 22 dibuat Majistret Nur Najihah Hamidi selepas kedua-dua mereka mengaku salah.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801171/berita/semasa/palsukan-cuti-sakit-dua-wanita-didenda-rm3000-penjara-lima-hari

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #PalsuMC

    2 min
  • Mafia korporat: Anwar bidas Rafizi, persoal mengapa tidak bersuara ketika jadi menteri

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli berhubung isu jenayah korporat dengan mempersoalkan mengapa perkara itu tidak dibangkitkan ketika beliau masih memegang jawatan dalam kerajaan.

    Beliau berkata, tindakan membetulkan sebarang salah laku perlu dilakukan ketika seseorang masih mempunyai kuasa, bukannya hanya bersuara selepas tidak lagi memegang jawatan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801170/berita/nasional/mafia-korporat-anwar-bidas-rafizi-persoal-mengapa-tidak-bersuara-ketika-jadi-menteri

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Mafiakorporat

    2 min
  • Mafia korporat: Jika ada bukti, dedahkan tidak kira siapa - PM

    Kerajaan memberi jaminan tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti mafia korporat.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, laporan lengkap siasatan berhubung kegiatan itu akan didedahkan kepada umum dalam tempoh tiga bulan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801158/berita/nasional/mafia-korporat-laporan-siasatan-didedah-kepada-umum-dalam-tiga-bulan-ndash-pm

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Mafiakorporat

    3 min
  • Mafia korporat: RM37.53 bilion aset dirampas, RM28 bilion bayar hutang 1MDB – PM

    Sebanyak RM37.53 bilion nilai aset dirampas hasil tindakan penguatkuasaan negara dalam usaha membanteras kegiatan mafia korporat termasuk RM28 bilion daripadanya digunakan bagi menyelesaikan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan penguatkuasaan terhadap kegiatan berkenaan diteruskan menerusi siasatan serta pendakwaan jenayah dan sivil.

     
    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801153/berita/nasional/mafia-korporat-rm37-53-bilion-aset-dirampas-rm28-bilion-bayar-hutang-1mdb-ndash-pm

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Mafiakorporat

    3 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…