Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • Tanah runtuh: Masih ada pergerakan tanah, enam rumah diarah kosong serta-merta

    Pergerakan tanah masih berlaku di lokasi kejadian tanah runtuh di Taman Seri Rambai, Paya Terubong di George Town menyebabkan enam rumah berhampiran diarahkan dikosongkan serta-merta bagi mengelakkan risiko runtuhan susulan, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli. 

    Pegawai Daerah Timur Laut, Isma Suhaimi Shariff berkata, pergerakan tanah masih dikesan walaupun ketika keadaan tidak hujan sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk di kawasan berkenaan. 

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801886/berita/semasa/tanah-runtuh-masih-ada-pergerakan-tanah-enam-rumah-diarah-kosong-serta-merta 

    Tajuk lagu: Elevate 

    Artis/ komposer: Benjamin Tissot 

    Sumber: www.bensound.com 

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. 

    #SinarHarian #BeritaSemasa #tanahruntuh #GeorgeTown #pergerakantanah

    3 min
  • Rumah ditenggelami air lepas lima jam hujan tanpa henti

    Hujan lebat berterusan selama kira-kira lima jam menyebabkan rumah penduduk di Kampung Titi Teras dan Teroi Bukit, berhampiran Gunung Jerai, di Yan ditenggelami air.

    Mangsa, Sharip Saod, 75, dari Kampung Titi Teras berkata, hujan lebat tanpa henti sejak jam 10 malam Sabtu menyebabkan air mula naik pada jam 3 pagi Ahad.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801903/edisi/utara/rumah-ditenggelami-air-lepas-lima-jam-hujan-tanpa-henti

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Banjir

    2 min
  • Nahas 4 sekeluarga maut: 'Ayah sempat ‘video call’ selepas terlibat nahas' - Anak

    “Ayah sempat membuat panggilan video kepada anak-anaknya dan meminta kami pulang ke kampung.”

    Demikian permintaan terakhir seorang pesara tentera, Ab Shukor Athan, 68, kepada anak-anaknya menerusi panggilan video dalam kumpulan WhatsApp keluarga selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 107, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Yong Peng, pada Sabtu.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801882/berita/semasa/nahas-4-sekeluarga-maut-ayah-sempat-video-call-selepas-terlibat-nahas---anak

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #kemalangan

    2 min
  • Padah gelar bekas madu pelacur, TikToker jual laksa didenda RM4,500

    Seorang TikToker yang juga penjual laksa didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu pada Ahad selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan menggelarnya pelacur menerusi aplikasi WhatsApp pada 1 November tahun lalu.

    Tertuduh, Nur Hazwani Mustapha, 39, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Vinoshen Raveentharan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801858/berita/semasa/padah-gelar-bekas-madu-pelacur-tiktoker-jual-laksa-didenda-rm4500

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #TikToker

    2 min
  • Lelaki maut tertimbus tanah runtuh: Punca dikaitkan projek perumahan disiasat

    Punca kejadian tanah runtuh yang mengorbankan seorang lelaki warga emas berusia 73 tahun di Lebuh Rambai 13, Taman Seri Rambai, Paya Terubong di George Town masih disiasat termasuk kemungkinan mempunyai kaitan dengan projek pembangunan perumahan berhampiran.

    Difahamkan, terdapat projek pembangunan perumahan di kawasan bukit berhampiran yang turut menjadi perhatian susulan kejadian itu.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801851/berita/semasa/lelaki-maut-tertimbus-tanah-runtuh-punca-dikaitkan-projek-perumahan-disiasat

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #tanahruntuh

    2 min
  • Jerebu: Malaysia akan tetap bantu Indonesia

    Malaysia akan meneruskan bantuan kepada Indonesia bagi menangani masalah jerebu rentas sempadan.

    Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri Jumaat lalu dan Malaysia komited memberikan bantuan sebaik mungkin kepada negara berkenaan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801846/berita/nasional/jerebu-malaysia-akan-tetap-bantu-indonesia

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Jerebu #Indonesia

    2 min
  • PRN Melaka: MCA masih boleh runding calon - Ahmad Zahid

    Barisan Nasional (BN) masih membuka ruang rundingan dengan MCA berhubung senarai calon yang diumumkan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 sebelum hari penamaan calon.

    Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perbincangan akan diadakan bagi menyelesaikan isu berkenaan bersama Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801843/berita/politik/prn-melaka-mca-masih-boleh-runding-calon---ahmad-zahid

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #calonBN

    2 min
  • Johor tertinggi keluarkan MyKad generasi baharu

    Johor mencatatkan jumlah tertinggi pengeluaran MyKad generasi baharu dengan 31,392 kad dikeluarkan sejak pelancaran inisiatif itu pada 17 September lalu hingga 20 Oktober, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

    Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jumlah itu mengatasi Kuala Lumpur yang merekodkan 29,601 kad, diikuti Selangor (26,736), Sarawak (25,642) dan Sabah (22,523).

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801757/edisi/johor/johor-tertinggi-keluarkan-mykad-generasi-baharu

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #60saat #mykadbaharu #SaifuddinNasution #KDN

    2 min
  • Saya tidak akan tarik balik - Takiyuddin

    "Saya tidak akan tarik balik. Sebaliknya, saya buat surat kepada Speaker mencadangkan supaya diadakan mediasi."

    Itu pendirian Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang enggan menarik balik perkataan 'munafik' yang diucapkannya dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini, sebaliknya mencadangkan proses mediasi atau pengantaraan bersama Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin

    Beliau berkata, surat mencadangkan proses pengantaraan itu sudah dihantar dan diterima Johari.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801706/berita/politik/takiyuddin-mahu-mediasi-dengan-speaker-enggan-tarik-balik-perkataan-munafik

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #kesperkataanmunafik #Speakerdewanrakyat #TakiyuddinHassan

    2 min
  • 'Saya menggigil lihat anak tidak bergerak'

    “Saya menggigil apabila melihat anak saya sudah tidak bergerak.”

    Demikian kata Norhidayah Yacob, 30, apabila melihat jasad anak keduanya, Mohammad Adib Rizqy Mohammad Fauzi, 7, terbaring di kawasan pangsapuri yang didiami di Tampoi, Johor Bahru, pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

    Katanya, pada mulanya dia tidak mempercayai berita mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu selepas dimaklumkan rakan mangsa.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801674/edisi/johor/saya-menggigil-lihat-anak-tidak-bergerak

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #keskemalangan #terjatuh #Johor Bahru

    3 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…