Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • Syarat simpanan RM15,000 haji selaras syor RCI - Zulkifli

    Penetapan syarat simpanan minimum RM15,000 bagi menerima tawaran menunaikan haji adalah selaras dengan syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menaikkan bayaran pendaftaran asas dan meningkatkan deposit kelayakan automatik mengikut kos semasa.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, inisiatif menerusi Pelan Persediaan Haji Seruan Istito’ah itu bertujuan membina disiplin kewangan dan menggalakkan bakal jemaah membuat persediaan awal sebelum menunaikan ibadah berkenaan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802036/berita/nasional/syarat-simpanan-rm15000-haji-selaras-syor-rci---zulkifli

    #SinarHarian #BeritaSemasa #TabungHaji

    3 min
  • Bantuan RM1,000 untuk pemandu teksi seluruh negara, bukan Melaka sahaja – Anthony

    Bantuan khas kewangan RM1,000 kepada pemandu teksi dan kereta sewa bukan hanya diberikan di Melaka, sebaliknya melibatkan golongan itu di seluruh negara.

    Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, tanggapan bahawa bantuan berkenaan hanya disalurkan di Melaka susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung adalah tidak tepat.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801995/berita/nasional/bantuan-rm1000-untuk-pemandu-teksi-seluruh-negara-bukan-melaka-sahaja-ndash-anthony

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Bantuanpemanduteksi

    2 min
  • PRN Melaka: Bemban sukar dimenangi punca DAP tak letak calon

    Keputusan DAP tidak meletakkan calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dibuat berdasarkan pertimbangan strategik parti itu yang melihat kerusi berkenaan sukar dimenangi.

    Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anthony Loke berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rekod prestasi parti pada pilihan raya lalu yang menyaksikan DAP hanya menduduki tempat ketiga di kerusi berkenaan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802008/berita/politik/prn-melaka-bemban-sukar-dimenangi-punca-dap-tak-letak-calon

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #DAP

    2 min
  • Akmal Saleh pertimbang rayuan kes saman Teresa Kok

    Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mempertimbangkan sama ada akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah dalam kes saman yang difailkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok terhadapnya.

    Beliau berkata, keputusan itu akan dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan barisan peguamnya bagi menentukan tindakan lanjut berhubung kes berkenaan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801990/berita/semasa/akmal-saleh-akan-kemuka-rayuan-kes-saman-teresa-kok

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #AkmalSaleh #TeresaKok

    2 min
  • Penangan cinta terlarang nasi himpit dan lemang

    Dunia hari ini memang penuh kejutan. Kalau dulu kita sibuk dengan kisah cinta manusia, sekarang nasi himpit dengan lemang pun boleh jadi bahan drama.

    Dua hidangan yang selama ini duduk semeja ketika hari raya, tiba-tiba menjadi watak utama dalam drama cinta yang entah siapa pengarahnya.

    Audio dijana oleh AI

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801952/suara-sinar/pojok/penangan-cinta-terlarang-nasi-himpit-dan-lemang

    #SinarHarian #SinarTerkini #AudioSiar #DramaAI

    2 min
  • Kes mahkamah tidak ganggu persiapan Akmal hadapi PRN

    Persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak terjejas bagi Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Salleh walaupun berdepan kes mahkamah yang masih belum selesai selepas menunggu selama setahun.

    Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, tempoh setahun berdepan situasi itu menjadikan dirinya lebih bersedia daripada segi mental untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk sama ada dapat meneruskan hasrat mempertahankan kerusi yang disandang pada PRN akan datang.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801980/berita/politik/kes-mahkamah-tidak-ganggu-persiapan-akmal-hadapi-prn

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #AkmalSaleh #PRNMelaka

    2 min
  • Kes bendera terbalik: Representasi Akmal Saleh ditolak

    Permohonan representasi yang dikemukakan pihak peguam Datuk Dr Muhamad Akmal Salleh pada Disember 2025 bagi menggugurkan kes pertuduhan terhadapnya ditolak Pengarah Pendakwaan Negeri Pulau Pinang.

    Ketua barisan peguamnya, Aizat Azam berkata, pihaknya telah memohon kepada Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada Isnin untuk mengemukakan representasi kedua kepada Peguam Negara bagi menyampaikan fakta, pandangan serta pendapat dari sudut undang-undang berhubung kes berkenaan..

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801973/berita/semasa/kes-bendera-terbalik-representasi-akmal-saleh-ditolak

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #AkmalSaleh #benderaterbalik

    4 min
  • Bersatu wajar hadir mesyuarat, jangan ambil peranan mahkamah - Annuar Musa

    Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) disarankan tidak mengambil peranan mahkamah dan mempersoalkan mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) malam Ahad.

    Ketua Penerangan PN, Tan Sri Annuar Musa berkata, mesyuarat itu penting bagi membolehkan semua parti komponen dimaklumkan mengenai pelbagai agenda yang ditetapkan termasuk persiapan menjelang PRN Melaka.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801933/berita/politik/bersatu-wajar-hadir-mesyuarat-jangan-ambil-peranan-mahkamah---annuar-musa

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Bersatu #PN

    4 min
  • 'Ada hati lagi ke Bersatu dengan PN?' - Ahmad Samsuri

    Kesediaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk terus bersama Perikatan Nasional (PN) menjadi perhatian susulan kemelut yang melanda gabungan itu.

    Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkara itu menjadi persoalan ekoran perkembangan yang berlaku sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada Ogos lalu.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801934/berita/politik/ada-hati-lagi-ke-bersatu-dengan-pn---ahmad-samsuri

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Bersatu #PN

    1 min
  • PRN Melaka: Kemenangan BN lebih penting daripada pertikaian kerusi

    Barisan Nasional (BN) perlu mengutamakan usaha memenangi 21 kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berbanding mempertikaikan soal pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen.

    Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata sebarang perbezaan pandangan berhubung pemilihan calon dan agihan kerusi perlu diselesaikan menerusi perbincangan dalaman selaras dengan tradisi gabungan itu.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801914/berita/politik/prn-melaka-kemenangan-bn-lebih-penting-daripada-pertikaian-kerusi

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #MCA

    2 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…