
Sign up to save your podcasts
Or


Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat
Ada penjenayah mencuri kerana tamakkan wang. Ada pula sanggup mempertaruhkan keselamatan orang lain demi beberapa ratus ringgit contohnya, curi kabel.
Pencuri kabel ini mungkin menganggap perbuatan itu menguntungkan, tetapi hakikatnya kerosakan yang ditinggalkan terpaksa ditanggung masyarakat.
Audio: Dijana oleh AI
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802908/suara-sinar/komentar-editor/pengkhianat-negara-yang-tiada-otak
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AudioSiar #pengkhianatnegara
Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor menyaksikan pertembungan dua calon wanita iaitu penyandang, Datuk Tuminah Kadi daripada Barisan Nasional (BN) dengan bekas Timbalan Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datin Seri Dr Asmah Samat mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802810/berita/politik/prn-melaka-dun-pantai-kundor-jadi-rebutan-dua-wanita
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat
Gudang penyembelihan dan pemprosesan ayam mentah tidak mematuhi syarak di Puchong yang diserbu menerusi Ops Taring Chiller pada Jumaat lalu, berupaya memproses lebih 40,000 ekor ayam sehari.
Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) (Gerakan / Operasi) Bukit Aman, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, ayam itu kemudian dipercayai diedarkan ke kedai runcit, restoran dan premis perniagaan sekitar Puchong serta kawasan Putrajaya, Cyberjaya, Damansara, Cheras dan Bangi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802806/berita/semasa/gudang-penyembelihan-ayam-tidak-patuh-syarak-proses-lebih-40000-ekor-sehari
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ayamtakpatuhsyarak
Awang cuma berharap Tuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain tidak dipeti-sejukkan apabila kembali ke Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Maklumlah, beliau ada kes dan dipertahankan pula oleh sembilan peguam. Beliau dulu dari PDRM, paling akhir sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di sana.
Audio: Dijana oleh AI
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802674/suara-sinar/awang-paku-serpih/jangan-peti-sejukkan-shuhaily
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #SinarTerkini #PDRM #MohdShuhailyMohdZain #AKPS #JSJ
Keupayaan menghasilkan benih kerang secara berterusan sejak 2018 meletakkan Perak pada landasan untuk menjadi antara pusat pembiakan kerang terbaik dunia.
Lebih membanggakan, kejayaan penyelidikan yang dilaksanakan di perairan negeri ini bukan sahaja membolehkan bekalan benih kerang diperoleh sepanjang tahun, malah memendekkan tempoh penternakan kepada sekitar lima ke enam bulan bagi satu kitaran pengeluaran.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802681/edisi/perak/benih-kerang-tidak-putus-potensi-perak-jadi-pusat-pembiakan-terbaik-dunia
Muzik: Neptune- Spotlight dari bensoud.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kerang #Pusatpembiakan
Seramai 1588 rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas kesalahan berkaitan dadah setakat September 2026.
Timbalan Menteri Luar, Datuk Lukanisman Awang Sani berkata, ia meningkat berbanding 1,303 kes yang direkodkan sepanjang 2025.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802443/berita/nasional/1588-rakyat-malaysia-ditahan-di-luar-negara-berkaitan-dadah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #kesdadah
KLIA perketat pemeriksaan penumpang dan bagasi banteras dadah
Pemeriksaan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan dipertingkatkan bagi membendung kegiatan penyeludupan dadah, termasuk menerusi pemeriksaan yang lebih menyeluruh terhadap penumpang dan bagasi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata langkah itu merupakan antara penambahbaikan yang akan dilaksanakan susulan peningkatan kes penyeludupan dadah di pintu masuk utama negara berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802362/berita/semasa/klia-perketat-pemeriksaan-penumpang-dan-bagasi-banteras-dadah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Keselamatan #KLIA #Saifuddin
Sebanyak 5,681 kes salah laku buli direkodkan dalam pangkalan data Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, peningkatan kes berkenaan perlu dilihat daripada beberapa sudut, termasuk peningkatan kesedaran dan keberanian mangsa serta saksi untuk tampil membuat laporan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802319/berita/nasional/5681-kes-buli-direkodkan-dalam-tempoh-lapan-bulan---fadhlina
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Buli
From the publisher's feed