Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • 'Jangan main harga' Seramai 268 pegawai penguat kuasa dan pemantau harga

    Seramai 268 pegawai penguat kuasa dan pemantau harga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak digerakkan bagi memastikan peniaga mematuhi harga maksimum 11 barangan kawalan sempena Deepavali, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

    Pengarahnya, Datuk Kamalludin Ismail berkata, pemantauan dilakukan secara berterusan di pasar awam, pasar tani dan pusat membeli-belah sepanjang tempoh pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2026.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803220/edisi/perak/jangan-main-harga

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #edisi #KPDN #SHMMP #pemantauanhargadeepavali

    2 min
  • Malaysia bukan boneka kuasa besar, belanja pertahanan ikut kemampuan - Khaled

    Malaysia akan terus menentukan keutamaan perbelanjaan pertahanannya berdasarkan kemampuan dan kepentingan negara, tanpa tunduk kepada desakan atau syor kuasa besar supaya peruntukan pertahanan negara dinaikkan sehingga lima peratus daripada Keluaran Negara Kasar (GNP).

    Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Malaysia bukan boneka mana-mana kuasa besar dan akan terus berpegang kepada dasar berkecuali serta doktrin pertahanan yang mengutamakan perlindungan kedaulatan negara, bukannya untuk tujuan menyerang negara lain.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803210/berita/nasional/malaysia-bukan-boneka-kuasa-besar-belanja-pertahanan-ikut-kemampuan---khaled-nordin

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangdewanrakyat #KhaledNordin #belanjapertahanan

    3 min
  • PRN Melaka: Baharu hari kelima kempen, Farzana sudah masuk gear lima

    Belum pun memasuki separuh tempoh berkempen, calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang, Farzana Hayani Mohd Nasir sudah masuk gear lima dengan menggerakkan jentera secara agresif dalam usaha mendekati pengundi di kawasan itu.

    Farzana, 26, yang mesra disapa Nana berkata, sekitar 30 ke 40 peratus kawasan itu sudah dikunjunginya sejak kempen rasmi bermula melalui turun padang dengan mengunjungi kawasan perumahan dan kampung bertemu penduduk dengan menaiki motosikal.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803189/berita/politik/prn-melaka-baharu-hari-kelima-kempen-farzana-sudah-masuk-gear-lima

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #PH #calonDunKlebang

    4 min
  • Ban Hong mahu bangunkan Klebang Walk Fasa 2, beri perhatian isu internet 'slow'

    Pembangunan Klebang Walk Fasa 2 antara perkara yang akan diberikan perhatian oleh calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang, Datuk Lim Ban Hong bagi merancakkan ekonomi dan sektor pelancongan setempat sekiranya diberi mandat meneruskan khidmat bagi penggal ketiga.

    Pengerusi MCA Melaka itu berkata, cadangan berkenaan merupakan antara 15 manifesto yang ditawarkan kepada pengundi menerusi tiga teras utama iaitu infrastruktur dan pembangunan; ekonomi dan peluang; serta kesejahteraan dan masa depan komuniti.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803093/berita/politik/ban-hong-mahu-bangunkan-klebang-walk-fasa-2-beri-perhatian-isu-internet-slow

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat

    3 min
  • Banjir berulang hingga tiga kali, Anwar arah projek tebatan dipercepat

    Kerajaan akan menyalurkan bantuan tambahan kepada mangsa banjir di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, selain mempercepat pelaksanaan projek tebatan banjir bagi mengurangkan risiko kejadian sama berulang, laor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara projek yang perlu diberi keutamaan termasuk kerja-kerja pelebaran sungai, pembinaan kolam takungan tambahan serta pengorekan sungai yang kontraknya sudah dimuktamadkan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803084/berita/nasional/banjir-berulang-hingga-tiga-kali-anwar-arah-projek-tebatan-banjir-dipercepat

     Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #banjirkilat #PPS

    1 min
  • Anak siapa termakan ayam bangkai?

    Pernakah kita terfikir ayam yang kita makan mungkin sudah mati sebelum disembelih? Saya tidak pernah.

    Di pasar, mata kita cuma nampak saiz dan harga. Kita cari ayam yang besar, segar dan murah. Itu sahaja.

    Audio dijana oleh AI

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803017/suara-sinar/komentar-editor/anak-siapa-termakan-ayam-bangkai

    #SinarHarian #SinarTerkini #AudioSiar #AyamBangkai 

    4 min
  • Sebelum ini beliau dibuang dan diturunkan, kita yang pulihkan dia - PM

    "Beliau sebelum ini, dalam pentadbiran lalu telah dibuang dan diturunkan... Kita yang pulihkan dia kerana prestasinya."

    Kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai tindakan terhadap Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang diutarakan oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim pada persidangan Dewan Rakyat, di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, pada Selasa.

    Menurutnya, tindakan yang dikenakan terhadap Shuhaily tidak sepatutnya dianggap sebagai kontroversi politik kerana sebarang dakwaan salah laku perlu melalui proses undang-undang.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803059/berita/nasional/prestasi-baik-atau-jasa-seseorang-pegawai-tidak-boleh-dijadikan-alasan-mengetepikan-siasatan-ndash-anwar

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen  #sidangdewanrakyat #pm #isuShuhaily

    4 min
  • ‘Malaysia berpotensi jadi sasaran serangan siber’ – PM

    Malaysia antara negara yang berpotensi menjadi sasaran serangan siber berikutan kekuatan negara dalam sektor digital dan pusat data selain pendirian berhubung isu Palestin.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu berdasarkan maklumat risikan yang diperoleh kerajaan, namun tidak semua butiran berkaitan ancaman berkenaan boleh didedahkan kepada umum.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803046/berita/nasional/malaysia-berpotensi-jadi-sasaran-serangan-siber-ndash-pm

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen  #sidangdewanrakyat #ancamansiber #pm

    2 min
  • Ancaman keselamatan global: Mekanisme pengurusan krisis perlu terus diperkukuh - Anwar

    Kerajaan akan memperkukuh tahap kesiapsiagaan negara dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik dan ancaman keselamatan global, termasuk memastikan bekalan makanan, air dan tenaga negara mencukupi serta tidak terganggu.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkembangan konflik antarabangsa menunjukkan ancaman keselamatan kini bukan sahaja melibatkan peperangan konvensional, malah merangkumi serangan siber, penyebaran maklumat palsu, sabotaj infrastruktur kritikal serta gangguan rantaian bekalan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803042/berita/nasional/ancaman-keselamatan-global-mekanisme-pengurusan-krisis-perlu-terus-diperkukuh---anwar

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #ancamankeselamatanglobal #sidangdewanrakyat #pm

    5 min
  • Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat

    Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.

    Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily

    2 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…