Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • DAP belum bincang pengganti - Anthony

    Bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan, DAP belum membincangkan calon untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkannya.

    Beliau berkata, sebarang perbincangan mengenai jawatan tersebut akan dibuat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum diputuskan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804101/berita/nasional/dap-belum-bincang-pengganti---anthony

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #AnthonyLoke

    1 min
  • Tahanan rumah: Mat Sabu sanggup serah 100 peratus gaji menteri perjuang kesaksamaan banduan

    Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu bersedia menyerahkan keseluruhan gaji menterinya kepada badan bukan kerajaan (NGO) bagi menggerakkan usaha memperjuangkan pelaksanaan mekanisme tahanan di rumah untuk semua banduan.

    Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata, sumbangan itu melibatkan keseluruhan gaji bulanannya sehingga pembubaran Parlimen bagi penggal ini.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804071/berita/semasa/tahanan-rumah-undang-undang-perlu-adil-bukan-hak-istimewa---mohamad-sabu

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #MatSabu

    3 min
  • Van sekolah operasi tanpa permit, insurans serta daif kaut untung RM10,000 sebulan

    Pemilik van persendirian dipercayai mengaut keuntungan sehingga RM10,000 sebulan dengan mengendalikan perkhidmatan van sekolah secara haram tanpa permit dan perlindungan insurans, selain menggunakan kenderaan yang berada dalam keadaan daif sehingga boleh membahayakan keselamatan pelajar.

    Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, pengusaha terbabit turut didapati membawa pelajar secara berhimpit-himpit sehingga melebihi kapasiti yang dibenarkan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803951/edisi/kelantan/van-sekolah-operasi-tanpa-permit-insurans-serta-daif-kaut-untung-rm10000-sebulan

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #VanSekolah

    3 min
  • Kes tiga kanak-kanak Myanmar ugut warga emas, serahan dokumen 18 Disember

    Mahkamah Majistret Bukit Mertajam menetapkan 18 Disember depan untuk serahan dokumen bagi kes tiga kanak-kanak Myanmar yang didakwa mengugut seorang wanita warga emas menggunakan beberapa objek pada 22 Oktober lalu.

    Sebelum itu, pertuduhan dibaca semula terhadap ketiga-tiga tertuduh berusia antara 11 hingga 12 tahun dalam bahasa Myanmar.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803941/berita/semasa/kes-tiga-kanak-kanak-myanmar-ugut-warga-emas-serahan-dokumen-18-disember

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Myanmar

    3 min
  • PRN Melaka: Polis terima 19 laporan, buka 18 kertas siasatan

    Sebanyak 19 laporan polis diterima membabitkan beberapa kesalahan antaranya khianat, khianat menggunakan api dan pergaduhan dalam tempoh 11 hari kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, bermula 31 Oktober lalu.

    Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, berkata dalam tempoh itu juga sebanyak 18 kertas siasatan dibuka, namun tiada tangkapan dibuat setakat ini.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803918/berita/politik/prn-melaka-12214-anggota-keselamatan-mengundi-awal

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #PRNMelaka #SuaraRakyat

    2 min
  • Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas

    Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.

    Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir

    2 min
  • Apa beza rumah dengan tempat tinggal?

    Timbalan Dekan Akademik dan Pengantarabangsaan ISTAC-IUM, Dr Syarifah Fatimah Al-Zahrah Syed Hussien Al-Attas berkata, perbezaan tempat tinggal dan rumah terletak pada aspek fizikal, fungsi, serta nilai emosi yang dikaitkan dengannya.

    Saksikan video penuh di: https://www.youtube.com/live/e3CAXwj9qO4?si=hYIw_sLwRfopIub9

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian  #SuaraRakyat #Wacana #PerumahanAwam #PPR #komuniti

    4 min
  • 'Kami hanya ziarah saja' - ADUN PN jumpa Tunku Nadzaruddin

    "Kami ziarah saja, kita nak menyelesaikan... tiada isu apa-apa pun".

    Demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Kamarol Ridzuan Mohd Zain ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar di Istana Serting, Jempol pada Khamis.

    Jelas beliau, kehadiran mereka merupakan pertemuan kali pertama dengan Tunku Nadzaruddin.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803560/edisi/melaka-ns/dua-adun-pn-jumpa-tunku-nadzaruddin-di-istana-serting

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #AdunPN #TunkuNadzaruddin

    2 min
  • 'Peletakan jawatan saya berkuat kuasa serta-merta sejurus Najib jejak ke rumahnya' - Anthony Loke

    Anthony Loke menegaskan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjejak kaki ke kediamannya.

    Menurutnya, pendiriannya untuk meletakkan jawatan tidak berubah meskipun pembayaran denda RM50 juta oleh bekas Perdana Menteri itu telah diselesaikan di Mahkamah Tinggi pada pagi Jumaat.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803561/berita/semasa/peletakan-jawatan-saya-berkuat-kuasa-serta-merta-sejurus-najib-jejak-ke-rumahnya---anthony-loke

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #NajibRazak #AnthonyLoke #letakjawatan

    2 min
  • Peguam ke Penjara Kajang serah perintah tahanan rumah Najib

    Pasukan peguam Datuk Seri Najib Tun Razak menuju ke Penjara Kajang pada Jumaat bagi menyerahkan perintah pelaksanaan tahanan rumah yang diperoleh daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

    Perkembangan itu menyusul selepas denda RM50 juta yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri itu selesai dibayar oleh UMNO.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803522/berita/semasa/peguam-ke-penjara-kajang-serah-perintah-tahanan-rumah-najib

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #NajibRazak

    1 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…