Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • NKVE terendam, Selangor tenggelam

    Mimpi ngeri untuk 800,000 rakyat yang tinggal dan bekerja di Shah Alam. Minggu ini sahaja dua kali Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) ditutup kedua-duanya ketika waktu puncak kerana banjir kilat.

    Pada 2 November, PLUS menutup kedua-dua arah NKVE antara Kilometer (KM) KM9.1 dan KM9.4 sekitar jam 6.20 petang, ketika ribuan warga kota baru keluar dari pejabat. Awal pagi Rabu, air kembali menenggelamkan KM9.1 dan PLUS terpaksa menutup semua lorong sehingga melepasi waktu puncak pagi, selain beberapa laluan GCE dan ELITE.

    Audio dijana oleh AI

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803465/berita/cetusan/nkve-terendam-selangor-tenggelam

    #SinarHarian #SinarTerkini #AudioSiar #NKVE #Banjir

    5 min
  • 'Dia sign halal, kita sign dikata dajal' - Anwar sedia dedah perjanjian CSA

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia mendedahkan dokumen Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) yang ditandatangani antara kerajaan dengan 13 Ahli Parlimen pembangkang pada 31 Oktober lalu. 

    Beliau berkata, perjanjian persefahaman seperti itu bukan perkara baharu kerana ia pernah dimeterai ketika Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN), dengan turut melibatkan pemimpin Pas. 

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803434/berita/politik/dia-sign-halal-kita-sign-dikata-dajal---anwar-sedia-dedah-perjanjian-csa 

    Tajuk lagu: Elevate 

    Artis/ komposer: Benjamin Tissot 

    Sumber: www.bensound.com 

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. 

    #SinarHarian #BeritaSemasa #AnwarIbrahim #SignHalal #PerjanjianCSA

    3 min
  • Lakukan ritual agama lain: Ibu Aliff Daniel sebak ketika lafaz taubat, akui gagal bimbing anak

    Air mata seorang ibu mengalir ketika membaca lafaz pengisytiharan taubat selepas mengakui kelemahan diri dalam mendidik dan membimbing anak kandungnya, Aliff Daniel Adli, 21, sehingga terjebak dengan amalan bercanggah dengan akidah Islam.

    Rohizayanti Ramli, 52, berkata, pengisytiharan taubat secara rasmi dan terbuka itu dilakukan atas kesedaran sendiri tanpa sebarang tekanan, paksaan, dorongan atau ancaman daripada mana-mana pihak.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803384/berita/semasa/lakukan-ritual-agama-lain-ibu-aliff-daniel-sebak-akui-gagal-bimbing-anak

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #isusertairitualkeagamaan #taubat

    3 min
  • Aliff Daniel isytihar taubat

    Berpuasa selama seminggu dengan hanya mengambil sayur-sayuran dan air sebelum menyertai ritual agama Hindu ketika sambutan Thaipusam antara perbuatan yang diakui Aliff Daniel Adli dalam pengisytiharan taubatnya pada Khamis.

     
    Aliff Daniel, 21, turut mengakui melakukan beberapa ritual termasuk mencucuk trisula pada pipi, meletakkan bel pada lidah serta membawa bekas susu atau pal kudam ketika berarak ke sebuah kuil di Batu Caves, Gombak pada Januari 2024.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803407/berita/semasa/aliff-daniel-isytihar-taubat-akui-berpuasa-seminggu-sebelum-ritual-thaipusam

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #isusertairitualkeagamaan #taubat

    5 min
  • Kandungan CSA perlu didedahkan kepada umum– Takiyuddin

    Kandungan Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA) yang ditandatangani beberapa ahli Parlimen pembangkang dengan pihak kerajaan pada 31 Oktober lalu perlu didedahkan kepada umum.

    Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ia termasuk jumlah, kaedah dan pelaksanaan peruntukan kepada pembangkang.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803367/berita/nasional/kandungan-csa-perlu-didedahkan-kepada-umumndash-takiyuddin

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdekwanrakyat #CSA #Takiyuddin

    5 min
  • PRN Melaka: Calon PH Duyong pilih 'shake hand', bukan kejar 'like'

    Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Poo Long Suan memilih pendekatan turun padang dan bersalaman dengan seramai mungkin pengundi berbanding mengejar populariti di media sosial dalam usaha memperkenalkan dirinya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

    Menurutnya, media sosial penting tetapi bukan segala-galanya dalam kempen pilihan raya kerana platform itu lebih cenderung menjangkau kelompok masyarakat tertentu dalam dunia maya, sedangkan hubungan dengan pengundi perlu dibina menerusi pertemuan secara bersemuka.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803371/berita/politik/prn-melaka-calon-ph-duyong-pilih-shake-hand-bukan-kejar

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #DUNDuyong #PH

    3 min
  • Caltex, Petron bayar pampasan ihsan kepada pemilik kenderaan terjejas RON95 - Armizan

    Dua syarikat pembekal bahan api, Petron dan Chevron pemilik jenama Caltex, telah mula melaksanakan pembayaran ganti rugi secara ihsan kepada pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan enjin, susulan isu pencemaran petrol RON95.

    Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kedua-dua syarikat minyak tersebut, telah memulakan tindakan susulan melibatkan aduan kerosakan yang disahkan sahih sementara siasatan terperinci masih berjalan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803343/berita/nasional/caltex-petron-bayar-pampasan-ihsan-kepada-pemilik-kenderaan-terjejas-ron95---armizan

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdekwanrakyat #isuRON95bercampurair

    4 min
  • Hilang jerebu, timbul banjir

    Pagi yang sepatutnya bermula dengan rutin biasa bertukar kecoh apabila beberapa kawasan sekitar Lembah Klang berdepan situasi banjir susulan hujan lebat awal pagi Rabu.

    Belum sempat matahari menunjukkan wajah, ada yang terpaksa mengubah laluan perjalanan, berpatah balik, mencari jalan alternatif untuk ke tempat kerja dan sekolah.

    Audio dijana oleh AI

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803313/suara-sinar/pojok/hilang-jerebu-timbul-banjir

    #SinarHarian #SinarTerkini #AudioSiar #Banjir #HujanLebat

    2 min
  • Petronas memang ‘beda level’

    Sindiran pelakon Indonesia, Boy Hamzah baru-baru ini terhadap Petronas kononnya tidak mendapat sambutan di negaranya mungkin mengundang gelak ketawa dalam kalangan sesetengah pihak, namun kenyataan itu sebenarnya memperlihatkan betapa ceteknya penilaian terhadap keupayaan sebuah syarikat yang beroperasi di pentas global.

    Mengukur kekuatan Petronas berdasarkan kehadirannya dalam pasaran runcit bahan api Indonesia adalah hujah tersasar. Syarikat minyak dan gas negara itu meninggalkan pasaran berkenaan pada 2012 tetapi keputusan perniagaan itu tidak boleh disamakan dengan kegagalan.

    Audio: Dijana oleh AI

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803162/suara-sinar/lidah-pengarang/petronas-memang-beda-level

    Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.

    #SinarHarian #BeritaTerkini #AudioSiar #Petronas

    3 min
  • Covid-19 pengajaran besar negara - Calon Bersatu DUN Paantai Kundor

    Pengalaman sebagai 'frontliner' dalam tempoh Covid-19 masih kuat berbekas di hati Dr Asmah Samat yang bertugas di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam tempoh sukar itu, lapor wartawan Snar Harian, Haizir Othman.

    Mantan Timbalan Pengarah Kanan Cawangan Perkembangan Perkhidmatan Perubatan, Bahagian Perkembangan Perubatan KKM yang juga calon Bersatu Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor itu berharap insiden tersebut tidak berulang dan mahu kita semua menjadikannya pengajaran yang berguna.

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #DUNPantaiKundor

    4 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…