
Sign up to save your podcasts
Or


Awang tidak tahu sama ada Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) yang bersidang pada tahun 2015 ada membincangkan soal tabungan atau kutipan untuk bantu orang politik.
Jadi bila timbul soal kutipan untuk Tuk Seri Bossku Najib Razak yang meningkat daripada RM9.25 juta kepada RM50 juta dalam tempoh 40 hari, banyaklah yang bertanya dalam kategori dana atau pembiayaan politik yang macam mana kedudukannya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804050/suara-sinar/awang-paku-serpih/dari-mana-datangnya-rm50-juta
#sinarharian #beritaterkini #awangpakuserpih #NajibTunRazak #wang #RM50juta
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor menerima keputusan penamatan khidmatnya sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (AMMK) atau Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri dengan hati terbuka dan reda.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas berkata, keputusan itu berkuat kuasa pada 9 November lalu selepas menerima surat daripada Pejabat Timbalan Menteri Besar Kelantan yang memaklumkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan membatalkan pelantikannya sebagai anggota AMMK.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804148/berita/politik/digugurkan-sebagai-exco-kamarudin-terima-dengan-hati-terbuka
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bersatu #Exco
Kebelakangan ini, isu serangan siber semakin hangat diperkatakan orang ramai apabila laman web institusi kewangan dan kerajaan menjadi sasaran penggodam.
Di sini ramai mula tertanya-tanya termasuk Merak Jalanan dan soalan yang paling kerap ditanya: selamatkah duit kita dalam bank? Bagaimana pula dengan data peribadi kita?
Audio/Visual: Dijana AI
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803894/suara-sinar/pojok/serangan-siber-perlukah-keluarkan-semua-wang-dalam-bank
#sinarharian #beritaterkini #audiosiar #serangansiber #bank
Kempen calon PH DUN Serkam, Muhammad Faiq Azman atau dikenali dengan nama Along Faiq sudah mencapai 70 peratus berbaki tiga hari sebelum PRN Melaka berlangsung Sabtu ini.
Beliau yang mahu membela nasib golongan nelayan itu berkata, jika beliau menang dalam PRN Melaka kali ini, beliau akan jadi wakil rakyat pertama Pakatan Harapan di DUN tersebut.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka
Calon PH DUN Serkam Muhammad Faiq Azman atau dikenali dengan nama Along Faiq mahu bot nelayan di Serkam yang disita kerana tidak berlesen untuk dikembalikan kepada pemiliknya.
Jelasnya, harus ada budi bicara dari pihak berkuasa kepada golongan tersebut yang mencari rezeki dari sumber laut.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka
Proses pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan mewakili kaum Cina daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan dilaksanakan pada hari pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 16 November ini.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah itu bagi membolehkan wakil tersebut mengangkat sumpah dan seterusnya mengambil bahagian dalam perbahasan pembentangan belanjawan kerajaan negeri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804122/edisi/terengganu/pelantikan-adun-wakil-parti-gerakan-dibuat-hari-pertama-sidang-dun---ahmad-samsuri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ADUN #Gerakan
Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan menjadi penanda aras kepada kerjasama lebih meluas antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) di seluruh negara khususnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.
Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkembangan positif jentera kedua-dua gabungan di Melaka ketika ini dilihat lebih baik dan harmoni berbanding pilihan raya di Negeri Sembilan sebelum ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804126/berita/politik/prn-melaka-penanda-aras-kerjasama-pn-bn-hadapi-pru16---ahmad-samsuri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #BN #PN
Empat lelaki tempatan termasuk seorang pelajar sekolah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, pada Rabu atas pertuduhan melakukan perbuatan cuai membabitkan mercun di atas jalan raya utama di Skudai, Ahad lalu.
Tertuduh, P Ruban, 20; S Tharun, 18; H Periuthiv, 19 dan remaja berusia 16 tahun itu semuanya mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka secara berasingan di hadapan A Shaarmini, Atifah Hazimah Wahab, Nurzihan Abdul Rehman dan Nur Fatin Mohamad Farid.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804113/berita/semasa/tular-bakar-mercun-atas-jalan-empat-lelaki-termasuk-pelajar-mengaku-tidak-bersalah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #bakarmercunatasjalan #Mahkamah
Pelepasan air Empangan Sungai Selangor di sini ditangguhkan buat sementara sekaligus membantu melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga mangsa yang masih hilang selepas dihanyutkan kepala air, di Sungai Pertak, Kampung Pertak, di Hulu Selangor.
Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Abdul Razak Muda, berkata, permohonan itu dibuat bagi memastikan aliran arus sungai kekal stabil dan tidak berubah sepanjang operasi pencarian dijalankan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804111/berita/semasa/tragedi-kepala-air-pelepasan-air-empangan-ditangguh-bagi-mudahkan-pencarian---bomba
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #InsidenKepalaAir #SAR
Seramai 124 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga mangsa yang masih hilang selepas dihanyutkan kepala air di Sungai Pertak, Kampung Pertak, Hulu Selangor.
Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Abdul Razak Muda, berkata operasi pada Rabu memberi tumpuan kepada empat sektor pencarian iaitu A, B, C dan D yang secara keseluruhan dianggarkan dalam jarak 3.5 kilometer (km).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804116/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sar-dilaksanakan-dalam-jarak-3-5km---jbpm
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #InsidenKepalaAir #SAR
From the publisher's feed