Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • 5 rakyat Malaysia ditahan seludup kokain: KDN dapatkan maklumat pihak berkuasa Jepun

    Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mendapatkan maklumat terperinci daripada pihak berkuasa Jepun berhubung penahanan lima rakyat Malaysia disyaki cuba menyeludup dadah jenis kokain di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo.

    Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkembangan terkini kes terbabit akan dimaklumkan sebaik sahaja maklumat lengkap diperoleh.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800321/berita/semasa/5-rakyat-malaysia-ditahan-seludup-kokain-kdn-dapatkan-maklumat-pihak-berkuasa-jepun

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #seludup #KDN

    3 min
  • Jerebu: 'Tiru langkah Tun M, boikot syarikat pembakar hutan' - Syed Saddiq

    Rakyat digesa memboikot syarikat yang terlibat pembakaran hutan sehingga menyebabkan jerebu rentas sempadan dengan menggunakan kuasa membeli seperti pendekatan Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu berdepan pertikaian dengan United Kingdom.

    Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan, tindakan menggerakkan kuasa pengguna perlu menjadi sebahagian daripada usaha lebih tegas untuk menekan syarikat yang mengutamakan keuntungan sehingga menjejaskan kesihatan, ekonomi dan pendidikan jutaan penduduk.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800313/berita/semasa/jerebu-tiru-langkah-tun-m-boikot-syarikat-pembakar-hutan---syed-saddiq

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Jerebu #sidangdewanrakyat #SyedSaddiq

    3 min
  • Bekas pemain bola sepak berdepan hukuman mati, didakwa edar 72 kg kanabis

    Seorang bekas pemain bola sepak didakwa di Mahkamah Majistret Alor Setar atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis atau ganja seberat 72 kilogram (kg) pada September lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.

    Tertuduh, Muhammad Faiz Nazri, 26, didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800271/berita/semasa/bekas-pemain-bola-sepak-didakwa-edar-72-kg-kanabis

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesdadah

    2 min
  • 'Akta Anti Lompat Parti aniaya ahli Parlimen digantung parti' – Ronald Kiandee

    Akta Anti Lompat Parti didakwa bukan sahaja gagal menghalang wakil rakyat bertukar sokongan politik, malah menganiaya ahli Parlimen yang digantung keahlian oleh parti sehingga menyukarkan mereka menentukan hala tuju politik sendiri.

    Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, disebabkan itu kerajaan perlu meneliti semula pelaksanaan undang-undang berkenaan bagi memastikan ia tidak menjejaskan kedudukan wakil rakyat yang berdepan tindakan disiplin parti.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800298/berita/nasional/akta-anti-lompat-parti-aniaya-ahli-parlimen-digantung-parti-ndash-ronald-kiandee

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #AktaAntiLompatParti

    2 min
  • 'Beliau boleh bercakap dan mahu makan' - Marina kongsi perkembangan Tun M

    Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan perkembangan kesihatan positif apabila sudah boleh bercakap dan menyatakan keinginan untuk makan.

    Anak perempuannya, Datuk Marina Mahathir berkata, keadaan bapanya yang masih dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) itu semakin baik dan hampir kembali seperti biasa.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800291/berita/nasional/beliau-boleh-bercakap-dan-mahu-makan---marina-kongsi-perkembangan-tun-m

    #SinarHarian #BeritaSemasa #TunM #TunHasmah

    3 min
  • Pendaftaran pelarian dalam talian UNHCR punca masalah - Saifuddin

    Proses pendaftaran dalam talian untuk pelarian oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) didakwa menjadi punca di sebalik kesukaran Malaysia menguruskan pelarian sedia ada di dalam negara.

    Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, UNHCR ketika ini membuka permohonan pendaftaran sebagai pelarian secara dalam talian.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800269/berita/nasional/pendaftaran-pelarian-dalam-talian-unhcr-punca-masalah---saifuddin

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #UNHCR

    2 min
  • Lagi kes kanak-kanak diserang anjing liar: Alif keluar beli ubat, hanya 200 meter dari rumah

    Hasrat seorang remaja lelaki membeli ubat untuk adiknya yang demam bertukar detik cemas apabila dia diserang anjing liar di Kawasan Taman Perumahan Rakyat Lima Kedai di Iskandar Puteri, pada awal pagi Isnin.

    Mohammad Alif Najmi Mohd Razi, 15, berkata, dia tidak menyangka perjalanan singkat ke kedai runcit kira-kira 200 meter dari rumahnya itu berakhir dengan kecederaan apabila seekor anjing menerkam dan menggigit kaki kirinya.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800262/edisi/johor/lagi-kes-kanak-kanak-diserang-anjing-liar-alif-keluar-beli-ubat-hanya-200-meter-dari-rumah

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.


    #SinarHarian #BeritaSemasa #anjingliar

    2 min
  • 'Kalau lambat, mungkin budak itu mati’

    “Saya fikir, kalau lambat 10 minit, mati budak itu,"

    Demikian kata penduduk, Abdullah Md Noh,73, yang bertindak menghalau sekumpulan anjing liar menggunakan batu bagi menyelamatkan kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang diserang haiwan berkenaan di Taman Perumahan Rakyat Lima Kedai di Iskandar Puteri pada Isnin.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800241/edisi/johor/kalau-lambat-mungkin-budak-itu-mati

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #anjingliar

    1 min
  • Pelarian Myanmar: Kerajaan sasar daftar 20,000 orang tahun depan - Saifuddin

    Kerajaan menyasarkan pendaftaran pelarian Myanmar menerusi Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) tahun depan berbanding kira-kira 6,000 orang yang disasarkan tahun ini.

    Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sasaran bagi tahun ini merangkumi kira-kira 4,010 pelarian yang berada di depoh tahanan imigresen dan 2,000 lagi di luar depoh berkenaan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800238/berita/semasa/pelarian-myanmar-kerajaan-sasar-daftar-20000-orang-tahun-depan---saifuddin

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #PelarianMyanmar

    3 min
  • Pekerja terjejas akibat pelarasan gaji minimum layak tuntut elaun cari kerja

    Pekerja yang diberhentikan akibat penstrukturan semula syarikat bagi menyesuaikan pelaksanaan gaji minimum RM2,000 mulai Jun 2027 boleh menuntut faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), termasuk Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) sehingga enam bulan.

    Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, bantuan itu disediakan bagi membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan dan dilindungi SIP menampung kelangsungan hidup sementara mencari pekerjaan baharu.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800234/berita/nasional/pekerja-terjejas-akibat-pelarasan-gaji-minimum-layak-tuntut-elaun-cari-kerja

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Gajiminumum

    3 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…