Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • Nak kahwin pun masih fikir rakyat

    Kalau sebut BASS, Merak Jalanan percaya ramai sudah tahu ia merujuk pasangan popular Bella Astillah dan tunangnya, YB Syed Saddiq.

    Baru-baru ini, bakal mempelai itu mengumumkan perincian majlis mereka, bermula pernikahan pada 10 Oktober, resepsi di Kuala Lumpur (18 Oktober), kenduri rakyat di Muar (25 Oktober) dan Kota Kinabalu (31 Oktober).

    Audio dijana oleh AI

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799002/suara-sinar/pojok/nak-kahwin-pun-masih-fikir-rakyat

    #SinarHarian #SinarTerkini #AudioSiar #SyedSaddiq #BellaAstillah

    3 min
  • RM314 juta hasil kerajaan tertunggak, cek RM231 juta MyEG tidak diproses

    Kementerian Pengangkutan (MOT) mendedahkan sebanyak RM314 juta hasil kerajaan masih belum dipindahkan oleh MyEG Sdn Bhd dan Zetrix AI Bhd bagi tempoh 19 Mei hingga 30 September 2026, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.

    Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, jumlah berkenaan membabitkan kutipan hasil kerajaan yang sepatutnya dipindahkan ke akaun terimaan utama Pejabat Perakaunan MOT mengikut tempoh ditetapkan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799043/berita/semasa/rm314-juta-hasil-kerajaan-tertunggak-cek-rm231-juta-myeg-tidak-diproses

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #sidangmedia #AnthonyLoke #MyEG

    4 min
  • Hukuman rotan di sekolah tidak pernah dimansuhkan  - Fadhlina

    Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menegaskan hukuman rotan di sekolah tidak ernah dimansuhkan dan hukuman tersebut hanya dilaksanakan oleh guru besar atau pengetua atau guru yang diberikan kuasa secara nyata oleh guru besar atau pengetua.

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799032/berita/semasa/hukuman-rotan-tidak-pernah-dimansuhkan---fadhlina

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangmedia #FadhlinaSidek #KPM #hukumanrotan

    2 min
  • 'Budak perempuan itu masih bergerak' - Pemandu lori saksi detik pilu nahas ragut empat nyawa

    'Budak perempuan itu masih bergerak' - Pemandu lori saksi detik pilu nahas ragut empat nyawa

    Seorang pemandu lori tidak dapat melupakan detik menyayat hati apabila melihat seorang kanak-kanak perempuan masih bergerak selepas terperangkap dalam kemalangan maut di Jalan Raya Timur-Barat, Gerik pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.

    Khairul Anuar Abdul Manaf, 42, berkata, kanak-kanak dianggarkan berusia kira-kira tiga hingga empat tahun itu masih bernyawa ketika orang ramai cuba mengeluarkannya dari dalam kenderaan yang remuk selepas melanggar lori dipandunya.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/798976/berita/semasa/budak-perempuan-itu-masih-bergerak---pemandu-lori-saksi-detik-pilu-nahas-ragut-empat-nyawa

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #keskemalanganmaut #kemalanganmautdiGerik

    2 min
  • 'Fiya ceria seperti biasa ketika kali terakhir kami bertemu' - Bapa

    “Kali terakhir saya berjumpa dengan Fiya ialah dua minggu lalu dan dia tidak menunjukkan sebarang perubahan. Malah, Fiya kelihatan ceria dan seronok belajar.”

    Demikian luahan bapa kepada pelajar Tingkatan Empat yang maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Mohd Khairool Faisal Khyar, 42, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799018/berita/semasa/fiya-ceria-seperti-biasa-ketika-kali-terakhir-kami-bertemu---bapa

    https://www.sinarharian.com.my/article/798982/berita/semasa/irene-sofiya-maut-dibunuh-harap-keadilan-ditegakkan-untuk-anak-saya---bapa

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #kesIreneSofiya #justiceforIreneSofiya

    2 min
  • Kes bunuh Irene Sofiya: Sekolah ada CCTV, tetapi tidak dipasang di lokasi kejadian - Fadhlina

    Sekolah yang menjadi lokasi kes kematian seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di Yong Peng, Johor, mempunyai kamera litar tertutup (CCTV), namun kemudahan itu tidak dipasang di tempat kejadian berlaku.

    Mengesahkan perkara itu, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil tindakan segera termasuk menambah baik sistem CCTV sedia ada serta memastikan peralatan yang rosak diperbaiki bagi meningkatkan aspek keselamatan di sekolah.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799026/berita/semasa/kes-bunuh-irene-sofiya-sekolah-ada-cctv-tetapi-tidak-dipasang-di-lokasi-kejadian---fadhlina

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangmedia #FadhlinaSidek #KPM #kesIreneSofiya #justiceforIreneSofiya

    1 min
  • Kes Irene Sofiya: Dakwaan mangsa diseret tidak benar - Fadhlina

    Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, dakwaan Irene Sofiya  Mohd Khairool Faisal, 16, diseret dari surau ke dewan dan cermin pecah di surau adalah tidak benar.

    Beliau berkata demikian pada sidang media di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, berkenaan kes kematian Irene Sofiya  Mohd Khairool Faisal, 16, yang disyaki dibunuh di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, kelmarin.

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangmedia #FadhlinaSidek #KPM #kesIreneSofiya #justiceforIreneSofiya

    2 min
  • Irene Sofiya maut dibunuh: Pelajar lelaki direman enam hari

    Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun direman enam hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan pelajar perempuan Tingkatan Empat yang ditemukan maut di sebuah sekolah di Yong Peng, Sabtu lalu.

    Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan Majistret Mustaqim Sukarno di Mahkamah Majistret Batu Pahat, pagi Ahad.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/798930/berita/semasa/irene-sofiya-maut-dibunuh-pelajar-lelaki-direman-enam-hari

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Pelajarmaut #IreneSofiya #reman

    2 min
  • Pelajar maut di sekolah: 'Fiya nak jadi doktor macam arwah ibu' - Ibu saudara

    Cita-cita Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, untuk mengikut jejak langkah arwah ibunya sebagai doktor tidak kesampaian selepas pelajar Tingkatan Empat itu ditemukan maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah menengah di Yong Peng pada Sabtu.

    Ibu saudaranya, Siti Nur Faeza Khyar, 45, berkata, Fiya pernah berkongsi dengannya mengenai hasrat untuk menjadi doktor apabila dewasa kelak.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/798894/berita/semasa/pelajar-maut-di-sekolah-fiya-nak-jadi-doktor-macam-arwah-ibu---ibu-saudara

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #IreneSofiya #PelajarMaut

    4 min
  • Pelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolah

    “Dia sempat pandang muka nenek ketika dipangku sebelum pergi selamanya."

    Demikian luah Jameyah Rabani, 66, ketika melihat cucunya, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, dalam keadaan berlumuran darah selepas dipercayai dibunuh di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, petang Sabtu.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/798893/berita/semasa/pelajar-maut-di-sekolah-nenek-pilu-lihat-fiya-terkulai-dalam-pangkuan

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Pelajarmaut #IreneSofiya

    3 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…