
Sign up to save your podcasts
Or


Merak Jalanan tengok satu video curi kabel yang tular. Sampai beberapa kali Merak Jalanan ulang tengok sebab ada satu babak yang benar-benar membuatkan Merak Jalanan tertanya-tanya.
Dalam video itu, sekumpulan lelaki sedang memotong kabel pada waktu malam. Bukan sembunyi-sembunyi sangat pun.
Audio dijana oleh AI
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797355/suara-sinar/pojok/curi-kabel-ada-polis-apa-yang-berlaku
#SinarHarian #SinarTerkini #AudioSiar #CuriKabel #Polis
Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman memohon maaf kepada Jabatan Penjara Malaysia serta menarik semula dakwaan kononnya banduan masih boleh mendapatkan bekalan dadah dengan mudah semasa menjalani hukuman di balik tirai besi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797333/berita/semasa/yasin-tarik-balik-dakwaan-dadah-bolos-di-penjara
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Yasin #Penjara
“Papa, cepatlah... marilah solat.” Itu antara kata-kata terakhir Puteri Nur Afiyah Qalesya Mustafa, 5, kepada bapanya, Mustafa Saleh pada malam sebelum kanak-kanak itu ditemukan maut dipercayai lemas di Kampung Padang, Tanjung Sedili di Kota Tinggi pada Isnin.
Neneknya, Mahani Mad Som, 63, berkata, ajakan cucunya untuk menunaikan solat Isyak bersama menjadi antara kenangan terakhir keluarga sebelum Puteri Nur Afiyah Qalesya ditemukan meninggal dunia kira-kira jam 9.30 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797331/berita/semasa/papa-cepatlahmarilah-solat---kata-kata-terakhir-puteri-nur-afiyah-qalesya
Muzik: Dissolved in Loneliness - Veance D dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Lemas #PuteriNurAfiyahQalesya
Jabatan Penjara Malaysia meminta polis hadir bagi menilai aspek keselamatan kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta, Kuala Lumpur pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam berkata, penilaian itu dibuat menerusi mesyuarat penyelarasan antara polis dan Jabatan Penjara Malaysia.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797302/berita/semasa/keputusan-kediaman-menempatkan-najib-masih-belum-dimuktamadkan---polis
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PDRM #JabatanPenjara #tahananrumah #NajibRazak
Timbalan Setiausaha Agung DAP, Hannah Yeoh enggan mendedahkan perincian perbincangan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang memuktamadkan keputusan Setiausaha Agung parti itu, Anthony Loke untuk menawarkan diri meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Tegasnya, keputusan muktamad CEC yang disifatkan sebagai badan pembuat keputusan tertinggi parti itu perlu dihormati.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797282/berita/politik/enggan-dedah-perincian-hannah-minta-hormati-keputusan-cec-dap
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #DAP #politik #hannahyeoh
Seorang bekas juruteknik dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kulim atas pertuduhan membunuh isterinya dalam kejadian minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Tertuduh, G Vikneswaran, 43, didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797249/berita/semasa/isteri-maut-ditikam-suami-13-kali-bekas-juruteknik-berdepan-hukuman-gantung-sampai-mati
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesjenayah #mahkamah
Kumpulan Cabaran Everest Base Camp (EBC) 2026 yang diketuai Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar terpaksa menempuh perjalanan darat lebih 30 jam selepas penerbangan dari Kathmandu ke Lukla dibatalkan susulan keadaan cuaca yang tidak menentu sejak beberapa hari lalu.
Selepas tiba di Surke pada lewat malam dan berehat semalaman, kesemua 10 peserta memulakan perjalanan kaki pada jam 7.30 pagi menuju Everest Base Camp yang terletak pada ketinggian sekitar 5,364 meter dari aras laut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797122/berita/nasional/cabaran-ebc-2026-peserta-redah-perjalanan-darat-lebih-30-jam
Muzik: Lone Canyon-Quiet Sight dari www.soundstripe.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #EverestBaseCamp2026 #Everest #Pendaki
Sia-sia belanja sampai RM30,000 akhirnya kereta disita
Sanggup berbelanja antara RM5,000 hingga RM30,000 untuk 'makeup' kenderaan demi hobi dan bersaing sesama ahli persatuan kereta sehingga ada yang melakukan pengubahsuaian melampaui spesifikasi ditetapkan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Itu antara yang dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah terhadap pemilik kenderaan yang dikenakan tindakan menerusi Ops Ekstrem berhubung pengubahsuaian kenderaan sehingga melanggar peraturan jalan raya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797046/berita/semasa/sia-sia-belanja-sampai-rm30000-akhirnya-kereta-disita
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #OpsEkstrem #pengubahasuaiankenderaan
Pakatan Harapan (PH) Melaka akan menggunakan formula PH Plus bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan kerjasama parti lain yang mempunyai aspirasi sama, namun setakat ini tidak melibatkan Barisan Nasional (BN), lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, pembahagian kerusi antara tiga parti komponen PH telah dimuktamadkan, manakala rundingan bagi membentuk PH Plus masih berlangsung.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796976/berita/politik/prn-melaka-ph-plus-tanpa-bn-setakat-ini
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PHPlus #PRNMelaka #PHPlustanpaBN
Waris tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) pada 14 September 2017 lalu menggesa pihak berkuasa membuka semula kertas siasatan berhubung kemungkinan pelanggaran undang-undang dan peraturan keselamatan bangunan yang didakwa menyumbang kepada kejadian itu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.
Gesaan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Februari lalu memutuskan tuntutan sivil berkaitan kecuaian dan ketinggalan pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan serta pemilikan bangunan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796974/berita/semasa/tragedi-pusat-tahfiz-darul-quran-ittifaqiyah-waris-gesa-siasatan-dibuka-semula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TragediPusatTahfizQuranIttifaqiyah #warisgesasiasatandibukasemula
From the publisher's feed