
Sign up to save your podcasts
Or


Selepas tempoh pemerintahan melepasi tiga tahun, lazimnya sudah wujud ‘mood’ untuk mengadakan pilihan raya.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, parti politik sentiasa mahu mendapatkan mandat baharu daripada rakyat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796009/berita/politik/lebih-tiga-tahun-sudah-ada-mood-adakan-pilihan-raya---tok-mat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRU16 #PAU
Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dijangka pulang ke Malaysia sama ada Sabtu atau Ahad selepas menjalankan operasi mencari dan menyelamat susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda Nepal.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tindakan seterusnya akan ditentukan selepas laporan dan penilaian dibuat oleh SMART dan Agensi Pengurusan Bencana Negara
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795992/berita/nasional/banjir-nepal-pasukan-smart-dijangka-pulang-hari-ini-atau-esok
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #BanjirNepal #SMART
Malaysia sedang berunding dengan kerajaan Nepal bagi membolehkan sampel DNA mangsa yang ditemukan dalam bencana banjir dan tanah runtuh di negara berkenaan dihantar ke Kuala Lumpur.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, langkah itu bagi memudahkan proses pengecaman dan padanan DNA mangsa dengan ahli keluarga terdekat di Malaysia.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795996/berita/nasional/banjir-nepal-malaysia-runding-bawa-sampel-dna-mangsa-ke-kuala-lumpur
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #BanjirNepal #DNA
Pelaksanaan subsidi diesel dan petrol bersasar bagi didakwa membebankan rakyat Sabah, khususnya golongan yang bergantung kepada kenderaan untuk mencari rezeki.
Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Azuwan Marjan @ Norjan berkata, Sabah merupakan antara negeri dengan penggunaan kenderaan diesel yang tinggi berikutan faktor geografi serta keperluan perjalanan jarak jauh.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #UMNO #PAU2026 #Subsidi #Sabah
Berkerusi roda bukan penghalang buat seorang warga emas, Rus Bakarurraini Shahfie, 67, untuk hadir ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 demi mengikuti perjalanan perhimpunan parti yang disertainya sejak berusia 18 tahun itu, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid.
Walaupun pergerakannya terbatas, pesara kerajaan itu tetap meluangkan masa berada di lokasi perhimpunan selama empat hari termasuk hadir ke Dewan Merdeka bagi mendengar ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795971/berita/politik/saya-nak-jumpa-presiden---warga-emas-gigih-hadiri-pau-2026-meskipun-berkerusi-roda
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PAU2026 #WargaEmas #KerusiRoda
Pakatan Harapan (PH) Melaka tetap meneruskan persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka seperti biasa tanpa terlalu bergantung kepada rundingan bersama Barisan Nasional (BN).
Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Melaka, Adam Adli Abdul Halim berkata, PH juga tidak mempunyai masalah sekiranya terpaksa bersaing dengan BN di semua kerusi pada PRN akan datang seperti yang pernah berlaku sebelum ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795990/berita/politik/runding-atau-tidak-ph-tetap-sedia-hadapi-prn-melaka---adam-adli
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PH #PRNMelaka
Tiga kenderaan mengalami kerosakan teruk selepas dihempap runtuhan tembok konkrit pagar sebuah rumah di Taman Jayamas, Seremban pada Sabtu.
Kejadian kira-kira jam 3 pagi itu melibatkan kereta jenis Toyota Vios, Perodua Viva dan Proton Persona.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795984/edisi/melaka-ns/tiga-kereta-rosak-teruk-dihempap-tembok-konkrit-pagar
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #tembokruntuh
PAU 2026: UMNO Kedah sedia bincang dengan Pas, bukan ‘parti kucing’
UMNO Kedah mengesahkan pendirian untuk memulakan perbincangan awal secara tidak rasmi dengan Pas, namun tegas menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).
Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, keputusan itu dibuat kerana struktur PN turut dianggotai oleh parti kecil yang disifatkannya sebagai tidak mempunyai pengaruh politik yang kukuh.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #UMNO #PAU2026 #Pas #UMNOKedah
UMNO Terengganu menggesa kepimpinan tertinggi parti itu supaya lebih berhati-hati dan mengambil kira kepentingan UMNO negeri jika membentuk persefahaman pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu akan datang.
Ketua UMNO Kuala Nerus, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, UMNO negeri itu sedang menyusun barisan dan melipat gandakan khidmat kepada rakyat bagi memastikan parti itu bangkit semula di Terengganu.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #UMNO #PAU2026
Kami bersedia hadapi PRU-16
Bersemangat selepas mendengar Ucapan Dasar Presiden UMNO, pimpinan sayap pemuda parti itu melahirkan kesediaan menghadapi PRU-16.
Masih segar dengan kemenangan dalam PRN (Pilihan Raya Negeri) Johor dan Negeri Sembilan, mereka bersedia membawa Gelombang Biru ke Melaka pula.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PAU2026 #PAU #politik #UMNO #PRN16
From the publisher's feed