Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • Dua pengasuh mengaku tidak bersalah aniaya kanak-kanak di taska

    Dua pengasuh mengaku tidak bersalah aniaya kanak-kanak di taska

    Dua pengasuh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan pada Jumaat atas pertuduhan menganiaya kanak-kanak di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Cenderawasih Indah pada Mei dan Ogos lalu.

    Tertuduh, Norlida Abdul Razak, 39, dan Zairifah Zainal Abidin, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Hamri Thamri Mohamad @ Shaharudin.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795835/berita/semasa/dua-pengasuh-mengaku-tidak-bersalah-aniaya-kanak-kanak-di-taska

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Pengasuh #dera

    2 min
  • PAU 2026: 'Bosku dah buat betul dah' - UMNO gesa GST dikembalikan

    UMNO menggesa supaya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) segera dilaksanakan semula seperti yang pernah dilaksanakan di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).

    Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut menyifatkannya sebagai sistem percukaian lebih berkesan, turut berazam untuk memastikan kada ditetapkan kelak berada pada peratusan lebih munasabah bagi menyelaras jaminan sosial rakyat.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795841/berita/politik/umno-gesa-gst-dikembalikan

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #UMNO #ZahidHamidi #GST #Bosku

    3 min
  • PAU 2026: 'Cukup-cukuplah guru' - Zahid Hamidi

    Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencuri perhatian para perwakilan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 apabila berkali-kali menitipkan pesanan kepada individu yang hanya dirujuknya sebagai "guru".

    Tanpa menamakan sesiapa, Ahmad Zahid meminta “guru” berkenaan mendengar suara UMNO, Barisan Nasional (BN) dan rakyat.

    Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #UMNO #ZahidHamidi

    3 min
  • Kesefahaman UMNO-PAS semakin dicemburui lawan – Asyraf Wajdi

    Kesefahaman antara UMNO dan Barisan Nasional (BN) bersama PAS sehingga menyaksikan kejayaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan disifatkan semakin dicemburui pihak lawan.

    Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu dibuktikan menerusi pelbagai bentuk intimidasi yang cuba digunakan pihak lawan bagi menggagalkan usaha penyatuan ummah berkenaan.

    Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #UMNO #PAS #AsyrafWajdi

    2 min
  • Doa ibu jadi penguat Rozhatul Amani raih 10A SPM

    Doa ibu jadi penguat Rozhatul Amani raih 10A SPM

    Doa ibu menjadi antara penguat semangat pelajar cemerlang, Rozhatul Amani Abu Bakar sehingga berjaya memperoleh keputusan 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

    Rozhatul Amani, 18, berkata, dia sentiasa meminta ibunya mendoakan kejayaan setiap kali sebelum menduduki peperiksaan, termasuk memaklumkan waktu dan mata pelajaran yang bakal didudukinya.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795728/edisi/selangor-kl/doa-ibu-jadi-penguat-rozhatul-amani-raih-10a-spm

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #SPM #InspirasiPendidikanMadani #MAIWP

    4 min
  • Hantar WhatsApps gambar video lucah bekas isteri kepada suami baru, lelaki didenda RM30,000

    Padah menghantar gambar dan video lucah bekas isterinya kepada suami wanita itu menerusi aplikasi WhatsApp, seorang pemandu lori didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Khamis.

    Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap Mohd Suhaimi Yusof, 50 selepas dia mengaku bersalah atas lima pertuduhan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795681/berita/semasa/hantar-whatsapps-gambar-video-lucah-bekas-isteri-kepada-suami-baru-lelaki-didenda-rm30000

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

     
    #SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah

    2 min
  • Lembaga Pengampunan dijangka bersidang esok, Ahmad Zahid harap terbaik untuk Najib

    Lembaga Pengampunan dijangka bersidang esok, Ahmad Zahid harap terbaik untuk Najib

    Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap keputusan terbaik dapat dicapai berhubung permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah dalam mesyuarat dijangka dilakukan Lembaga Pengampunan pada Jumaat.

    Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, kuasa berhubung perkara terbabit adalah hak mutlak Yang di-Pertuan Agong

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795674/berita/nasional/lembaga-pengampunan-dijangka-bersidang-esok-ahmad-zahid-harap-terbaik-untuk-najib

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

     
    #SinarHarian #BeritaSemasa #PAU2026 #LembagaPengampunan #NajibRazak

    2 min
  • Dakwaan seorang lagi pemimpin akan dipanggil SPRM, UMNO sedia beri kerjasama - Ahmad Zahid

    UMNO sedia memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya terdapat bukti kukuh untuk pendakwaan susulan dakwaan seorang lagi pemimpin kanan UMNO bakal dipanggil agensi itu minggu depan.

    Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau bagaimanapun belum menerima maklumat rasmi mengenai perkara berkenaan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795692/berita/nasional/dakwaan-seorang-lagi-pemimpin-akan-dipanggil-sprm-umno-sedia-beri-kerjasama---ahmad-zahid

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

     
    #SinarHarian #BeritaSemasa #PAU2026 #SPRM #UMNO

    1 min
  • Tiga beranak maut: Dua beradik ditemukan berpelukan di sisi ibu

    Detik menyayat hati menyelubungi tragedi tiga beranak yang maut dalam kebakaran di Taman Titiwangsa, Kluang apabila dua beradik ditemukan berpelukan di sisi ibunya, lapor wartawan Sinar Harian, Taufik Salimin.

    Bapa, Khairul Nizam Wahid, 50, berkata, perkara tersebut dimaklumkan oleh anggota bomba yang menemukan ketiga-tiga mangsa di dalam bilik tingkat atas kediaman terbabit.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795687/berita/semasa/tiga-beranak-maut-dua-beradik-ditemukan-berpelukan-di-sisi-ibu

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #keskebakaran #trageditigaberanakmaut

    3 min
  • Ahmad Zahid akan bertemu MB Negeri Sembilan, dapatkan penjelasan proklamasi secara paksaan

    Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan bertemu Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim bagi mendapatkan penjelasan mengenai dakwaan ada pihak memaksanya untuk menandatangani proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

    Beliau berkata, pertemuan itu dijangka berlangsung ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795686/berita/politik/ahmad-zahid-akan-bertemu-mb-negeri-sembilan-dapatkan-penjelasan-proklamasi-secara-paksaan 

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

     
    #SinarHarian #BeritaSemasa #PAU2026 #KemelutNS #proklamasi

    2 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…