Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • 'Tiada bukti penyelewengan Tabung Haji, saya tak faham erti sakau' - Bekas Ketua Audit Negara

    Tiada sebarang bukti pengauditan menunjukkan wujud kecurian atau penyelewengan dalam pengurusan Tabung Haji sepanjang tempoh perkhidmatan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad.

    Beliau berkata, Jabatan Audit Negara sentiasa menjalankan pengauditan berdasarkan piawaian kewangan serta bukti sahih sebelum sesuatu penyata atau sijil audit dikeluarkan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793423/berita/nasional/tiada-bukti-penyelewengan-tabung-haji-saya-tak-faham-erti-sakau---bekas-ketua-audit-negara

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Sakau #TabungHaji #BekasKetuaAuditNegara

    2 min
  • Kes jual tanah rugi RM1.96 juta: Dua Datuk termasuk pengerusi agensi kerajaan negeri disambung reman

    Kes jual tanah rugi RM1.96 juta: Dua Datuk termasuk pengerusi agensi kerajaan negeri disambung reman

    Dua daripada lima individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat lalu berhubung kes salah guna kuasa dalam urusan pelupusan tanah milik sebuah agensi kerajaan di Pulau Pinang, disambung reman selama tiga hari lagi, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohamad Rosli.

    Kedua-dua individu berkenaan yang bergelar Datuk merupakan pengerusi agensi kerajaan serta pengarah sebuah syarikat.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793255/berita/semasa/kes-jual-tanah-rugi-rm1-96-juta-dua-datuk-termasuk-pengerusi-agensi-kerajaan-negeri-disambung-reman

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #kesjualtanah #duadatukdisambungreman #SPRM

    2 min
  • 20 lelaki warga China direman bantu siasatan kes ‘love scam'

    Seramai 20 lelaki warga China berusia antara 19 hingga 41 tahun direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kegiatan sindiket penipuan ‘love scam’ yang menyasarkan mangsa dari negara itu.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793257/berita/semasa/20-lelaki-warga-china-direman-bantu-siasatan-kes-love-scam

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #LoveScam #mahkamah #wargaChina

    2 min
  • PRN Melaka: Abdul Hadi sahkan rundingan PN-BN sudah bermula

    Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan rundingan kerjasama antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka telah dimulakan sejak tiga hari lalu.

    Abdul Hadi berkata, perbincangan berkenaan membabitkan wakil pimpinan pusat yang dilantik daripada kedua-dua parti.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793224/berita/politik/prn-melaka-abdul-hadi-sahkan-rundingan-pn-bn-sudah-bermula

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #Pas #PN #BN

    2 min
  • Pempengaruh permotoran antara 8 direman kes 'tutup' lebuh raya demi lumba haram

    Pempengaruh permotoran antara 8 direman kes 'tutup' lebuh raya demi lumba haram

    Seorang pempengaruh permotoran antara lapan samseng jalanan yang direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung tindakan menutup jalan untuk berlumba haram di Kilometer 33 hingga hingga Kilometer 31 Lebuhraya LinKedua, Kulai pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Taufik Salimin.

    Perintah reman bermula Isnin hingga Khamis ini dikeluarkan Majistret, R. Salini selepas permohonan dibuat polis mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793250/berita/semasa/pempengaruh-permotoran-antara-8-direman-kes-tutup-lebuh-raya-demi-lumba-haram

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #keslumbaharam #empengaruhpermotorandireman #kestutuplebuhraya

    2 min
  • Lelaki pukul jiran guna batang besi direman tujuh hari

    Lelaki pukul jiran guna batang besi direman tujuh hari

    Lelaki warga emas yang ditahan selepas dipercayai memukul jirannya direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohamad Rosli.

    Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nurhanisah S H Sahul Hamid di Mahkamah Majistret George Town pada Isnin.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793248/berita/semasa/lelaki-pukul-jiran-guna-batang-besi-direman-tujuh-hari

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #kesjenayah #lelakidiremanpukuljiran #wargaemas

    2 min
  • 'Sebut nama saya di Makkah, doakan saya jadi Muslim' -ADUN Pitas

    'Sebut nama saya di Makkah, doakan saya jadi Muslim' -ADUN Pitas

    Bertahun-tahun menitipkan doa kepada kenalan yang mengerjakan umrah dan haji di tanah suci Makkah, agar hati dibukakan untuk menerima Islam, akhirnya doa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Datuk Seri Ruddy Awah dimakbulkan apabila beliau melafazkan dua kalimah syahadah di kediamannya di Kampung Salimpodon Laut, Pitas, pada Ahad.

    Selepas lebih 10 tahun mencari pegangan hidup, Ruddy, 58, akhirnya memilih Islam sebagai jalan hidupnya dan mengambil keputusan memeluk agama itu bersama isteri Datin Seri Asiah Udin bersama anak bongsu mereka, Aswady, 26.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793183/edisi/sabah-sarawak/sebut-nama-saya-di-makkah-doakan-saya-jadi-muslim-adun-pitas

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #ADUNPitas #pelukIslam

    4 min
  • Sisa binaan Singapura cemari sungai: Nak dapat RM20 pun susah - Nelayan

    Pendapatan nelayan di Kampung Simpang Kiri, Mukim Sungai Karang di Pontian semakin terjejas apabila hasil udang di sungai berkenaan merosot susulan pencemaran dipercayai berpunca daripada pembuangan sisa binaan Singapura.

    Keadaan itu didakwa semakin ketara ketika musim hujan apabila air sungai bertukar hitam, berbau busuk dan alirannya menjadi semakin tersekat akibat sungai yang semakin cetek dan sempit.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793172/edisi/johor/sisa-binaan-singapura-cemari-sungai-nak-dapat-rm20-pun-susah---nelayan

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #sisabinaan #singapura #Sungaitercemar

    2 min
  • Kembara Konvoi Jejak Asnaf santuni 50 penerima di lima masjid

    Seramai 50 asnaf di lima masjid sekitar daerah Barat Daya di Balik Pulau menerima bantuan zakat berupa wang tunai RM200 seorang bersama bakul makanan menerusi Kembara Konvoi Jejak Asnaf Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026.

    Program yang menghimpunkan lebih 100 motosikal itu merupakan sebahagian daripada Jelajah Agenda Pembangunan Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2030 (APAI2030) Siri Kedua Tahun 2026

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793065/edisi/utara/kembara-konvoi-jejak-asnaf-santuni-50-penerima-di-lima-masjid

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #KonvoiJejakAsnaf #APAI20

    4 min
  • Rundingan BN-PN: Jasa Pas di Johor, Negeri Sembilan perlu diambil kira - Abdul Hadi

    Jasa dan peranan Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor serta Negeri Sembilan perlu diambil kira dalam kerjasama Perikatan Nasional (PN) pada PRN Melaka tidak lama lagi.

    Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, semua faktor perlu dipertimbangkan dalam rundingan bersama Barisan Nasional (BN) yang kini masih berlangsung.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793046/berita/politik/rundingan-bn-pn-jasa-pas-di-johor-negeri-sembilan-perlu-diambil-kira---abdul-hadi

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #Pas #PRN

    1 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…