Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • Pinjam RM100,000, sudah bayar RM140,000 tetapi masih dituntut RM162,000

    Pinjam RM100,000, sudah bayar RM140,000 tetapi masih dituntut RM162,000

    Seorang wanita mendakwa terus dibelenggu tuntutan hutang RM162,000 walaupun telah membayar kira-kira RM140,000 bagi pinjaman asal RM100,000 daripada sebuah syarikat kredit komuniti berlesen di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

    Wanita dikenali sebagai Fina, 36, berkata, beliau bukan enggan melunaskan hutang, sebaliknya hanya mahu penyelesaian yang adil selepas mendakwa berdepan tuntutan yang disifatkan tidak munasabah sehingga menjejaskan kehidupan keluarganya dan berlarutan ke peringkat mahkamah.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/790085/berita/semasa/pinjam-rm100000-sudah-bayar-rm140000-tetapi-masih-dituntut-rm162000

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PinjamanBerlesen #KPKT

    4 min
  • Enam didakwa pukul warga China guna batang besi, peras jam tangan mewah

    Enam didakwa pukul warga China guna batang besi, peras jam tangan mewah

    Enam lelaki didenda oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Khamis selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan seorang warga China menggunakan batang besi serta melakukan pemerasan membabitkan sebuah jam tangan mewah jenama Patek Philippe.

    Lima tertuduh, Shamsul Arif Sadon, 42; Chee Yee Hao, 32; Chong Man Fai, 26; Tan Cheng Hock, 33; dan Mohamad Ajmal Kunumon, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/790055/berita/semasa/enam-didakwa-pukul-warga-china-guna-batang-besi-peras-jam-tangan-mewah

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #SuaraRakyat #Curi #jamtanganmewah

    3 min
  • Melayu, Cina, India dah elok dah..

    Melayu, Cina, India dah elok dah..

    Tiada sebarang masalah terlalu besar timbul antara kaum Melayu, Cina, dan India di negara ini seperti yang mungkin digembar-gemburkan sesetengah pihak.

    ADUN Duyung, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, situasi sama turut ada di Negeri Sembilan justeru beliau menyeru keharmonian itu tidak diganggu.

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #SuaraRakyat #PRNNegeriSembilan #isuKaum

    2 min
  • Anak peneroka Felda Sendayan rayu nilai pampasan sewajarnya

    Anak peneroka Felda Sendayan rayu nilai pampasan sewajarnya

    Generasi kedua Felda Sendayan, Negeri Sembilan merayu Menteri Besar membantu mereka mendapat pampasan seperti yang ditentukan jurunilai bebas, bukan yang ditetapkan pemaju yang nilainya jauh lebih rendah.

    Mohd Khairy Lekah@Ishak, 69, berkata, isu tersebut berlanjutan lama melibatkan 15 peneroka yang tidak bersetuju dengan penyelesaian pihak pemaju.

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #SuaraRakyat #FeldaSendayan #Pampasan

    1 min
  • Kenderaan mewah milik warga asing antara 107 disita JPJ

    Kenderaan mewah milik warga asing antara 107 disita JPJ

     Kenderaan mewah milik warga asing antara 107 yang disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang menerusi Op Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) yang dilaksanakan sejak 16 Jun lalu.

    Antara yang disita adalah Toyota Alphard, Toyota Land Cruiser dan Toyota Hilux.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/790040/berita/semasa/kenderaan-mewah-milik-warga-asing-antara-107-disita-jpj

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #sita #opsPewa

    3 min
  • Pemandu kereta didakwa bunuh dua remaja, memandu bawah pengaruh dadah

    Pemandu kereta didakwa bunuh dua remaja, memandu bawah pengaruh dadah

    Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Khamis atas pertuduhan membunuh dua remaja perempuan dalam nahas tiga kenderaan di Jalan Padang Tembak, Teluk Intan Ahad lalu.

    Tertuduh, Alex Robert, 28, yang memandu kereta semasa kejadian hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Naidatul Athirah Azman.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/790035/berita/semasa/pemandu-kereta-didakwa-bunuh-dua-remaja-memandu-bawah-pengaruh-dadah

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Kemalangan

    2 min
  • Dari 100 jadi 400 orang, penduduk jelaskan sebab Rohingya diminta keluar

    Dari 100 jadi 400 orang, penduduk jelaskan sebab Rohingya diminta keluar

    Pertambahan komuniti Rohingya di Kampung Kuala Muda, Penaga di Kepala Batas hampir empat kali ganda daripada 108 orang pada 2018 kepada kira-kira 400 tahun ini menjadi punca utama penduduk meminta penempatan itu dikosongkan, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.

    Jumlah rumah yang didiami komuniti berkenaan turut meningkat daripada 12 kepada 33, dengan sesetengah kediaman menempatkan lebih 20 orang daripada tiga atau empat keluarga, sekali gus mencetuskan keresahan mengenai kesesakan, perubahan landskap sosial kampung dan persaingan pekerjaan termasuk dalam sektor perikanan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789886/edisi/utara/dari-100-jadi-400-orang-penduduk-jelaskan-sebab-rohingya-diminta-keluar

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #rohingyadimintakeluar #isurohingya

    4 min
  • 'Tak takut jika kembali jadi pembangkang' - Mohd Hasbie

    Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Mohd Hasbie Muda menegaskan pihaknya tidak gentar sekiranya perlu kembali menjadi pembangkang jika senario politik semasa menyebabkan Kerajaan Perpaduan kehilangan majoriti di Parlimen.

    Menurut beliau, Amanah sudah berpengalaman berada di blok pembangkang, justeru perkara itu bukan sesuatu yang membimbangkan berbanding keperluan memastikan kestabilan politik negara terus terpelihara.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789809/berita/politik/tak-takut-jika-kembali-jadi-pembangkang---mohd-hasbie

    Tonton video penuh di:

    YOUTUBE: https://youtube.com/live/VWh2Zl0C9JI?feature=share

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #BeraniSemuka #Umno #Amanah #Wawasan

    3 min
  • Bapa didakwa bunuh bayi lelaki 18 bulan

    Bapa didakwa bunuh bayi lelaki 18 bulan

    Seorang pegawai khidmat pelanggan didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu atas pertuduhan membunuh bayi lelakinya berusia 18 bulan, tiga tahun lalu.

    Tertuduh, G Thevendhiran, 40, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurzihan Abdul Rehman.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789877/berita/semasa/bapa-didakwa-bunuh-bayi-lelaki-18-bulan

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah

    2 min
  • 'UMNO tidak pernah tutup pintu penyatuan Melayu' - Razlan

    UMNO tidak pernah menutup pintu terhadap usaha menyatukan orang Melayu dan Islam, termasuk membabitkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) berasaskan matlamat memperkukuh kedudukan bangsa serta negara.

    Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Razlan Rafii menjelaskan, usaha itu tidak seharusnya terus dibelenggu dengan pertelingkahan politik lampau kerana generasi hari ini perlu melihat kepentingan lebih besar demi masa depan negara serta kepentingan orang Melayu.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789812/berita/politik/umno-tidak-pernah-tutup-pintu-penyatuan-melayu---razlan

    Tonton video penuh di:

    YOUTUBE: https://youtube.com/live/VWh2Zl0C9JI?feature=share

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #BeraniSemuka #Umno #Amanah #Wawasan

    3 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…