Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • Ketua Pemuda Amanah Bachok didakwa sebar hantaran palsu kenaikan harga petrol, diesel

    Ketua Pemuda Amanah Bachok didakwa sebar hantaran palsu kenaikan harga petrol, diesel

    Ketua Pemuda Amanah Bachok mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang pada Selasa atas satu pertuduhan membuat hantaran palsu mengenai dakwaan kenaikan harga petrol dan diesel menerusi aplikasi Threads, empat bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

    Abdullah Aqili Romeli, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Ahmad Fuad Othman.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789708/berita/semasa/ketua-pemuda-amanah-bachok-didakwa-sebar-hantaran-palsu-kenaikan-harga-petrol-diesel

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #HantaranPalsu #Petrol #Diesel

    2 min
  • Enam beradik berdepan hukuman mati

    Enam beradik lelaki bersama seorang rakan mereka dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Selasa atas pertuduhan mengedar dadah seberat lebih 100 gram, minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

    Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Muhammad Affandi Zulkafli, 41; Muhammad Khairul Azmil Zulkafli, 40; Shahrul Azwan Zulkafli, 38; Mohamad Shah Herman Zulkafli, 35; Muhamad Amirul Zulkafli, 29, dan Mohamad Hafizi Zulkafli, 27, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norizan Ridzuan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789685/berita/semasa/enam-beradik-berdepan-hukuman-mati

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #EnamBeradik #Dadah

    3 min
  • Tiga kilang terbakar

    Sekurang-kurangnya tiga buah kilang musnah dalam kebakaran di Kawasan Perindustrian Taman Makmur, Lunas, Kulim lebih kurang jam 6.50 pagi Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

    Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dalam kenyataan berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam sekitar 6.57 pagi berhubung kejadian.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789696/edisi/utara/tiga-kilang-terbakar

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Kilang #Terbakar #Kulim

    2 min
  • Rohingya dihalau, adakah empati rakyat Malaysia sudah habis?

    Tindakan beberapa pemilik rumah di Kampung Kuala Muda, Penaga, Pulau Pinang yang dilaporkan enggan lagi menyewakan rumah kepada etnik Rohingya mengundang pelbagai reaksi.

    Ada yang menyifatkannya sebagai tidak berperikemanusiaan, namun tidak kurang juga berpendapat penduduk tempatan berhak menentukan siapa yang tinggal di kawasan perumahan mereka.

    Audio dijana oleh AI

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789653/suara-sinar/analisis-sinar/rohingya-dihalau-adakah-empati-rakyat-malaysia-sudah-habis

    #SinarHarian #SinarTerkini #AudioSiar #Rohingya 

    4 min
  • Wawasan bukan mahu pecah undi Melayu - Wan Ahmad Fayhsal

    Parti Wawasan Negara (Wawasan) menyasarkan untuk 'makan pasaran' Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP dengan menarik sokongan pengundi yang kecewa terhadap Pakatan Harapan (PH), bukannya untuk memecahkan undi Melayu.

    Ketua Penerangan Wawasan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, strategi itu merupakan antara pendekatan parti berkenaan bagi memperkukuhkan sokongan Perikatan Nasional (PN), selain menembusi kelompok pengundi pertengahan yang sebelum ini sukar memberikan sokongan kepada gabungan tersebut.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789808/berita/politik/wawasan-mahu-makan-pasaran-pkr-amanah-dan-dap-bukan-pecah-undi-melayu---wan-ahmad-fayhsal

    Tonton video penuh di:

    YOUTUBE: https://youtube.com/live/VWh2Zl0C9JI?feature=share

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa ##BeraniSemuka #Umno #Amanah #Wawasan

    3 min
  • Pengundian awal PRN: Aminuddin puji komitmen anggota, pegawai polis tunai tanggungjawab

    Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menzahirkan penghargaan kepada anggota, pegawai polis yang keluar mengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 pada Selasa.

    Beliau berkata, proses pengundian awal yang berlangsung di pusat mengundi yang dilawatinya berjalan lancar dengan kehadiran pengundi yang memberangsangkan sebaik sahaja pusat mengundi dibuka.

    Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PRNNegeriSembilan #Aminuddin #Politik #UndiAwal

    1 min
  • Diusir dari Kampung Kuala Muda, etnik Rohingya 'serbu' pejabat UNHCR

    Kawasan hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) di Jalan Bukit Petaling, Kuala Lumpur dipenuhi lebih 100 pelarian etnik Rohingya pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Afham Ramli.

    Kesemua mereka berada di lokasi terbabit selepas dikatakan dihalau penduduk tempatan di Kampung Kuala Muda, Penaga, Pulau Pinang.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789612/berita/semasa/diusir-dari-kampung-kuala-muda-etnik-rohingya-serbu-pejabat-unhcr

    Muzik: Tomasnovoa - riot dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #UNHCR #Rohingya #KualaLumpur

    2 min
  • Kastam tumpaskan cubaan seludup sirip ikan yu bernilai RM8.36 juta

    Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Melaka berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan 5,069 kilogram sirip ikan yu yang dianggarkan bernilai RM8.36 juta dipercayai dibawa masuk dari Guyana, Amerika Selatan untuk pasaran tempatan, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

    Pengarah Kastam Melaka, Roslan Yusoff berkata, kegiatan itu dipercayai didalangi sebuah syarikat tempatan yang beralamat di Selangor, manakala pengarah syarikat berkenaan sedang dikesan bagi membantu siasatan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789566/berita/semasa/kastam-tumpaskan-cubaan-seludup-sirip-ikan-yu-bernilai-rm836-juta

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Kastam #Melaka #Seludup #Ikan

    3 min
  • Tiada rayuan diterima daripada Network School selepas lesen dibatalkan

    Tiada sebarang rayuan diterima daripada pengendali Network School selepas lesen perniagaannya dibatalkan susulan pelanggaran syarat ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT), lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

    Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, pembatalan itu dibuat selepas Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) mendapati terdapat dua kesalahan nyata membabitkan operasi pusat berkenaan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789564/berita/nasional/tiada-rayuan-diterima-daripada-network-school-selepas-lesen-dibatalkan

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #NetworkSchool #PBT #Johor

    1 min
  • '69 tahun kita merdeka, tiba-tiba kita masih lagi nak bertarung dengan tajuk lama' – Saifuddin

    Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyeru rakyat negara ini meninggalkan politik identiti yang boleh memecah-belahkan masyarakat, sebaliknya beralih kepada politik prestasi yang memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah dihadapi rakyat.

    Beliau berkata, sudah tiba masanya perdebatan politik tidak lagi berkisar kepada isu kaum dan agama, sebaliknya menilai prestasi kerajaan dalam menangani pelbagai cabaran yang dihadapi rakyat, termasuk isu kemiskinan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789544/berita/politik/saya-pkr-tak-mungkin-lebih-melayu-daripada-umno-bersatu---saifuddin

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #SaifuddinNasution #Rakyat

    2 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…