Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • 'Bergurau Anthony calon menteri besar adalah biadab'- Aminuddin

    Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menganggap kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang mengaitkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sebagai calon menteri besar adalah biadab.

    Menurut beliau, seorang pemimpin tidak sepatutnya membuat gurauan sedemikian kerana umum mengetahui Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) memperuntukkan bahawa jawatan menteri besar disandang oleh orang Melayu.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789242/berita/politik/bergurau-anthony-calon-menteri-besar-adalah-biadab--aminuddin

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PRNNegeriSembilan #AminuddinHarun

    3 min
  • 362 warga asing termasuk etnik Rohingya tak sempat beli-belah

    Hasrat 362 individu warga asing untuk membeli-belah serta bersantai pada hujung minggu pada Jumaat tidak kesampaian apabila Bandar Kota Bharu 'digempur' oleh Jabatan Imigresen Malaysian (JIM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI).

    Operasi Penguatkuasaan (Ops Mega) yang bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari itu dilakukan di 11 'hotspot' di sekitar bandar ini melibatkan tangkapan warganegara Nepal, Bangladesh, Pakistan, Indonesia, Thailand, Kemboja, Myanmar dan etnik Rohingya.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789194/berita/semasa/362-warga-asing-termasuk-etnik-rohingya-tak-sempat-beli-belah

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Pati #Rohingya

    3 min
  • Kerjasama PN, BN bukan wayang politik - Abdul Hadi

    Kerjasama PN, BN bukan wayang politik - Abdul Hadi

    Kerjasama serta persefahaman yang terjalin antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 bukanlah wayang politik atau sekadar rekaan semata-mata.

    ​Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan, dakwaan atau persepsi dilemparkan sesetengah pihak terhadap hubungan itu adalah tidak berasas memandangkan kedua-dua parti memberikan komitmen penuh dari segi tenaga dan kewangan sepanjang tempoh kempen.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789181/berita/politik/kerjasama-pn-bn-bukan-wayang-politik---abdul-hadi

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Pas #BN

    2 min
  • 'PH perlu tanya diri sendiri kenapa gagal dapat undi Melayu' - Khairy Jamaluddin

    Pakatan Harapan (PH) sepatutnya bertanya kepada diri sendiri mengapa gabungan itu gagal meraih sokongan pengundi Melayu, bukannya menyalahkan parti lain.

    Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sebelum ini beliau pernah menyatakan gabungan terbabit gagal mengurus sensitiviti orang Melayu dengan baik, namun telah menimbulkan rasa kurang senang mereka

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789188/berita/politik/ph-perlu-tanya-diri-sendiri-kenapa-gagal-dapat-undi-melayu---khairy-jamaluddin

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PRNNS #KJ #UMNO

    2 min
  • Naratif perpaduan ummah BN-PN boleh jadi ancaman kepada perpaduan kaum - Khalid

    Naratif perpaduan ummah yang dibawa oleh Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan bukan saja demi meraih kuasa semata-mata, sebaliknya boleh menjadi ancaman kepada perpaduan kaum di negara ini, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli 

    Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad berkata, sekiranya perpaduan itu hanya berasaskan kaum dan kelompok semata-mata, ia merupakan 'assobiyyah' yang ditegah dalam Islam.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789105/berita/politik/naratif-perpaduan-ummah-bn-pn-boleh-jadi-ancaman-kepada-perpaduan-kaum---khalid

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #BN #PH #PRNNegeriSembilan

    2 min
  • WCE sumbang RM10,000 jaga kebajikan seladang jantan Zoo Taiping

    WCE sumbang RM10,000 jaga kebajikan seladang jantan Zoo Taiping

    West Coast Expressway Sdn Bhd (WCE) menyumbang RM10,000 bagi menaja seekor seladang jantan di Zoo Taiping & Night Safari sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan terhadap pemuliharaan biodiversiti.

    Pengarah Urusannya, Lyndon Alfred Felix berkata, sumbangan menerusi Program Anak Angkat Seladang itu bertujuan menampung kos pemeliharaan dan operasi haiwan berkenaan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789091/bisnes/wce-sumbang-rm10000-jaga-kebajikan-seladang-jantan-zoo-taiping

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #WCE #ZooTaiping #seladangjantan

    2 min
  • 'Jika BN umum Jalaluddin calon MB, baru sesuai debat dengan Tok Min'- Khalid

    Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad mempersoalkan kewajaran Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berdebat dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang dinamakan sebagai calon Menteri Besar gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

    Menurut beliau, perkara berkenaan hanya akan dipertimbangkan sekiranya Jalaluddin telah pun diumumkan secara rasmi sebagai calon Menteri Besar daripada Barisan Nasional (BN) - Perikatan Nasional (PN).

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789081/berita/politik/jika-bn-umum-jalaluddin-calon-mb-baru-sesuai-debat-dengan-tok-min--khalid

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #UMNO #PH #PRNNegeriSembilan

    1 min
  • BN kekal bersama Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal - Ahmad Zahid

    BN kekal bersama Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal - Ahmad Zahid

    Barisan Nasional (BN) kekal komited untuk terus bersama Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal Parlimen ke-15 sekali gus menepis dakwaan wujud usaha menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak pernah berniat untuk terlibat dalam sebarang gerakan bagi menjatuhkan kerajaan termasuk dakwaan mengenai ‘Langkah Dubai’ atau mana-mana percaturan politik lain.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789065/berita/politik/bn-kekal-bersama-kerajaan-perpaduan-sehingga-tamat-penggal---ahmad-zahid

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #KerajaanPerpaduan #ZahidHamidi #AnwarIbrahim

    2 min
  • Kanak-kanak dua tahun maut dilanggar treler dipandu datuk

    Kanak-kanak dua tahun maut dilanggar treler dipandu datuk

    Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut dilanggar lori treler dipandu datuknya yang sedang mengundur dalam kejadian kira-kira 10.20 pagi di Kampung Bukit Kuang, Gurun pada Khamis.

    Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, pihaknya menerima maklumat sekitar jam 11 pagi berhubung kejadian.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789067/berita/semasa/kanak-kanak-dua-tahun-maut-dilanggar-treler-dipandu-datuk

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #mautdilanggartreler #kemalangan

    2 min
  • Presiden NGO tak mengaku salah, dakwa dewan RM2 juta siap 100 peratus

    Presiden NGO tak mengaku salah, dakwa dewan RM2 juta siap 100 peratus

    Seorang presiden sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Kota Kinabalu pada Rabu atas pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya dengan memperoleh peruntukan pembinaan sebuah dewan berjumlah RM2 juta.

    Makinsos Nawai, 67, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Andi Razalijaya A Dadi.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789022/berita/semasa/presiden-ngo-tak-mengaku-salah-dakwa-dewan-rm2-juta-siap-100-peratus

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #salahgunakuasa

    2 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…