Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco

    Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco

    Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.

    Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco

    opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz

    3 min
  • Pemilik kedai runcit, warga Bangladesh mengaku bersalah jual beli minyak masak peket

    Pemilik kedai runcit, warga Bangladesh mengaku bersalah jual beli minyak masak peket

    Seorang pemilik kedai runcit mengaku bersalah menjual minyak masak peket kepada seorang lelaki warga asing di premisnya pada minggu lalu.

    Muhammad Anwar Karthiban, 30, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Melayu di hadapan Hakim Roslan Hamid di Mahkamah Sesyen 2, di Butterworth pada pagi Rabu.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788876/berita/semasa/pemilik-kedai-runcit-warga-bangladesh-mengaku-bersalah-jual-beli-minyak-masak-peket

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #beritaSemasa #Jualminyakmasakpaket #wargaasing

    2 min
  • Lelaki didakwa seludup tembakau dalam penjara guna dron

    Lelaki didakwa seludup tembakau dalam penjara guna dron

    Seorang penjual keropok mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka pada Rabu atas dua pertuduhan menyeludup tembakau ke dalam Penjara Sungai Udang menggunakan dron minggu lalu.

    Tertuduh, Mohd Nizam Ab Manaf, 46, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788878/berita/semasa/lelaki-didakwa-seludup-tembakau-dalam-penjara-guna-dron

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #beritaSemasa #Seludup #tembakau

    2 min
  • 'Ini kerja terakhir, lepas ini boleh rehat' - Kata-kata terakhir Mohd Haikal sebelum nahas

    'Ini kerja terakhir, lepas ini boleh rehat' - Kata-kata terakhir Mohd Haikal sebelum nahas

    "Ini kerja terakhir, lepas ini boleh rehat."

    Demikian kata-kata terakhir Mohd Haikal Hanifah, 29, kepada keluarganya sebelum terlibat dengan kemalangan maut yang meragut nyawanya serta dua lagi sahabat di Batu 7, Batang Merbau, Lebuh raya Timur Barat di Tanah Merah pada Selasa.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788741/berita/semasa/ini-kerja-terakhir-lepas-ini-boleh-rehat---kata-kata-terakhir-mohd-haikal-sebelum-nahas

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Nahaslori

    4 min
  • Manifesto bukan hanya jaga B40, M40 turut diberi perhatian – Aminuddin

    Manifesto yang ditawarkan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini bukan sahaja memberi perhatian kepada golongan B40, malah turut merangkumi keperluan serta kebajikan kumpulan M40.

    Calon PH Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, peluasan manfaat itu penting supaya lebih ramai rakyat Negeri Sembilan dapat menikmati kesejahteraan dan pembangunan yang dirancang kerajaan negeri.

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PH #PRNN9 #DUNLinggi #AminuddinHarun

    2 min
  • 19 individu dikaitkan Network School masih gagal dikesan

    Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) masih mengesan 19 warga asing yang dikaitkan dengan Network School selepas gagal mengesan pergerakan mereka sama ada masih berada di Malaysia atau telah meninggalkan negara ini secara tidak sah.

    Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, daripada 430 warga asing yang dikenal pasti terlibat dalam aktiviti Network School, seramai 210 orang masih berada di Malaysia, manakala 201 lagi telah dikesan keluar dari negara ini.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788736/berita/semasa/19-individu-dikaitkan-network-school-masih-gagal-dikesan

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #NetworkSchool

    2 min
  • Zahid jawab spekulasi tular, nafi dakwaan pertemuan BN, PN, GPS, GRS

    Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjawab spekulasi yang tular di media sosial mengenai dakwaan kononnya berlangsung satu pertemuan membabitkan BN, Perikatan Nasional (PN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) jam 2 petang ini.

    Tegas Pengerusi BN itu, beliau sendiri telah membuat semakan, namun tidak memperoleh sebarang maklumat berhubung dakwaan berkenaan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788724/berita/politik/zahid-jawab-spekulasi-tular-nafi-dakwaan-pertemuan-bn-pn-gps-grs

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #BN #Perjumpaan

    1 min
  • Sembilan warga China mengaku tidak bersalah terlibat ‘Love Scam’

    Sembilan warga China mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Balik Pulau pada Selasa atas pertuduhan menjalankan kegiatan penipuan cinta atau Love Scam, awal bulan ini.

    Kesemua tertuduh, Ye Binyu, 32, Yang Jie, 34, Xiang Hanghang, 33, Lin Zhixu, 30, Zhang Peng, 30, Huang Shihong, 31, Tan Qiao, 22, Tan Bo, 26 dan Li Mingrui, 27 membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Chia Huey Ting.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788711/berita/semasa/sembilan-warga-china-mengaku-tidak-bersalah-terlibat-love-scam

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #LoveScam

    2 min
  • Aminuddin disenangi, ramai masih harap beliau kekal di Sikamat

    Memasuki hari kedua berkempen, calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, Nor Azman Mohamad mengakui masih ramai pengundi di kawasan itu mengharapkan Datuk Seri Aminuddin Harun terus kekal sebagai wakil rakyat mereka, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

    Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, bagaimanapun pengundi memahami keputusan Menteri Besar berkenaan untuk berpindah bertanding di DUN Linggi dan menghargai segala khidmat yang telah diberikan selama ini.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788610/berita/politik/aminuddin-disenangi-ramai-masih-harap-beliau-kekal-di-sikamat

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #Sikamat #PH #PRNNegeriSembilan

    2 min
  • Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah

    Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah

    Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.

    Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Kebersihan #Flat #Flattelukindah

    2 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…