Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • PRN Negeri Sembilan: Jangan campur adukkan adat dengan politik – Mohamad Hasan

    Semua parti dan jentera yang terlibat dalam kempen pilihan raya di Negeri Sembilan diingatkan supaya tidak menyentuh atau mengeksploitasi isu adat bagi meraih sokongan politik.

    Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, adat mempunyai kedudukan yang tersendiri dalam masyarakat Negeri Sembilan dan perlu dihormati oleh semua pihak tanpa dicampuradukkan dengan kepentingan politik.

    Artikel: http://sinarharian.com.my/article/788300/berita/politik/prn-negeri-sembilan-jangan-campur-aduk-adat-dengan-politik---tok-mat

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PRNN9 #MohamadHasan #BN

    2 min
  • Sebulan ibu tunggu, anak pulang sebagai jasad

    Ibu kepada lelaki yang hilang sejak Jun lalu reda dengan pemergian anaknya selepas lebih sebulan menanti penuh harapan.

    Bagaimanapun, Salmah Shamsudin mengakui kehilangan itu tetap meninggalkan kesedihan yang sukar digambarkan buat seluruh keluarga.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788292/berita/semasa/sebulan-ibu-tunggu-anak-pulang-sebagai-jasad

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #oranghilang #meninggaldunia

    2 min
  • Nelayan hilang pendapatan RM200 sehari akibat pencemaran Sungai Sepetang

    Lebih 100 nelayan di Kampung Dew di sini kehilangan punca pendapatan selepas insiden pencemaran Sungai Sepetang yang dipercayai berpunca daripada kebocoran kolam takungan sisa sebuah kilang kelapa sawit dua minggu lalu.

    Wakil penduduk Kampung Dew, Shukor Ishak berkata, kejadian yang dikesan nelayan itu bukan sahaja menyebabkan aktiviti menangkap ikan terjejas malah turut mengancam industri ekopelancongan berasaskan kelip-kelip dan aktiviti memancing udang galah di kawasan berkenaan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788195/edisi/perak/nelayan-hilang-pendapatan-rm200-sehari-akibat-pencemaran-sungai-sepetang

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #pencemaran #SuaraRakyat

    3 min
  • PH wajar kaji semula kerjasama BN dalam Kerajaan Perpaduan - AMK

    PH wajar kaji semula kerjasama BN dalam Kerajaan Perpaduan - AMK

    Angkatan Muda Keadilan (AMK) berpandangan Pakatan Harapan (PH) wajar mengkaji semula kerjasama politik dengan Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Perpaduan susulan wujud percaturan politik yang boleh menggugat kestabilan negara.

    Ketuanya, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, tindakan BN secara terbuka menjalinkan kerjasama politik dengan Perikatan Nasional (PN) di Negeri Sembilan mencetuskan persoalan terhadap keikhlasan hubungan antara PH dan BN.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788220/berita/politik/ph-wajar-kaji-semula-kerjasama-bn-dalam-kerajaan-perpaduan---amk

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #KerajaanPerpaduan

    2 min
  • Bersatu bentuk gabungan baharu lebih hebat selepas PRN Negeri Sembilan - Muhyiddin

    Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan membentuk sebuah gabungan baharu yang lebih hebat selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

    Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia termasuk parti dalam Ikatan Prihatin Rakyat (IPR) antaranya Putra dan Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (URIMAI).

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788228/berita/politik/bersatu-bentuk-gabungan-baharu-lebih-hebat-selepas-prn-negeri-sembilan---muhyiddin

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Bersatu #gabunganbaharu

    2 min
  • 464 borang pencalonan dibeli bagi PRN Negeri Sembilan

    Sebanyak 464 borang pencalonan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 telah dibeli setakat ini, dengan 70 bakal calon sudah melengkapkan bayaran deposit sehingga jam 9 malam Khamis.

    Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, semua bakal calon masih mempunyai tempoh sehingga jam 10 pagi esok iaitu pada hari penamaan calon untuk menjelaskan bayaran deposit. 

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788170/berita/politik/464-borang-pencalonan-dibeli-bagi-prn-negeri-sembilan

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PRNNegeriSembilan #Politik #SPR

    1 min
  • Pesalah kemalangan jalan raya bakal tanggung pampasan kepada mangsa, waris

    Pesalah kemalangan jalan raya bakal dipertanggungjawabkan membayar pampasan kepada mangsa atau waris sebagai tambahan kepada hukuman penjara, denda dan hilang kelayakan memandu menerusi pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang sedang digubal kerajaan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.

    Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, langkah itu menyusul selepas Jemaah Menteri pada Rabu lalu memberikan persetujuan secara dasar terhadap cadangan Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk mewujudkan mekanisme pampasan kepada mangsa kemalangan jalan raya serta memperkukuh sistem pemberian mata demerit Keselamatan Jalan Raya (KEJARA).

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788184/berita/nasional/pesalah-kemalangan-jalan-raya-bakal-tanggung-pampasan-kepada-mangsa-waris

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Kemalangan #JalanRaya #Pampasan

    5 min
  • 'Dah ulang laluan itu berkali-kali, tapi tak nampak jasad anak' - Bapa

    “Kawasan itu sebenarnya saya sudah lalu berulang kali sepanjang lima hari mencari dia, tetapi tidak nampak jasad anak."

    Demikian kata Kamaruzaman Bahari, 50, bapa kepada Muhammad Nasrulhaq, 15, yang ditemukan meninggal dunia pada pagi Jumaat selepas dilaporkan hilang sejak lima hari lalu.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788183/berita/semasa/dah-ulang-laluan-itu-berkali-kali-tapi-tak-nampak-jasad-anak---bapa

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #meninggaldunia

    2 min
  • Syabas rakyat Malaysia prihatin tentang Network School

    Pada Mei lalu pihak berkuasa Thailand menyerbu sebuah sekolah yang beroperasi secara haram di Koh Phangan dan menemui 89 kanak-kanak warga Israel di premis berkenaan.

    Serbuan dilakukan di Arki Kid School di Kampung Moo 3 di pulau pelancongan itu pada jam 12.30 tengah hari, waktu tempatan Jumaat lalu.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788126/suara-sinar/lidah-pengarang/syabas-rakyat-malaysia-prihatin-tentang-network-school

    Audio: Dijana oleh AI

    #SinarHarian #BeritaTerkini #AudioSiar #ArtikelSInarHarian #NetworkSchool

    3 min
  • Terima rasuah masuk akaun bank isteri, anggota polis trafik dipenjara 4 bulan

    Seorang anggota polis trafik berpangkat koperal dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuantan pada Khamis selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan pilihan menerima wang rasuah berjumlah RM1,000.

    Hukuman itu dijatuhkan Hakim Sazlina Safie terhadap Ahmad Amin Khairul Komar, 42, selepas mendapati kesemua elemen kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan berjaya dibuktikan manakala pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788050/berita/semasa/terima-rasuah-masuk-akaun-bank-isteri-anggota-polis-trafik-dipenjara-4-bulan

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Rasuah #Mahkamah

    2 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…