
Sign up to save your podcasts
Or


Pas akan mengemukakan usul tergempar di Dewan Rakyat berhubung projek Network School di Forest City, Johor susulan kebimbangan terhadap aspek kedaulatan negara, keselamatan data dan dakwaan kaitan projek itu dengan individu atau entiti yang dikaitkan dengan Israel.
Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, usul berkenaan telah dirangka oleh Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Md Nawi dan akan diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada Selasa.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/787773/berita/nasional/network-school-forest-city-pas-kemuka-usul-tergempar-di-dewan-rakyat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangmedia #isunetworkschool #Pas
DAP Melaka pada Selasa mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Keputusan itu diambil selepas Rang Undang-Undang Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2026 yang membolehkan pelantikan tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan diluluskan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/787765/berita/politik/dap-melaka-umum-keluar-kerajaan-negeri-lepas-semua-jawatan-dalam-pentadbiran
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #DAP #Melaka #tariksokongan
Perjanjian baharu Zon Ekonomi Sempadan (BEZ) Malaysia-Thailand bakal membuka laluan lebih luas kepada barangan Malaysia untuk menembusi pasaran Laos, Kemboja dan Vietnam selepas kerajaan Thailand bersetuju melonggarkan sekatan kastam yang sebelum ini menjadi halangan.
sejawatnya dari negara Gajah Putih itu dan dijangka memperkukuh perdagangan rentas sempadan, khususnya bagi sektor pertanian dan perikanan negara.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/787718/berita/nasional/perjanjian-baharu-bez-malaysia-thailand-buka-laluan-pasaran-ke-laos-kemboja-vietnam---pm
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangdewanrakyat #anwarIbrahim #perjanjianbaharuBEZMalaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan harga minyak di Malaysia ketika ini masih lebih rendah berbanding negara pengeluar minyak seperti Arab Saudi dan Qatar.
Menurut beliau, perbandingan tersebut tidak wajar dibuat dengan negara yang bukan pengeluar minyak kerana situasi ekonominya berbeza.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/787709/berita/nasional/harga-minyak-malaysia-lebih-rendah-berbanding-arab-saudi-qatar---pm
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangdewanrakyat #hargaminyak #anwarIbrahim
Penganggur tak mengaku miliki senjata api, lebih 6,000 peluru
Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seri Manjung pada Selasa atas tiga pertuduhan memiliki sepucuk senjata api, lima laras senapang angin serta 6,158 butir peluru tanpa lesen atau permit yang sah, awal bulan ini.
Tertuduh, Ling Boon Xu, 30, membuat pengakuan itu selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/787707/berita/semasa/penganggur-tak-mengaku-miliki-senjata-api-lebih-6000-peluru
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesmilikisenjatatanpalesen #penganggurdidakwa
DAP menjangkakan parti itu akan terus menjadi sasaran pihak lawan yang akan memainkan naratif berunsur perkauman sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang bermula 18 Julai ini.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, pelbagai naratif negatif terhadap DAP akan terus dimainkan bagi mewujudkan persepsi buruk terhadap mereka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/787582/berita/politik/semuanya-salah-dap-jadi-strategi-pihak-lawan-kalahkan-ph---anthony-loke
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #DAP #PRN
Empat pekerja asing di sebuah restoran 24 jam sempat mengemas peralatan premis walaupun tangan bergari sebelum dibawa menaiki trak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) selepas ditahan dalam Operasi Penguatkuasaan Bersepadu di Kelemak, Alor Gajah pada Isnin.
Situasi itu berlaku selepas kesemua warga India itu mereka gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah ketika pemeriksaan dijalankan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/787647/berita/semasa/sempat-kemas-restoran-dengan-tangan-bergari-sebelum-diangkut-imigresen
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PATI
Seorang tukang gunting warga asing tidak sempat memotong rambut pelanggannya apabila ditahan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak dalam satu Operasi Bersepadu yang dijalankan di Bandar Baru Sri Klebang pada Isnin.
Lelaki warganegara Bangladesh itu merupakan antara 22 orang warga asing yang ditahan susulan operasi di 12 premis sekitar Ipoh pada Isnin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/787617/edisi/perak/tak-sempat-gunting-rambut-pelanggan-kena-cekup-imigresen
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PATI
Deretan premis perniagaan pemborong pakaian di sekitar Jalan Kenanga Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan pekerja dan pengunjung warga asing digempur pada Isnin.
Operasi Op Mega bermula jam 11 pagi itu dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan Jabatan Pendaftaran Negara.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/787622/berita/semasa/selepas-bus-stand-klang-jalan-kenanga-pula-digempur
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PATI
Syed Saddiq dapat ‘green light’ teruskan perkahwinan
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan beliau menerima 'greenlight' daripada ibu bapanya untuk meneruskan perancangan perkahwinannya bersama tunangnya, Bella Astillah.
Katanya, isyarat positif itu diterima setelah selesai melakukan sujud syukur apabila Mahkamah Persekutuan membebaskan dan melepaskannya daripada empat pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SyedSaddiq #Mahkamah #BASS
From the publisher's feed