
Sign up to save your podcasts
Or


Penyebaran ajaran sesat di alam maya serta kegiatan yang dijalankan secara tertutup atau berselindung di sebalik program lain terus menjadi antara cabaran utama dalam usaha kerajaan mengekang fahaman yang menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa bertindak secara proaktif, konsisten dan tegas dalam memantau serta mengambil tindakan terhadap mana-mana doktrin atau dakyah yang didapati menyeleweng.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #DewanRakyat #AjaranSesat #Agama #JAKIM
Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias memaklumkan pemilihan calon telah pun dimuktamadkan yang turut terdiri daripada sayap Wanita dan Puteri.
Menurutnya, Pengerusi BN telah pun hadir untuk berjumpa dengan bakal-bakal calon yang akan diumumkan malam ini dan semuanya telah selesai.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/787888/berita/politik/video-prn-negeri-sembilan-jumlah-kerusi-ditandingi-umno-diumum-malam-ini
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNNegeriSembilan #UMNO #BN
Operasi Network School di Forest City di Johor Bahru yang mencetuskan kontroversi ketika ini mengundang kebimbangan rakyat Malaysia kerana didakwa boleh memberi ancaman kepada Selat Melaka.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, ini kerana selat berkenaan menjadi laluan antarabangsa.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/787926/berita/nasional/kontroversi-network-school-ahli-parlimen-pasir-gudang-bimbang-ancaman-kepada-selat-melaka
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #isunetworkschool #ahliparlimenpasirgudang
Menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, Barisan Nasional (BN) terus mengunci mulut mengenai jumlah sebenar kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi mereka, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai rundingan kerjasama dengan Pas, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Namun menurut sumber dalaman parti, BN dipercayai tidak akan meletakkan calon di kesemua 36 kerusi DUN, namun UMNO dijangka akan bertanding di antara 14 hingga 16 kerusi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/787888/berita/politik/prn-negeri-sembilan-jumlah-kerusi-ditandingi-umno-diumum-malam-ini
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNNegeriSembilan #UMNO #ZahidHamidi
Kerajaan akan mengusir serta-merta rakyat Israel yang dikesan berada di Malaysia sekiranya siasatan mengesahkan dakwaan berhubung perkara itu, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan tegas akan diambil memandangkan Malaysia tidak mengiktiraf Israel.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/787883/berita/nasional/kerajaan-usir-segera-rakyat-israel-jika-dikesan-berada-di-malaysia
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AnwarIbrahim #Rakyat #Israel
Tindakan memindahkan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP ke blok pembangkang ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang hanya berbaki sehari tidak sepatutnya dilakukan, lapor wartawan Sinar Harian Norafiza Jaafar.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari berkata, perpindahan susunan tempat duduk itu sepatutnya ditangguhkan bagi menghormati pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memohon DAP Melaka menangguhkan keputusan untuk keluar daripada pentadbiran kerajaan negeri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/787885/berita/politik/tak-patut-pindah-adun-dap-ke-blok-pembangkang-ketika-sidang-berbaki-sehari---adly
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangDUN #Melaka #pertukarantempatdudukadunDAP #AdlyZahari
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengambil perhatian terhadap isu penyampaian ceramah agama tanpa tauliah secara dalam talian susulan penggunaan platform media sosial yang semakin meluas, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Menterinya, Dr Zulkifli Hasan berkata, ketika ini, bidang kuasa berkaitan pemberian tauliah untuk mengajar agama terletak di bawah kerajaan negeri, termasuk menentukan individu yang layak menerima tauliah serta mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar etika.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/787870/berita/nasional/menteri-ambil-perhatian-isu-ceramah-agama-tanpa-tauliah-dalam-talian
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Menteri #Isu #Ceramah #Agama
Kerajaan dijangka menanggung jumlah subsidi produk petroleum hampir RM40 bilion bagi tahun ini, tertakluk kepada perkembangan krisis di Asia Barat.
Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, jangkaan itu mengambil kira harga minyak yang terus menyederhana pada bulan ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/787860/berita/nasional/krisis-asia-barat-kerajaan-dijangka-tanggung-subsidi-petroleum-hampir-rm40-bilion
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #DewanRakyat #AsiaBarat #Subsidi #petroleum
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun memaklumkan keputusan berpindah ke kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah untuk memastikan gabungan itu berjaya merampasnya daripada Barisan Nasional (BN), lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Ini kerana kata beliau, kerusi terbabit merupakan kubu kuat BN sejak sekian lama dan PKR pernah bertanding di situ, namun tewas.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/787835/berita/politik/linggi-bukan-kerusi-selamat-itu-kubu-kuat-bn---aminuddin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PH #PRNNegeriSembilan
BN tidak menghalang sekiranya DAP membuat keputusan untuk keluar daripada pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka, kerana kerjasama kedua-dua parti diumpamakan seperti ‘bernikah tidak berkadi, bercerai tidak bertalak’.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, beliau menghormati apa juga keputusan yang dibuat oleh DAP kerana penyertaan parti itu dalam pentadbiran negeri bukan berasaskan sebarang perjanjian rasmi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/787788/berita/politik/bn-dap-dalam-kerajaan-negeri-umpama-bernikah-tidak-berkadi-bercerai-tidak-bertalak---ab-rauf
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KerajaanMelaka
From the publisher's feed