Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • 'Bella tetap bersama walaupun dalam tempoh saya masih pesalah' - Syed Saddiq

    Ucapan penghargaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kepada ibu bapa, adik-beradik serta rakan-rakan, khususnya tunangnya, Bella Astillah, mengundang sebak.

    Bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu menyifatkan Bella sebagai seorang wanita yang tetap setia mengharungi setiap ujian bersamanya, meskipun sejak awal perkenalan mereka beliau sudah berdepan kes mahkamah.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/787590/berita/semasa/bella-tetap-bersama-walaupun-dalam-tempoh-saya-masih-pesalah---syed-saddiq

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #SyedSaddiq #Mahkamah #BASS

    1 min
  • PRN Negeri Sembilan: Pas akui berunding dengan BN

    PRN Negeri Sembilan: Pas akui berunding dengan BN

    Pas mengakui sedang mengadakan rundingan dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, 1 Ogos ini, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

    Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, perbincangan antara kedua-dua pihak sedang berjalan dan menunjukkan perkembangan yang positif.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/787555/berita/politik/prn-negeri-sembilan-pas-akui-berunding-dengan-bn

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #Pas #PRNNegeriSembilan

    1 min
  • 'Bus stand Klang' lubuk warga asing kena pukat

    "Setiap Sabtu dan Ahad memang mereka ramai, semua kedai mereka sapu."

    Itu gambaran situasi di sekitar 'bus stand Klang' yang dipenuhi lambakan warga asing hingga mencetuskan keresahan dalam kalangan penduduk dan peniaga tempatan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/787504/berita/semasa/bus-stand-klang-lubuk-warga-asing-kena-pukat

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Pati #Klang

    2 min
  • PRN Johor: BN menang kerana sokongan pengundi PN - Anthony Loke

    Peralihan sokongan sebahagian penyokong Perikatan Nasional (PN), kepada Barisan Nasional (BN) menjadi antara faktor yang menyumbang kepada kemenangan besar kepada parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Sabtu.

    Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, berdasarkan pola pengundian, sokongan pengundi Melayu memihak kepada BN dalam jumlah yang besar sekali gus memberi kesan terhadap sokongan pengundi kepada Pakatan Harapan (PH).

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/787480/berita/politik/prn-johor-bn-menang-kerana-sokongan-pengundi-pn---anthony-loke

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #DAP

    3 min
  • Kor Ming enggan ulas desakan letak jawatan, tegaskan terus bekerja untuk rakyat

    Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming enggan mengulas isu desakan peletakan jawatan beliau susulan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

    Sebaliknya, Ahli Parlimen Teluk Intan itu menegaskan keutamaannya adalah terus berkhidmat dan memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/787482/berita/politik/kor-ming-enggan-ulas-desakan-letak-jawatan-tegaskan-terus-bekerja-untuk-rakyat

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Ngakorming #desakanletakjawatan #DAP

    2 min
  • Taman Rambai Indah dinaiki air

    Taman Rambai Indah dinaiki air

    Taman Rambai Indah, Melaka antara kawasan yang dilanda banjir kilat susulan hujan lebat serta fenomena air pasang sejak pagi Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Datuk Lim Ban Hong berkata, penduduk yang terjejas dipindahkan ke surau berhampiran sebagai penempatan sementara sebelum Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/787397/berita/semasa/fenomena-air-pasang-300-keluarga-dipindahkan-ke-pps

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Banjir #TamanBukitRambaiIndah #Melaka

    2 min
  • Selepas ini kita kembali bersama

    Selepas ini kita kembali bersama

    Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berharap masyarakat dapat kembali bersatu-padu selepas pilihan raya, lapor wartawan Sinar Harian, Haizir Othman dan jurukamera, Zamir Yusoff.

    Bekas Presiden MUDA itu menyeru rakyat Malaysia dapat mengetepikan perbezaan politik masing-masing sebaik sahaja keputusan PRN Johor diketahui malam nanti.

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor  #harimengundi #DUNPerling #SyedSaddiqSyedAbdulRahman

    2 min
  • Calon PH dakwa PACA parti lawan catat nombor siri kertas undi

    Calon PH dakwa PACA parti lawan catat nombor siri kertas undi

    Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling, Tee Boon Tsong, mendakwa terdapat ejen tempat mengundi dan ejen mengira undi (PACA) parti lawan yang mencatat nombor siri kertas undi pengundi di dua pusat mengundi.

    Menurutnya, kejadian itu dikesan di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Sutera dan Sekolah Agama Taman Bukit Indah.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/787341/edisi/johor/calon-ph-dakwa-paca-parti-lawan-catat-nombor-siri-kertas-undi

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat

    2 min
  • Peletakan jawatan beberapa Ahli MPT Bersatu akan diselesaikan secara dalaman - Muhyiddin

    Isu peletakan jawatan beberapa Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) termasuk Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah akan diteliti dan diselesaikan secara dalaman.

    Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan mendapatkan laporan lengkap berhubung perkara itu sebelum sebarang keputusan atau tindakan diambil.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/787318/berita/politik/peletakan-jawatan-beberapa-ahli-mpt-bersatu-akan-diselesaikan-secara-dalaman---muhyiddin

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Bersatu #letakjawatan

    1 min
  • 'Ingatkan kena beratur panjang'

    Sepasang adik-beradik dari Taman Perling, Johor Bahru merasa teruja apabila berpeluang menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi buat kali pertama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16, pada Sabtu.

    Wildan Haris, 30, dan adiknya, Rania Humaira, 21, menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Sutera.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/787309/edisi/johor/dua-beradik-teruja-tunaikan-tanggungjawab-mengundi-kali-pertama

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat

    1 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…