Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • Ikan sekecil jari, nilai ratusan ringgit

    Di sebalik tubuhnya hanya sebesar jari kelingking, ikan guppy yang sering dianggap sekadar penghuni akuarium rupa-rupanya membawa rezeki cukup besar buat seorang guru memandu apabila terpaksa mengambil cuti tanpa gaji demi menjaga ibunya diserang strok sejak lebih dua tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

    Bagi Mohamad Hafis Hashim, 34, ikan hiasan itu bukan sekadar hobi, sebaliknya menjadi penyelamat ketika berdepan 'ujian' hidup semasa negara dilanda pandemik Covid-19 dan kini apabila tanggungjawab menjaga ibunya yang berusia 66 tahun memerlukan komitmen sepenuh masa.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786868/bisnes/ikan-sekecil-jari-nilai-ratusan-ringgit

    Muzik: Creative Minds dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #IkanGuppy #Kelantan #Bisnes

    5 min
  • Tetak penunggang motosikal gara-gara hon, pembuli jalanan dijel 10 tahun

    Tetak penunggang motosikal gara-gara hon, pembuli jalanan dijel 10 tahun

    Hanya kerana dibunyikan hon, tindakan ganas seorang pembuli jalanan menetak penunggang motosikal dengan pisau potong daging di Lebuhraya Persekutuan, bulan lalu, mengundang padah apabila dia dihukum penjara 10 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

    Jurujual, Azmi Jantan, 43, dikenakan hukuman berkenaan bermula tarikh tangkap, 11 Jun lalu, selepas mengekalkan pengakuan bersalah di hadapan Hakim, ‘Ainul Bashiirah Dona Don Biyajid.

    Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Penjara #PembuliJalanan

    2 min
  • Speaker gesa Ahli Parlimen jalani saringan kesihatan berkala

    Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul  mengingatkan Ahli Parlimen supaya mengambil serius pemeriksaan kesihatan berkala, susulan seorang wakil rakyat kini menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

    Beliau memaklumkan mengenai perkara itu sebelum sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #DewanRakyat

    2 min
  • 'Tanyalah siapa tak setuju kasut hitam'

    Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik mempersoalkan siapa yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan dasar kasut hitam di sekolah.

    Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Dialog #PRNJohor #MaszleeMalik

    4 min
  • Maszlee jawab isu tol Simpang Renggam

    Maszlee jawab isu tol Simpang Renggam

    Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik mempersoalkan mengapa isu lama berkaitan tol Simpang Renggam kembali ditimbulkan ketika kempen PRN.

    Menurut beliau, permohonan maaf telah dibuat sebelum ini dan isu berkenaan tidak sepatutnya terus diungkit.

    Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Dialog #PRNJohor #MaszleeMalik

    2 min
  • Maszlee persoal PRN diadakan ketika dunia berdepan krisis

    Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik mempersoalkan kewajaran mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) ketika dunia sedang berdepan pelbagai krisis, sambil menegaskan keutamaan sepatutnya diberikan kepada usaha menangani cabaran yang memberi kesan kepada rakyat.

    Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Dialog #PRNJohor #MaszleeMalik

    4 min
  • Tiga lelaki tidak mengaku bakar tiga kereta di rumah Cikgu Chandra

    Tiga lelaki tidak mengaku bakar tiga kereta di rumah Cikgu Chandra

    Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Selasa, atas satu pertuduhan membakar tiga kereta milik isteri aktivis masyarakat, Cikgu Chandra, empat bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

    Pemandu trak tunda, A Kumaran, 34; pengawal keselamatan, S Kisshen Nair, 30, dan pemandu lori, P Surendran, 37, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Noor Ruzilawati Mohd Nor.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786724/berita/semasa/tiga-lelaki-tidak-mengaku-bakar-tiga-kereta-di-rumah-cikgu-chandra

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #CikguChandra

    3 min
  • 'Anak masih trauma ditikam, air mata tak henti mengalir' - Bapa

    "Anak masih lagi dalam trauma, air mata tak henti mengalir."

    Itu perkongsian Mohd Firuz Ibrahim, 43, iaitu bapa kepada remaja perempuan berusia 15 tahun yang cedera ditikam dalam kejadian di sebuah sekolah di Banting.

    Menurutnya, anaknya masih lagi dalam pemantauan doktor dan jururawat.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786735/berita/semasa/anak-masih-trauma-ditikam-air-mata-tak-henti-mengalir---bapa

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #tikampelajar

    1 min
  • 'Anak saya bukan pembuli' - Bapa pelajar kes tikam tepis dakwaan tular

    "Anak saya bukan pembuli.”

    Demikian tegas Mohd Firuz Ibrahim, 43, bapa kepada pelajar yang cedera ditikam dalam kejadian di sebuah sekolah di Banting pada Isnin.

    Menurut Mohd Firuz, beliau menyerahkan sepenuhnya siasatan kes berkenaan kepada pihak polis.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786726/berita/semasa/anak-saya-bukan-pembuli---bapa-pelajar-kes-tikam-tepis-dakwaan-tular

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #tikampelajar

     

    3 min
  • Suspek kes tikam pelajar direman empat hari

    Suspek kes tikam seorang pelajar sekolah di Banting direman selama empat hari bermula Selasa.

    Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Maslinda Selamat di Mahkamah Telok Datok.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786694/berita/semasa/suspek-kes-tikam-pelajar-direman-empat-hari

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #tikampelajar #reman

    2 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…