
Sign up to save your podcasts
Or


Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi seorang pekerja asing yang tidak memiliki dokumen sah antara Januari hingga Julai tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Tertuduh, Mohd Nazrul Md Yasin, 39, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788601/berita/semasa/pegawai-imigresen-didakwa-terima-suapan-lindungi-pekerja-asing-masuk-akaun-ibu
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #PegawaiImigresen #Rasuah #PekerjaAsing
eFishery: Tiada tolak ansur jika wujud rasuah, penyelewengan dalam pelaburan KWAP - Anwar
Kerajaan tidak akan bertolak ansur sekiranya siasatan mendapati wujud unsur rasuah atau penyelewengan dalam pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam syarikat pemula teknologi akuakultur, eFishery, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, walaupun laporan awal menunjukkan tidak wujud unsur sedemikian, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu meneliti keseluruhan proses pelaburan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788595/berita/nasional/efishery-kerajaan-tidak-bertolak-ansur-jika-wujud-unsur-penyelewengan-atau-rasuah-dalam-keputusan-pelaburan---pm
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KWAP #eFishery
Pasukan khas ditubuhkan Jabatan Laut Malaysia (JLM) bagi membela kebajikan kru kapal MV Berkat Tuah yang berjaya dibawa pulang selepas terkandas di Pelabuhan Hamriyah, Sharjah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sejak Oktober tahun lalu.
Ketua Pengarah JLM, Datuk Dickson Dollah berkata, kes MV Berkat Tuah merupakan antara kes pengabaian anak kapal yang kompleks kerana melibatkan pelbagai aspek perundangan, bidang kuasa antarabangsa serta kepentingan pelbagai pihak.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788590/berita/nasional/mv-berkat-tuah-jlm-tubuh-pasukan-khas-tuntut-gaji-tunggakan-anak-kapal
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #MVBerkatTuah
Saat Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin melepaskan dan membebaskannya daripada tiga pertuduhan bersubahat memperoleh rasuah RM2.8 juta pelakon, Datin Seri Zizie Izette A Samad mengakui individu yang paling diharapkan berada di sisi ialah Allahyarham suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Dalam nada sebak, Zizie berkata, beliau membayangkan Allahyarham berada di sebelahnya ketika hakim membacakan keputusan yang menamatkan episod perbicaraan yang berlarutan selama tujuh tahun.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788583/berita/semasa/saya-bayangkan-suami-di-sebelah-ketika-keputusan-dibacakan---zizie-izette
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ZizieIzette #Mahkamah
Turun lagi harga minyak, subsidi boleh cecah RM60 bilion - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kerajaan memerlukan pertambahan subsidi sehingga antara RM50 bilion hingga RM60 bilion setahun jika mahu menurunkan lagi harga RON95 dan diesel menerusi program Budi Madani.
Beliau berkata, ketika ini kerajaan sudah menanggung subsidi bahan api sebanyak RM40 bilion setahun bagi memastikan harga RON95 dan Budi Diesel kekal antara yang terendah di dunia.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788480/berita/nasional/turun-lagi-harga-minyak-subsidi-boleh-cecah-rm60-bilion---anwar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PMX #Subsidi
RM650,959 kutipan Larian Kesyukuran untuk rakyat, Syed Saddiq tegaskan tidak akan ambil walau satu sen
Kutipan Larian Kesyukuran Muar berjumlah RM650,959.21 akan disalurkan sepenuhnya kepada penerima yang layak tanpa mengambil walau satu sen untuk tujuan pengurusan, kata Syed Saddiq Abdul Rahman.
Ahli Parlimen Muar itu berkata, pihaknya memberi komitmen penuh terhadap aspek ketelusan dan akan membentangkan laporan lengkap berserta resit perbelanjaan bagi fasa pertama bantuan yang disalurkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788451/berita/politik/rm650959-kutipan-larian-kesyukuran-untuk-rakyat-syed-saddiq-tegaskan-tidak-akan-ambil-walau-satu-sen
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SyedSaddiq #MisiLarianKesyukuran
'Saya mahu fokus bina rumah tangga dahulu' - Syed Saddiq
Selepas menamatkan Larian Kesyukuran sejauh 170 kilometer, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abd Rahman mahu memberi tumpuan kepada fasa baharu dalam kehidupannya iaitu membina rumah tangga.
Syed Saddiq berkata, keputusan itu dibuat selepas lebih 10 tahun memberikan fokus kepada perjuangan politik tanpa henti sejak 2014.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788447/berita/politik/saya-mahu-fokus-bina-rumah-tangga-dahulu---syed-saddiq
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SyedSaddiq #MisiLarianKesyukuran
Bangunan rumah kedai senget sebelum runtuh, hempap dua kereta
Sebuah bangunan rumah kedai dua tingkat di Taman Kota Laksamana, Melaka yang dipercayai sedang menjalani kerja-kerja pengubahsuaian tanpa kelulusan runtuh dan menghempap dua kenderaan yang diparkir bersebelahan premis berkenaan, petang Sabtu.
Runtuhan awal dilaporkan berlaku sekitar jam 4.45 petang sebelum disusuli runtuhan kedua yang lebih besar pada jam 5.23 petang, menyebabkan sebuah Toyota Vios dan Proton Iriz yang diparkir bersebelahan bangunan itu rosak akibat dihempap serpihan konkrit serta sisa runtuhan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788394/berita/semasa/bangunan-rumah-kedai-senget-sebelum-runtuh-hempap-dua-kereta
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Melaka #Bangunan #RumahKedai #Runtuh #Kereta
Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baharu diingatkan supaya terus melaksanakan tanggungjawab tanpa berlengah, sambil menegaskan tiada istilah 'berbulan madu' dalam pentadbiran kerajaan negeri, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, semua Exco perlu segera turun padang dan bekerja bagi memastikan mandat yang diberikan rakyat dapat diterjemahkan melalui penyampaian perkhidmatan terbaik serta pelaksanaan agenda pembangunan Johor.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788322/edisi/johor/exco-johor-diarah-terus-turun-padang-tiada-ruang-bulan-madu
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #MBJohor #OnnHafiz
Calon Bebas DUN Sri Tanjung, Islah Wahyudi menjadikan perjuangan menukar nama Port Dickson kepada Tanjong Kemuning sebagai kempen beliau dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 kali ini, lapor wartawan Sinar Harian, Haizir Othman dan juruvideo Syafiq Raduwan.
Beliau berkata, sekian banyak nama penjajah pada tempat-tempat di negara ini sudah ditukar kepada nama tempatan selepas merdeka, namun nama Port Dickson masih belum ditukar.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNN9 #calonbebas #DunSriTanjung
From the publisher's feed