Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • Perlu bijak buat perkiraan

    Setiap kali berbicara tentang kenderaan elektrik (EV), naratif yang sering diketengahkan ialah penjimatan kos. Tidak perlu lagi beratur di stesen minyak, kos penyelenggaraan lebih rendah dan caj elektrik dikatakan jauh lebih murah berbanding petrol.

    Gambaran ini menyebabkan ramai pengguna percaya bahawa memiliki EV adalah jalan pintas untuk mengurangkan perbelanjaan bulanan. Namun, realitinya tidak semudah itu.

    Audio: Dijana oleh AI

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789513/suara-sinar/komentar-editor/perlu-bijak-buat-perkiraan

    Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.

    #SinarHarian #BeritaTerkini #AudioSiar #Penjimatan #kenderaanelektrik #EV

    5 min
  • 'UMNO, Pas tiada masalah demi agama, bangsa dan negara' - Akmal Saleh

    Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh, berkata mesej yang ingin disampaikan kepada masyarakat ialah UMNO dan Pas tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama meskipun sebelum ini pernah mempunyai perbezaan pendapat, demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

    Beliau berkata, kebersamaannya dengan Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden, di kawasan bendang menjadi simbol hubungan baik antara kedua-dua parti dan berharap persefahaman itu akan diterjemahkan oleh pengundi menerusi kertas undi pada 1 Ogos nanti.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789501/berita/politik/bn-hak-kami-ph-mahu-kerjasama-lain-hak-mereka---akmal-saleh

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #UMNO #Pas

    1 min
  • Tragedi dua pelajar di flat usang jadi titik tolak tangani premis terbiar

    Kematian dua pelajar perempuan berusia 14 tahun yang ditemukan berhampiran sebuah bangunan kosong di kawasan Buntong, Ipoh pada Jumaat bukan sekadar satu tragedi yang meruntun hati, malah membuka semula persoalan mengenai pengurusan flat dan bangunan usang yang semakin terbiar di kawasan bandar.

    Kedua-dua mangsa merupakan rakan baik dan belajar di sekolah yang sama pada sesi petang. Kejadian itu disedari selepas seorang pengawal keselamatan yang melakukan rondaan menemui mangsa sebelum menghubungi pihak berkuasa.

    Audio: Dijana oleh AI

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789420/suara-sinar/analisis-sinar/tragedi-dua-pelajar-di-flat-usang-jadi-titik-tolak-tangani-premis-terbiar

    Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.

    #SinarHarian #BeritaTerkini #AudioSiar #pelajar #flatusang #AnalisisSinar

    3 min
  • BN lebih mudah jelas kerjasama dengan PN berbanding PH - Tok Mat

    Barisan Nasional (BN) mengakui lebih mudah menjelaskan kepada pengundi mengenai kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi pilihan raya kali ini berbanding Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

    Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, penerimaan pengundi terhadap kerjasama berkenaan juga amat baik sepanjang tempoh berkempen.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789441/berita/politik/bn-lebih-mudah-jelas-kerjasama-dengan-pn-berbanding-ph---tok-mat

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #BN #PRNNegeriSembilan

    2 min
  • Manifesto: Bersatu janji peruntukan sama rata kepada semua ADUN

    Manifesto: Bersatu janji peruntukan sama rata kepada semua ADUN

    Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berjanji akan memberikan peruntukan secara adil kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tanpa mengira parti sekiranya berjaya membentuk kerajaan Negeri Sembilan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.

    Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemberian peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang bukanlah untuk kepentingan peribadi, sebaliknya bagi memastikan kebajikan penduduk di kawasan masing-masing terus terbela.

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PRNN9 #ManifestoBersatu #Bersatu

    2 min
  • 'Saya tak sedap hati tingkap rumah inap tiada jeriji' - Ibu mangsa

    'Saya tak sedap hati tingkap rumah inap tiada jeriji' - Ibu mangsa

    Ibu kepada kanak-kanak yang ditemui maut di sebuah rumah inap di Kuala Terengganu mengaku sudah rasa tidak sedap hati kerana kediaman berkenaan tidak dilengkapi jeriji keselamatan, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

     
    ​Nor Azera Ismail, 36, berkata, dia agak terkilan memandangkan niat asal mereka sekeluarga menetap di situ untuk menginap sementara selama dua malam bagi menghadiri seminar.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789370/berita/semasa/saya-tak-sedap-hati-tingkap-rumah-inap-tiada-jeriji---ibu-mangsa

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #keskemalangan

    4 min
  • Jangan cuba pesongkan fakta sejarah, sedia saman - Sanusi

    Jangan cuba pesongkan fakta sejarah, sedia saman - Sanusi

    Tindakan undang-undang termasuk memfailkan saman akan dilakukan terhadap mana-mana pihak cuba memanipulasi kenyataan berkaitan sejarah untuk kepentingan politik, tegas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

    Beliau berkata, laporan polis juga akan dibuat terhadap pihak yang cuba memutar belit kenyataan beliau ketika menyampaikan ceramah di Negeri Sembilan baru-baru ini.

    Artikel:' https://www.sinarharian.com.my/article/789368/berita/politik/jangan-cuba-pesongkan-fakta-sejarah-sedia-saman---sanusi

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #Sanusimdnor #mbKedah

    3 min
  • 'Ucapan Sanusi mungkin sesuai di Kedah saja, bukan di Negeri Sembilan' - Ahmad Zahid

    'Ucapan Sanusi mungkin sesuai di Kedah saja, bukan di Negeri Sembilan' - Ahmad Zahid

    Semua pemimpin parti politik diingatkan supaya tidak menyentuh soal etnik, agama, budaya dan latar belakang kaum lain bagi mengelakkan salah faham serta menjejaskan keharmonian masyarakat, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

    Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia dibina atas kepelbagaian kaum dan budaya, justeru setiap pihak perlu saling menghormati.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789343/berita/politik/ucapan-sanusi-mungkin-sesuai-di-kedah-saja-bukan-di-negeri-sembilan---ahmad-zahid

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PRNN9 #AhmadZahidHamidi #BN

    2 min
  • Tiada penglibatan pihak lain, mangsa sukarela tinggalkan kawasan sekolah - Polis

    Tiada penglibatan pihak lain, mangsa sukarela tinggalkan kawasan sekolah - Polis

    Polis tidak menemukan sebarang penglibatan pihak lain dalam kes kematian dua pelajar perempuan berusia 14 tahun di Buntong pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

    Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, siasatan awal turut mendapati kedua-dua mangsa dipercayai meninggalkan kawasan sekolah secara sukarela sebelum kejadian.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789279/berita/semasa/tiada-penglibatan-pihak-lain-mangsa-sukarela-tinggalkan-kawasan-sekolah---polis

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #kesjatuh #PDRM

    2 min
  • Pemandu warga Bangladesh didakwa pandu melulu, sebabkan kematian penghantar makanan

    Pemandu kereta warga Bangladesh yang tular dalam kes merempuh seorang penghantar makanan sehingga maut ketika berhenti di lampu isyarat, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret  Shah Alam pada Jumaat atas satu pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.

    Pekerja kebun, Md Habibullah, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Ameera Mastura Khamis.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789189/berita/semasa/pemandu-warga-bangladesh-didakwa-pandu-melulu-sebabkan-kematian-penghantar-makanan

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Langgarpenghantarmakanan

    2 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…