Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggang melanggar seekor lembu di Kilometer 35, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang Kelantan, semalam. Dalam kejadian jam 9.35 malam itu, mangsa, Mohd Adam Haikal Mohd Asri, 16, dikatakan terlanggar lembu yang sedang melintas, disampaikan wartawan Sinar Harian Zaitie Satibi.