Seorang pekerja kontrak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Georgetpwn, Pulau Pinang, hari ini, atas pertuduhan cubaan membunuh seorang anggota polis pada awal bulan ini. Tertuduh, S Ramesh, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohammad Khalid Ab Karim, disampaikan wartawan Sinar Harian Zaitie Satibi.