Seorang pekerja di ladang ternakan lembu dipenjara 10 tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka, pada Jumaat atas dua pertuduhan memiliki sebutir bom dan senjata tajam, empat tahun lalu. Hakim Darmafikri Abu Adam menjatuhkan hukuman itu ke atas PS Tamil Kumaran, 36, yang membuat pengakuan bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan terhadapnya, disampaikan wartawan Sinar Harian Zaitie Satibi.