Penyelia syarikat keselamatan berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret Melaka, pada Khamis, atas pertuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 1.4 kilogram awal Februari ini. Mohd Amali Masturo,36, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mazana Sinin, disampaikan wartawan Sinar Harian Zaitie Satibi.