Seorang pemuda dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jasin, Melaka pada Rabu, atas pertuduhan membunuh seorang warga emas berusia 91 tahun di Kampung Pulai Darat, bulan lalu. Tertuduh, D Peter, 20, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Tan Chai Wei namun tiada sebarang pengakuan direkodkan, disampaikan wartawan Sinar Harian Zaitie Satibi.