Pendaki wanita yang dilaporkan sesat ketika mendaki Bukit Tabur pada Ahad ditemui dalam keadaan selamat. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, mangsa, S Sangeta, 26, ditemui jam 11 pagi selepas dua hari dilaporkan hilang, disampaikan wartawan Sinar Harian Zaitie Satibi.