Seorang lelaki warga Yemen berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Sesyen, Sepang, Selangor pada Jumaat atas tiga pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis lebih 200 kilogram. Tertuduh, Abdul Aziz Musaed Ahmed, 23, dituduh di depan Hakim Ahmad Fuad Othman, disampaikan wartawan Sinar Harian Zaitie Satibi.