Selepas penemuan obor-obor jenis Portuguese Man o'War di Pantai Seberang Takir, Kuala Nerus, Terengganu pada Isnin, haiwan marin beracun itu kini ditemui pula di Pantai Pulau Kekabu, Marang pada Rabu. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Marang, Leftenan (PA) Mujahid Abd Wahab berkata, obor-obor itu dijumpai ketika petugas pertahanan awam melakukan rondaan rutin harian di sekitar pantai berkenaan, disampaikan wartawan Sinar Harian Zaitie Satibi.