Seorang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Mohd Irfan Hakimi Azhar, 22, yang dilaporkan hilang selepas solat Jumaat pada 13 Januari lalu dijumpai selamat di stesen bas Larkin, Johor Bahru pada Khamis. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A Anbalagan, pelajar itu dijumpai pada jam 5 petang dan dibawa pulang oleh ahli keluarganya ke Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor, disampaikan wartawan Sinar Harian Zaitie Satibi.