Seorang ibu muda didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor, pada Jumaat atas pertuduhan membunuh anak kandungnya berumur setahun enam bulan di Cyberjaya, minggu lepas. Tertuduh, Umishahirah Khalid, 20, yang kelihatan sugul mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman, disampaikan wartawan Sinar Harian Zaitie Satibi.